Bukit Taisho Negeri Sembilan antara lokasi tarikan bukan sekadar penduduk setempat malah dari merata tempat. Fiqqq sendiri sanggup datang dari jauh iaitu Klang untuk menikmati pemandangan dari puncak bukit tersebut. Jika lihat dalam mana-mana perkongsian yang dimuat naik dalam media sosial, boleh lihat awan karpet dari atas. Sudah pasti sesuatu yang menarik untuk lihat dengan mata sendiri.
Boleh dikatakan bukit ini mudah untuk didaki kerana ketinggian tidak melebihi 400 meter dan perjalanan untuk sampai ke puncak hanya 30 minit sahaja. Cuma banyak kali juga Fiqqq berhenti ambil nafas. Hahaha. Stamina hilang selepas lama sangat berkurung di rumah. Ambil masa yang lama juga untuk pulih. Pelan-pelan.
Laluan ke puncak
Ini merupakan laluan permulaan dari tempat letak kereta. Untuk ke sini, perlu berjalan kaki sikit. Jangan risau, ada penunjuk arah mereka sediakan. Laluan juga jelas dan terang. Andai risau kerana pertama kali naik seperti Fiqqq, ikut sahaja orang depan.
Kita akan melalui kawasan kebun sawit. Adakalanya berkabus andai mula mendaki pada awal pagi.
Ada laluan yang agak terbuka. Panas juga apabila terkena cahaya matahari terus. Lebih-lebih lagi waktu turun nanti. Nasib baik Fiqqq bawa topi koboi. Tidak lah terik mata.
Jika sudah sampai sini, boleh dikatakan lagi 15 minit akan sampai ke puncak. Ambil laluan di sebelah kiri dan naik terus ke atas. Ada dua laluan ke atas dan boleh gunakan mana-mana pilihan. Jika ingin berjalan sambil menikmati pemandangan, ambil yang kiri.
Fiqqq sampai di puncak agak lambat. Dalam pukul 7.35 pagi. Ketika ingin ambil gambar, awan karpet mula menghilangkan diri daripada pandangan mata. Walau bagaimanapun, masih kelihatan. Kawasan puncak agak lapang. Di nasihatkan naik pada awal pagi untuk elakkan panas dan orang yang ramai.
Apa pun terubat sikit hati ini dek kerana sebelum ini Fiqqq hanya layan hujan di Bypass Rawang hiking trail. Pengalaman.
Tempat letak kereta
Kereta boleh diletakkan di bahu jalan. Pastikan letak kereta dengan baik agar tidak mengganggu pengguna jalan di situ. Jika ingin terus ke sini, boleh klik pada link ini STARTING POINT BUKIT TAISHO.
Video Bukit Taisho Negeri Sembilan
Sedikit sedutan video yang sempat Fiqqq rakam sepanjang di sana. Enjoy!
Mr Lee says
1) May I know is this place available for camping? I would like to have a wild camping trip at here.
2) How much does this place charged?
3) Is there any public transportation nearby this place? If no, which is the nearest public transportation?
Afiq Halid says
1) Not sure coz most people day hike only.
2) no cost
3) it seems far from bus station at main road. you need to go further a bit in residential area
jue says
dah try lum bukit penarikan..best jugak view tp kne pergi ke hentian paragliding..xjauh dr bukit taisho
Afiq Halid says
belum. nanti Fiqqq try gi sana pula. Thank you bg cadangan. Lama dah x hiking ni. Hehe