Pulau Ular Kuantan Pahang merupakan lokasi yang pernah member ajak pada tahun 2017 untuk pergi. Sambil-sambil lepak tepi pantai, kelihatan ada pulau kecil. Namun ketika itu Fiqqq sangka mereka hanya ajak-ajak ayam atau sembang kawan-kawan sahaja. Tapi kali ini, mereka tunaikan janji mereka untuk bawa Fiqqq ke sana. Sungguh mereka buat.
Menariknya pulau ini kalau pergi waktu orang tiada atau tidak ramai ibarat pulau ini Fiqqq yang punya. Mana tidaknya. Masa Fiqqq pergi bertiga dengan kawan-kawan, jalan sikit sudah sampai tempat yang mula tadi. Mandi pantai di pulau sendiri kaedahnya. Hahaha.
Perjalanan menaiki bot hanya mengambil masa dalam 5 minit sahaja. Sekejap sangat. Jadi, banyak masa boleh luangkan di pulau tersebut. Boleh mandi, snorkling, atau berkhemah. Cuma, kapasiti yang orang ada di situ dalam satu masa macam terhad. Fiqqq rasa kalau 50 orang ada di situ, memang penuh.
Waktu untuk pergi yang sesuai adalah waktu pagi dan seterusnya. Kalau boleh jangan pergi waktu petang seperti Fiqqq. Air mula surut jadi bot susah untuk hantar sampai ke tepi pantai. Perlu turun dan berjalan dalam air. Kalau sudah pakai baju renang siap-siap, senang. Boleh terus berbasahan. Hehehe.
Cuma Fiqqq ingin pesan awal-awal. Andai pergi ke sana bawa makanan dan sebagainya, pastikan kita bawa balik sampah-sampah yang ada. Jangan ditinggal biar begitu sahaja. Bukan takat pemandangan terjejas malah mungin akan beri kesan kepada ekosistem di situ. Air jadi kotor dan lain-lain. Tolong ada rasa tanggungjawab. Sama-sama kita jaga kebersihan pulau tersebut. Kalau bukan kita, siapa lagi.
Tempahan Boat
Untuk menaiki bot ke sana boleh hubungi dengan Abang Faizal Nismo di talian 0199354136. Kalau bot dia penuh, orang kampung situ ramai yang boleh hantarkan. Ada lah nanti geng-geng bot dia.
Video Pulau Ular Kuantan Pahang
Antara tempat menarik lain yang boleh lawati seperti Air Terjun Sungai Pandan atau Rainbow Waterfall di Sungai Lembing.
Lyana Ishak says
cantiknya tempat hiking depa .. ai is jeles huhuhu
Afiq Halid says
x berapa nak hiking sbb rendah sgt . hahaha
Wedelia says
Salam,nk tanya.. berapa charge utk bot?
Thanks in advance..
Afiq Halid says
Wassalam. kalau pergi ramai2 murah . hari tu pergi balik untuk 3 orang RM80 .