Bukit Batu Putih Tanjung Tuan terletak dalam kawasan Taman Eko Rimba Tanjung Tuan, Port Dickson. Ada waktu tertentu sahaja kita boleh mendaki. Lagipun, tidak perlu naik seawal pagi seperti di tempat lain kerana hanya mengambil masa dalam 45 minit sahaja untuk sampai ke puncak. Ketinggian bukit hanya 223 meter. Jadi, Fiqqq hanya berjalan santai bersama keluarga sampai ke puncak. Jika ingin pergi ke sini, taip sahaja Bukit Batu Putih di aplikasi maps atau waze.
Laluan untuk ke Bukit Batu Putih Tanjung Tuan
Pintu gerbang ini dikira sebagai permulaan untuk mendaki. Waktu Fiqqq sampai kebetulan hujan. Oleh kerana terlalu lebat maka pergi bersarapan terlebih dahulu. Sempat telan roti bawang dan roti bom beserta kopi panas. Niat mendaki untuk kurus tapi tersimpang jauh pula. Selepas hujan mulai berhenti, Fiqqq terus panaskan badan dan mula mendaki.
Laluan berturap ini ambil masa dalam 10 – 15 minit sahaja untuk sampai di rumah api. Rumah api tersebut kira tempat permulaan untuk mula mendaki ke puncak. Jika ingin melihat pemandangan dari kawasan atas, boleh sahaja naik tangga tersebut. Tapi tidak masuk ke dalam kawasan rumah api. Hanya berjalan di sekeliling.
Dari sudut gambar, boleh lihat ada satu laluan kecil bertangga di bahagian kanan. Laluan kali ini dikira off road dan agak berlecak serta licin di beberapa tempat.sebab naik selepas hujan. Senang cerita. Tahap kesukaran untuk ke puncak adalah senang. Laluan yang jelas dan terus sahaja. Tidak ada persimpangan. Sekadar turun dan naik.
Ini antara pemandangan pokok semasa mendaki. Fiqqq suka mendaki di sini kerana ada dua pemandangan iaitu hutan dan pantai. Walaupun kelihatan samar kerana rimbunan pokok namun jadi tidak sabar untuk melihat pemandangan di puncak nanti. Tengok gambar dengan menikmati pemandangan dengan mata sendiri lain rasanya.
Puncak Bukit
Waktu tiba terus rasa macam mengeluh sedikit. Bukan sebab penat tapi ramai orang. Perlu tunggu giliran untuk naik ke puncak. Kalau di bawah ini sudah penuh, inikan pula yang berada di atas. Jadi, tidak perlu terburu-buru. Tenang-tenang sambil dapat rehat sebentar. Dari gambar yang Fiqqq kongsikan di atas, ada satu laluan di sebelah kiri untuk pergi ke satu lokasi. Nanti Fiqqq cerita.
Mereka sediakan tali untuk panjat ke atas. Warga emas pun boleh naik, inikan lagi anak muda. Bersemangat pak cik turut serta aktiviti Fiqqq mendaki dengan sedara mara. Janji sampai.
Pemandangan Pantai
Tadi Fiqqq ada beritahu berkenaan laluan ke satu tempat kan? Laluan tersebut akan bawa kita ke sini. Perjalanan dari puncak ke sini tidak ambil masa yang lama. Selain layan pemandangan di sini. Ada juga yang memancing. Ikutkan hati rasa macam ingin berenang sebab air bersih. Tapi cukup lah sekadar celup tangan buat syarat sudah sampai.
Dalam blog, Fiqqq kongsikan beberapa gambar sahaja kerana boleh lihat the whole journey dalam video Youtube. Apa pun selamat mendaki kepada semua. Jangan buang sampah merata-rata ya. Tolong jaga kebersihan tempat. Untuk seterusnya boleh mendaki di Bukit Taisho pula.
Semut Senyum says
Subhanallah cantik betul. Lama jugak SS tak buat aktiviti riadah mcm ni. Dekat dengan alam, mmg mendamaikan perasaan.
Afiq Halid says
Betul sis . Walaupun agak memenatkan tapi sgt seronok bila sampai puncak .
joyzieta othman says
Kami biasenyer mendaki jln tar sampai ke pondok rehat pertama dan masuk laluan hutan sebelah kanan. Laluan curam menurun dan lebih kurang 10-15 minit akn sampai ke Monkey Bay..pantai yg indah dan ombak menghempas ganas. Selesai snap2..kami ke kiri..meniti batu2 tajam ..dlm 10 minit..kami mendaki batu tegak ke puncak Bkt.Batu Putih…pemandangan ssgt indah, blkg , kanan..pantai..cuma perlu berhati2 kerana terdapat batu yg berlumut dan sukar dipijak . Sampai di puncak..bergambar sepuas hati dan turun di belakang..menuju ke rumah api…ia 1 perjalanan mendaki yg agak meletihkan..namun…sebaik ternampak pelantar baru…rase penat terus hilang…perjalanan ke rumah api memakan masa 15-20 minit.Kemudian, kami mendaki tangga kerumah api dan menelusuri laluan menurun tangga ke Pulau Intan(belakang rumah api)..seronok mandi-manda di pantai bersih dan tersorok dari pndgn umum…mkn2.smbil msk air pns..megi…baring di pasir…bonus air surut..boleh ke Gua Sejangkal..sebelah kanan pantai….
Afiq Halid says
menarik ni. terima kasih untuk info. nanti ada rezeki second time hike, boleh try yg mcm ni.
Noraini Ahmat says
Tq info.baru nak Cuba esok.hope dpt jumpa seperti Di kongsi lah.
Afiq Halid says
Your welcome. enjoy the view and be safe okey