Dash Box Hotel Cyberjaya merupakan hotel yang boleh dikatakan jauh daripada kesibukan kota. Ambil masa dalam 45 minit juga dari bandar Kuala Lumpur. Dapat bajet masa sebab Fiqqq pergi play tourist di Bukit Bintang. Pergi jalan-jalan makan Wagyukushi dan Kunafa. Selepas penat berjalan, terus ke sini untuk berehat.
Bilik di Dash Box Hotel Cyberjaya
Binaan bilik yang ada berbentuk segi tiga. Setiap binaan tersebut ada tiga bilik. Dua di bahagian bawah dan satu di atas. Jika tidak silap, ada bilik yang mempunyai balkoni supaya dapat santai-santai di situ. Tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil untuk keluarga kecil Fiqqq.
Bilik air juga luas. Mudah untuk mandikan budak kecil. Almaklumlah. Budak kecil ini kalau mandi macam riuh sikit. Banyak barang yang perlu dibawa.
MYA Kitchen & Cocktails
Penginapan Fiqqq termasuk sekali dengan sarapan pagi untuk dua orang. Berbeza dengan hotel lain apabila mereka menempatkan pengunjung bersarapan ala-ala di kafe. Mungkin agak cliche apabila makan di ruang makan hotel apabila menginap. Jadi, Fiqqq boleh pilih apa sahaja yang tertera di menu yang disediakan.
Bukan ala set bufet dan ambil sendiri. Mereka akan berikan menu. Boleh makan selagi mampu. Tapi jangan sampai membazir pula apabila tidak habis. Pilihan makanan juga banyak. Jadi, boleh cuba satu per satu. Fiqqq datang agak awal pada pagi tersebut. Jadi, seronok sikit main order2. Hahaha.
Untuk sebarang tempahan bilik, boleh buat di sini. Sekiranya ada pilihan lain pun boleh teruskan. Mereka sentiasa kemaskini harga promosi untuk menarik minat pengunjung. Harga pula Fiqqq sarankan untuk terus ke website mereka. Selepas itu, boleh pergi hiking di Bukit Taisho pula.
Esah Abdullah says
Assalam
I represent Kembara Khalifah Travel Sdn Bhd, doing inbound into Malaysia. Can you forward information about your hotel.
Thank you
Afiq Halid says
wassalam . boleh direct contact dgn pihak hotel untuk detail yang lengkap . saya blogger