Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Travel/Hiking / Movenpick Hotel KLIA Sepang

Movenpick Hotel KLIA Sepang

June 3, 2026 by Afiq Halid Leave a Comment

Movenpick Hotel KLIA Sepang antara hotel yang memang Fiqqq set untuk menginap. Dek kerana terpegun dengan reka bentuk hotel dari luar. Jadi teringin untuk lihat sendiri dan merasai pengalaman berada di situ sambil meluang masa bersama keluarga. Tidak sama rasa apabila kita datang sekadar untuk melihat dengan datang dan menginap. Betul tak?

Reka Bentuk Unik

Fiqqq suka tengok seni bina bangunan Mövenpick Hotel. Memang akan buat Fiqqq menoleh dua tiga kali. Mengingatkan kembali kenangan berjalan di Abu Dhabi dan Dubai. Boleh dikatakan mereka menggabungkan elemen seni bina Islam kontemporari dan elemen moden. Walaupun seakan tapi mampu mengimbau. Kalau tengok dari luar, suka akan corak geometri ikonik yang bukan sahaja nampak premium, tapi rupanya berfungsi sebagai pelindung cahaya semula jadi supaya ruang dalam hotel tidak terasa panas. Setiap sudut dalam hotel ni memang aesthetic dan insta-worthy. Pendek kata, memang sesuai sangat untuk geng yang kaki bergambar.

Hotel ini sangat luas. Walaupun tidak berapa ramai pengunjung semasa Fiqqq sekeluarga berada di sana, tidak terasa kosong. Ada sesetengah hotel akan rasa kosong. Faham kan apa yang ingin Fiqqq sampaikan? Hahaha.

Bilik yang Selesa dan Besar

Perkara pertama yang buat Fiqqq tertarik adalah ambience dia. Suasana dalam bilik nampak sangat ‘mahal’ dan premium dengan susun atur yang kemas. Anak-anak lebih teruja apabila melihat bilik yang luas. Dalam masa yang sama tetap rasa homey dan tersangatlah selesa. Bilik air dia pun satu hal. Luas betul! Ada dua pintu yang kita boleh akses. Bukan main seronok awal-awal anak bermain pusing-pusing. Ibarat ada pintu ajaib. Hahaha.

Menjadikan lebih seronok untuk anak-anak apabila ada bathtub. Memang puaslah mereka berendam. Tapi kalau inginkan ruang yang lagi luas untuk anak-anak lepaskan tenaga, boleh bawak mereka mandi di kolam renang yang terletak di bahagian atas (rooftop) hotel.

Dek kerana selesa. Malam itu Fiqqq buat keputusan untuk luang masa dalam bilik sahaja. Segala makan malam semua buat pesanan untuk hantar ke bilik sahaja. Sedang elok pula punya lah banyak senarai movie kartun, cerita seram dan lain-lain yang disediakan. Memang movie marathon sepanjang malam! Walaupun sekadar short staycation, memang sangat berbaloi untuk datang dan rasa sendiri pengalaman menginap di sini.

Masa untuk Sarapan

Seperti biasa Fiqqq akan datang seawal yang boleh. Jenis yang tidak gemar sekiranya orang sudah ramai. Bukan apa, mudah untuk Fiqqq dan anak-anak untuk ke sana ke sini tambah makanan. Makan di hotel gunakan konsep makan selagi boleh. Lebih-lebih lagi hidangan yang menyelerakan dan banyak pilihan.

Ambil yang perlu sahaja terlebih dahulu. Habis baru tambah. Jangan membazir okey!

Video Movenpick Hotel KLIA Sepang

Fiqqq tidak letakkan banyak gambar dalam penulisan dek kerana boleh lihat video yang sudah disediakan. Walaupun tidak canggih komposis video dan suntingan yang mantap. Fiqqq memang gemar untuk simpan kenangan. Simpanan untuk kita lihat dikemudian hari. Kenangan bersama keluarga. Enjoy!

Untuk makluman lanjut, boleh layari Movenpick Hotel. Sambil-sambil itu, mana lagi tempat yang boleh kita mendaki? Hari itu Fiqqq bersama dengan keluarga naik Bukit Penarikan Negeri Sembilan. Hanya ingin meluangkan masa bersama keluarga dengan aktiviti mendaki supaya anak-anak bebas berlari dan melihat alam dan juga pemandangan.

Filed Under: Santai, Travel/Hiking Tagged With: KLIA, Movenpick Hotel

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (65)
  • Travel/Hiking (74)

© 2026 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim