Bukit Guling Ayam Gombak Selangor ini merupakan bukit pertama aku bawa keluarga layan pemandangan dari puncak bukit. Dengan ketinggian dalam 62 meter dan satu (1) kilometer sahaja berjalan menjadikan lokasi ini sangat mudah untuk sampai ke puncak. Memandangkan aku perlu bawa dua beg besar, maka aku jadikan bukit ini sebagai permulaan bawa anak-anak. Luluan ke […]
Hiking di Bypass Rawang
Hiking di Bypass Rawang merupakan lokasi menjadi tumpuan ramai untuk menikmati pemandangan di situ. Laluan sangat mudah. Tidak ambil masa yang lama untuk sampai ke puncak. Keseluruhan masa yang Fiqqq ambil dalam satu (1) jam naik dan turun. Kalau bagi mereka yang sudah biasa mendaki mungkin lebih cepat sampai. Starting Point Hiking di Bypass Rawang […]
Trans Langat Hulu Langat
Trans Langat Hulu Langat memerlukan kita untuk menaiki tiga (3) puncak. Bermula dengan Gunung Hitam, Bukit Resam Ambat dan yang terakhir Bukit Batu Bulan. Secara amnya, jumlah perjalanan mendaki ialah 15km ++, jumlah perjalanan di jalan raya ialah 6km ++, dan jumlah ketinggian mendaki ialah 1500m ++. Tahap kesusahan dalam 6.5/10. Cuma apabila buat trans, […]
Gunung Hitam Hulu Langat
Gunung Hitam Hulu Langat berketinggian sebanyak 4, 002 ft (1220meter) mengambil masa dalam empat (4) jam pendakian. Jika diikutkan, boleh ambil masa yang lebih singkat kerana waktu purata paling lama adalah tiga (3) jam sahaja. Memandangkan Fiqqq tersangat-sangat pewai maka terambil masa yang lebih daripada biasa. Oleh kerana sudah lama tidak mendaki, ini padahnya. Laluan […]
Bukit Wawasan Puchong Selangor
Bukit Wawasan Puchong Selangor merupakan lokasi yang menarik untuk meluangkan masa beriadah bersama keluarga atau rakan-rakan di hujung minggu. Daripada habiskan masa dengan tidur, adalah lebih baik Fiqqq jalan-jalan keluarkan peluh. Sihat sikit rasanya. Ketinggian hanya 233 meter menjadikan puncak bukit mudah untuk didaki. Mengambil masa dalam sekitar 45 minit – 1 jam untuk sampai […]
Bukit Kutu Kuala Kubu Baharu
Bukit Kutu Kuala Kubu Baharu merupakan bukit yang tidak serupa bukit. Bukan apa, laluan banyak yang mencanak sampai ke puncak. Kebetulan Fiqqq baharu habis naik Gunung Yong Yap beberapa hari lepas. Jadi ingin buat ala-ala cooldown session. Boleh dikatakan bukan cooldown session tapi azab naik bukit serupa gunung pula di sini. Ketinggian bukit ini ialah […]
Bukit Sapu Tangan via Nusa Rhu
Bukit Sapu Tangan via Nusa Rhu merupakan bukit yang terletak di Taman Botani Negara, Shah Alam. Dengan ketinggian 669 ft / 204 meter. Boleh dikatakan tidak tinggi dan sesuai untuk mereka yang baru ingin mula belajar mendaki. Walau bagaimanapun, laluan banyak mendaki sekiranya bermula di sini. Laluan Bukit Sapu Tangan via Nusa Rhu Ini merupakan […]
Gunung Bunga Buah Genting Highland
Gunung Bunga Buah Genting Highland terletak di Genting Highland. Ketinggian gunung ini ialah 1,430m / 4,690 ft. Jika dikira berdasarkan jarak perjalanan agak jauh. Lebih kurang 15kilometer ++ untuk pergi dan balik. Akan ambil masa yang lama untuk berjalan. Target waktu 4 jam pergi dan 4 jam balik. Kebiasaannya akan lebih. Landmark untuk laluan masuk […]