Resipi biskut milo sejuk merupakan biskut yang tercipta ketika waktu malas untuk baking tapi masih ingin menghasilkan sesuatu untuk dijadikan kudap-kudap. Paling mudah untuk dibuat kerana campurkan semua bahan dan sejukkan sahaja. Bak kata pepatah, campak-campak dan siap.
Bahan-bahan biskut milo sejuk
- Biskut kering
- Milo atau coklat malt
- Susu pekat
Sekiranya ingin ada penambahan bahan-bahan lain tidak menjadi masalah. Sebagai contoh, chocolate chip, badam, chocoloate springkles, dan lain-lain. Andai ingin celup dengan coklat untuk kelihatan seperti coklat Ferrero Rocher lagi baik. Terasa mahal ketika makan walaupun sekadar biskut kering yang ditambah bahan-bahan seperti tersebut.
Cara membuat biskut
- Hancurkan biskut kering tersebut sehingga menjadi serpihan kecil. Ikut citarasa masing-masing. Cuma jangan terlalu halus seperti serbuk kerana hasilnya akan lembik.
- Campurkan milo atau coklat malt serta susu pekat. Tuang secukup rasa dan jangan berlebihan kerana akan basah. Pastikan cukup sekadar likat dan mudah untuk dibentuk.
- Untuk mudah, gunakan bekas kertas kuih raya. Paling senang, gumpalkan sahaja. Tidak perlu cantik kejadiannya. Hahaha.
- Selesai letak dalam bekas dan sebagainya. Sejukkan dalam peti sejuk di bahagian freezer. Tidak perlu semalaman. Cukup sekadar sudah sejuk beku.
Mana yang scroll baca sampai habis, boleh lah kiranya layan video Fiqqq buat biskut ini dengan keluarga. Kebiasaanya, akan libatkan si kecik untuk aktiviti memasak bersama. Paling suka bab kacau mengacau. Jadi, kita bagi dia tugas siap-siap supaya tidak ganggu kerja-kerja lain.
Ikutkan, berdasarkan dapatan daripada bahan bacaan berkenaan kanak-kanak ini, perlu libatkan mereka dalam hal kerja rumah supaya lebih mudah untuk pembentukan personaliti urus diri nanti. Mana yang baik, kami cuba untuk perkembangan si kecil. Kadang-kala tidak susahpun untuk suruh. Cuma kena banyak bersabar pada mulanya. Ada ala sabar itu perlu sampai habis kita buat kerja. Hahaha.
Selepas buat resipi biskut milo sejuk dan sebagainya, boleh bawa untuk bercuti. Hujung minggu seronok juga kalau dapat bercuti di Dash Box yang terletak di Cyberjaya. Ada masa, gunakan sebaiknya untuk luangkan masa bersama keluarga tercinta.
Nina Mirza says
Simple nya! Nak try laaa nanti
Afiq Halid says
simple sgt. hehe. makan sejuk2 sedap kak 🤗