Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Travel/Hiking / Bukit Penarikan Negeri Sembilan

Bukit Penarikan Negeri Sembilan

July 20, 2025 by Afiq Halid Leave a Comment

Bukit Penarikan Negeri Sembilan terletak di kawasan Bahau. Mempunyai pemandangan menyeluruh dan sekiranya beruntung boleh menikmati awan karpet dari puncak. Walaupun dengan ketinggian hanya 461 meter sahaja, Fiqqq ambil masa dua (2) jam untuk sampai ke puncak. Sekiranya langkah kalian laju, boleh tiba di puncak dengan kurang daripada satu (1) jam sahaja.

Perjalanan agak jauh sebenarnya dan agak lapang. Fiqqq maksudkan adalah tidak terlalu banyak pokok untuk berteduh. Adalah lebih baik untuk naik lebih awal. Fiqqq mulakan pendakian dalam pukul 8 pagi.

Menariknya di sini, sebelum berpenat lelah untuk laluan yang lebih mencanak, mereka sajikan dengan jualan aiskrim. Antara yang menarik minat bagi mereka yang bawa anak-anak. Memandangkan Fiqqq bawa askar untuk naik ke atas. Maka, ini lah yang buat mereka seronok selain daripada merasa penat.

Sekiranya sudah nampak lokasi ini dan seakan lapang apabila melihat ke atas, maka anda sudah sampai di puncak yang pertama. Andai masih ada tenaga, boleh teruskan ke puncak kedua.

Lokasi boleh waze starting point Bukit Penarikan. Jangan risau untuk letak kenderaan kerana boleh letak di kawasan berhampiran atau berdekatan dengan rumah setempat. Hanya tertentu sahaja. Ada caj yang mereka kenakan.

Pastikan gunakan laluan mula mendaki yang ini. Fiqqq tersalah laluan pada asalnya. Bernasib baik hanya 50 meter dan terus berpatah balik semula. Trip kali ini lebih kepada trip saudara mara kerana ada saudara belah Fiqqq dan ada saudara belah orang rumah. Walau bagaimanapun, orang rumah Fiqqq terpaksa berpatah balik pada permulaan mendaki dek kerana secara tiba-tiba migraine.

Video mendaki Bukit Penarikan

Selain bukit ini, boleh juga lihat Bukit Taisho untuk pemandangan yang cantik juga.

Filed Under: Travel/Hiking Tagged With: Awan karpet, Bukit Penarikan, Tempat hiking di Negeri Sembilan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (63)
  • Travel/Hiking (72)

© 2025 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim