Masjid Sheikh Zayed Abu Dhabi antara yang menarik perhatian setiba di Abu Dhabi. Ini kerana Fiqqq lalu di hadapan masjid ini dari lapangan terbang untuk ke hotel. Memang terus pasang niat dan wajib untuk singgah dan solat di masjid tersebut. Sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
Apabila sudah pasang niat, wajib ditunaikan. Hahaha. Cuma Fiqqq fokus uruskan hal-hal kerja terlebih dahulu. Alhamdulillah hari ke-dua di sana, ada masa terluang dan terus ke lokasi yang dituju.
Pertama Kali Lihat Seni Bina Masjid Sheikh Zayed yang Memukau
Sejujurnya, apabila pertama kali nampak Fiqqq terus check di media sosial. Memang cantik. Tapi apbila berdiri sendiri di pekarangan masjid, perasaan dia lain macam. SubhanAllah, memang terpukau. Bergenang air di kelopak mata. Kubah putih bersih yang tersergam indah, tiang-tiang dengan ukiran bunga yang teliti, serta lantai marmar yang berkilat seakan cermin. Ibarat tiada kata-kata boleh Fiqqq ungkap ketika itu. Tidak fokus untuk ambil gambar sebab lebih fokus untuk lihat dengan mata sendiri.
Masjid ini bukan sekadar tempat ibadat, tapi ia adalah satu karya seni yang agung. Gabungan reka bentuk Islam klasik dan moden di sini memang sangat harmoni. Cuma, perjalanan agak jauh dan ada laluan khas disediakan untuk ke masjid dan agak jauh. Masa Fiqqq dalam perjalanan ke ruang masjid sudah kedengaran laungan azan sangat menenangkan jiwa.
Untuk makluman, ruang untuk wuduk agak jauh dari ruang solat. Seeloknya, pastikan kita sampai sebelum masuk waktu solat. Fiqqq pula datang waktu maghrib. Waktu yang pendek. Bergegas juga. Lagi satu, ruangan untuk kita solat adalah berbeza dengan ruang chandelier gergasi yang sangat mewah dan karpet buatan tangan yang tersangatlah besar. Kawasan itu ditutup dan diberi had untuk kita lihat sahaja.
Lepas penat networking dan melawat booth di ADIPEC, dapat pergi cuci mata lihat keindahan Masjid Sheikh Zayed ini memang satu reward yang sangat berbaloi. Ia macam satu terapi ketenangan selepas seharian sibuk dengan urusan kerja. InsyaAllah sekiranya dapat pergi lagi tahun ini. Fiqqq akan cari masa untuk datang lagi.
Sightseeing & Pengangkutan Mudah di Abu Dhabi & Dubai
Memandangkan bos bagi Fiqqq hari extra dua hari di Abu Dhabi, langkah panjang terus cari khidmat kereta sewa daripada C2C Ride untuk pusing-pusing di Dubai. Servis mereka memang sangat memudahkan urusan perjalanan Fiqqq, terutamanya bila kita kejar masa dari satu lokasi ke satu lokasi tanpa perlu pening fikir pasal public transport yang sesak atau jalan raya yang mengelirukan. Sangat recommended untuk sesiapa yang nak percutian yang smooth!
Perancangan Seterusnya: Nak Tinggal Lebih Lama & Naik Unta!
InsyaAllah, sekiranya ada rezeki lagi tahun ini untuk ke UAE, Fiqqq sudah ada plan lain pula. Kalau trip lepas jadual agak padat, kali ni Fiqqq padatkan lagi trip ke sana. Cuba untuk fully utilize waktu di Dubai. Alang-alang tu, teringin juga nak rasa pengalaman masuk ke kawasan gurun dan naik unta. Barulah lengkap vibes percutian di bumi Arab. Kan kan kan?
Untuk mengimbau vibe jalan-jalan di Abu Dhabi, Fiqqq pergi bercuti di Hotel Movenpick, Sepang. Hahaha.
Leave a Reply