PADI Sentral Sekinchan merupakan antara tempat yang Fiqqq target untuk pergi. Alhamdulillah sampai juga Fiqqq sekeluarga untuk staycation di sini. Berdasarkan gambar yang kita lihat di media sosial boleh nikmati pemandangan bendang sambil beristirehat dalam bilik. Harap sama seperti apa yang dikhabarkan.
Hiasan bilik lebih kepada tema industrial. Menggunakan warna-warna gelap, material diekspos serta dijadikan sebagai sebahagian perabot seperti meja, kerusi dan lain-lain. Tema ini lebih nampak aesthetic dan memberikan rasa unik semasa bercuti di sini. Banyak juga Fiqqq ambil gambar untuk kenangan. Lebih-lebih lagi tepi dinding kaca. Duduk tepi sambil ala-ala merenung masa depan. Hahaha
Tema bilik semua sama kecuali jenis katil dan keluasan. Mereka juga ada menyediakan jenis dorm bagi pengunjung yang datang secara beramai-ramai. Television ada. Saja Fiqqq maklumkan sebab ada jenis hotel tidak menyediakan television.
Bilik air agak luas. Cuma perlu berhati-hati dengan Charlie. Lagi-lagi pada musim dia banyak. Ikutkan agak risau juga kalau apa-apa berlaku tapi jangan simbah air atau matikan mereka. Biarkan sahaja di dinding tandas.
Untuk pemandangan yang lebih cantik padi menghijau dan sebagainya perlu kena dengan waktu, masa dan ketika. Fiqqq sampai kebetulan padi semua sudah dituai. Kebetulan pula waktu itu yang ada masa terluang untuk bercuti dengan keluarga. Walaupun pemandangan agak coklat semuanya tapi waktu yang dihabiskan untuk keluarga tersangat berharga.
Selain lihat pemandangan dari atas, mereka juga ada sediakan beberapa tempat untuk bergambar di bahagian bawah. Cuma tempat itu agak terbuka kerana sesiapa sahaja boleh datang untuk bergambar. Sempatlah juga Fiqqq main buaian silih berganti dengan anak-anak.
Boleh lihat harga di Agoda atau datang terus ke sini untuk membuat tempahan bilik. Adalah lebih baik sekiranya buat tempahan awal untuk mengelakkan sebarang kesulitan berlaku. Hilang mood bercuti nanti.
Selepas layan pemandangan di PADI Sentral Sekinchan, teringat pula Fiqqq buat short trip ke Pulau Ular yang terletak di Kuantan, Pahang.
Leave a Reply