Aktiviti yang boleh kita habiskan di Sungai Lembing. Muzium dan makan. Hahaha. Sejujurnya, Fiqqq bukan seorang yang gemar tentang sejarah ataupun perkara-perkara yang dah ‘season’ ini. Tapi, apabila masuk dalam muzium ini banyak maklumat yang Fiqqq dapat. Orang kata input untuk pengetahuan am dan sejarah. Sekurang-kurangnya, lepas ini apabila ditanya tidaklah Fiqqq ternganga tidak tahu. Kan … kan … kan ???
Bagus ada benda macam ini. Untuk orang ramai tahu sesuatu perkara. Fiqqq belanja gambar.
1. Muzium Sungai Lembing
Apabila Fiqqq lihat laluan ini rasa macam rumah semut. Hahaha. Agak teruja apabila pihak muzium buat satu replika gambaran bentuk lombong yang berada di bawah tanah. Macam boleh sesat lah sebenarnya kalau pergi tanpa ada pengetahuan selok-belok dalam tu.
Tin Mines
Muzium ini paling buat Fiqqq teruja sebab kita akan masuk sebahagian kawasan lombong. Almaklum, tidak pernah masuk. Hahaha. Dan yang membuatkan keterujaan terlebih apabila perlu menaiki keretapi kecil untuk sampai di kawasan dalam. Macam budak-budak.
Lubang ini merupakan laluan angin ke dalam lombong. Fiqqq tidak menyangka ada sebahagian laluan dalam lombong sejuk dan rasa nyaman je. Hehehe. Bijak orang dulu-dulu mencari sumber untuk pengudaraan dengan menggunakan peralatan yang terhad.
Agak rasa kurang selesa sebab dalam ini gelap. Hahaha. Jadi, ambil gambarpun sekejap-sekejap. Snap-snap gerak keluar.
Makan Tengah Hari
Singgah makan tengah hari di pekan berdekatan. Jangan berangan untuk makan McD, KFC Dominos dan sebagainya. Memang tiada. Jadi, makanlah masakan orang tempatan. Maaf sebab tidak ada gambar makanan. Lapar teruk punya. Hahaha.
Leave a Reply