Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Travel/Hiking / Bukit Gasing Taman Rimba

Bukit Gasing Taman Rimba

June 22, 2025 by Afiq Halid Leave a Comment

Bukit Gasing Taman Rimba merupakan bukit kedua Fiqqq bawa anak-anak dan isteri mendaki bukit. Bukit ini sesuai untuk bagi mereka yang ingin santai-santai mendaki bukit bersama keluarga serta rakan-rakan. Trip kali ini juga kami namakan trip anak-anak kerana ramai anak-anak kecil yang ikut.

Sesuai untuk latihan

Terdapat beberapa laluan yang boleh kita cuba untuk membuat latihan stamina sebelum naik bukit atau gunung yang lebih tinggi di sini. Sepanjang perjalanan Fiqqq di sini, ada juga terserempak dengan mereka yang membuat beberapa pusing menggunakan jalan yang sama berkali-kali. Sekiranya, ingin melihat laluan yang ada, boleh juga lihat di link ini Trails in Bukit Gasing.

Antara yang menarik di beberapa Checkpoint apabila ada aiskrim serta minuman dijual. Bukan budak-budak sahaja yang suka, Fiqqq juga tidak lepaskan peluang untuk makan bersama. Aiskrim biasa tapi dalam keadaan ini ibarat sesuatu yang wajib makan. Sambil menunggu masa anak-anak menikmati makanan yang ada, yang dewasa boleh ambil nafas dan kumpul tenaga sebelum meneruskan perjalanan yang panjang.

Walau bagaimanapun, kuantiti yang mereka jual tidak banyak dan melihat kepada jumlah pengunjung yang datang ketika itu. Sekiranya ramai, maka cepatlah habisnya. Ini juga antara penyebab Fiqqq makin laju untuk sampai di Checkpoint.

Jambatan Gantung

Agak ramai ketika Fiqqq naik kali ini. Jadi, perlu tunggu giliran untuk melintasi jambatan gantung ini kerana orang yang ingin menggunakan dari dua hala. Boleh lalu di bahagian bawah jambatan tapi Fiqqq tunggu untuk bagi pengalaman kepada anak-anak.

Tangga Penyesalan di Bukit Gasing

Ibarat satu penyesalan yang tidak dapat digambarkan apabila terlihat banyak anak tangga yang harus Fiqqq daki. Tidak pasti berapa jumlah anak tangga untuk sampai ke puncak atas tetapi Fiqqq memerlukan masa yang agak lama untuk sampai. Beberapa kali juga berhenti untuk ambil nafas. Dengan membawa anak-anak depan dan belakang lagi. Apapun, perlu teruskan juga perjalanan.

Fiqqq ucapkan tahniah kepada anak-anak, isteri dan adik sedara yang akhirnya berjaya habiskan juga trip santai kali ini. Walaupun agak banyak kilometer yang diambil terlebih daripada yang dijangka. Terima kasih juga kepada geng hiking yang buat trip santai anak-anak ini. Boleh cuba lagi di masa akan datang.

Bukit untuk permulaan

Selain daripada Bukit Gasing, boleh cuba untuk mendaki Bukit Guling Ayam yang terletak di Gombak. Di sini hanya ambil masa kurang daripada 20 min untuk sampai di puncak.

Filed Under: Santai, Travel/Hiking Tagged With: Bukit Gasing, Taman Rimba Bukit Kerinchi, Tempat hiking di Selangor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (63)
  • Travel/Hiking (72)

© 2025 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim