Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Food / Food Mega Festival 2016 : Shah Alam

Food Mega Festival 2016 : Shah Alam

August 27, 2016 by Afiq Halid 9 Comments

Fuhhhh … Banyak betul pilihan makanan dan minuman di Food Mega Festival, Bulatan Bazarena, Shah Alam ni. 27 Ogos hingga 28 Ogos 2016 saja jika tidak silap Fiqqq. Buka daripada jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Banyak gerai. Jadi, pening juga Fiqqq nak buat pilihan. Semua nampak sedap dan menyelerakan. Lebih-lebih lagi sedang lapar. Ikut nafsu, binasa. Habis semua dibelinya nanti. Maka, beli mana yang teringin nak makan. Hahaha.

 

Waktu Fiqqq sampai dengan geng, tidak berapa ramai. Mungkin panas sebab pukul 2.00 petang tapi kelihatan makin ramai yang berkunjung bermula jam 3.00 petang ke atas. Mereka buat konsep bulatan dan ada pentas di tengah-tengah. Palet pula sengaja diletakkan untuk duduk sambil menjamah makanan yang dibeli.
Tidak sempat pusing habis terus singgah sini. Panas dan tidak tertahan lagi melihat air sejuk bergelas besar ni. Hahaha. Maka, masing-masing buat pesanan ikut selera tekak. Jadi Fiqqq beli air Ribena apa entah nama dia. Hahaha. Serius hilang terus dahaga. Puas minum. Almaklumlah sebab gelas besar. Ikut nafsu, nak saja beli lagi satu.

 

Fiqqq ni jenis kuat makan. Boleh dikatakan perlu banyak bersabar apabila tengok makanan yang terhidang. Boleh boros beli makanan. Hahaha. Sedang beratur beli air, mata tertumpu kedai sebelah.
Terus rasa lapar. Sambung beratur kedai sebelah untuk beli makanan pula. Sotong cheese dan Meatball cheese menjadi pilihan. Fuhhhh makanan dia. Sedap. Lebih-lebih lagi makan panas-panas dengan geng. Hahaha.
Oleh kerana Food Mega Festival ini berlangsung selama dua hari, maka mungkin akan berkunjung esok hari pula untuk cuba makanan yang lain. Jom … Jumpa di sana ya!!!

Filed Under: Food Tagged With: cari makan, food mega festival shah alam

Comments

  1. Nooraini Ali. says

    August 27, 2016 at 4:34 pm

    Jelous weiii…i baeu sampai rumah ni jam430pm..

    Reply
  2. Afiq Halid says

    August 28, 2016 at 12:00 am

    Rugi juga lah tak join. Hahaha.

    Reply
  3. Shiqeen Sattar says

    August 28, 2016 at 1:41 am

    Bila masa posing kat photo booth tu.. alaa x aci lah

    Reply
  4. Shiqeen Sattar says

    August 28, 2016 at 1:42 am

    Bila masa posing kat photo booth tu.. alaa x aci lah

    Reply
  5. Afiq Halid says

    August 28, 2016 at 9:11 am

    Sampai2, pusing2, terus posing. Haha

    Reply
  6. cik karmila says

    August 28, 2016 at 12:51 pm

    i also have been there yesterday ^^

    Reply
  7. Lala Rahim says

    August 28, 2016 at 8:49 pm

    Baru pergi tadi haha http://lalarahim.blogspot.my/2016/08/food-mega-festival.html

    Reply
  8. Afiq Halid says

    August 29, 2016 at 1:04 am

    Ada rezeki jumpa dah 😀 in Shaa Allah di masa akan datang mungkin.

    Reply
  9. Afiq Halid says

    August 29, 2016 at 1:04 am

    Seronok kan? Banyak betul pilihan makanan.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (63)
  • Travel/Hiking (72)

© 2025 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim