The Gravy Factory NU Sentral Kuala Lumpur menarik perhatian pelanggan dengan keunikan rasa makanan dan dekorasi restoran. Kali pertama melangkah masuk dalam restoran sahaja sudah “Wow, menarik….” Apabila pergi di satu bahagian, bahagian terbuka, bertambah wownya. Dengan pemandangan hutan batu di sekeliling dan kita berada di aras 5, NU Sentral. Sangat memukau mata.
Namun, bukan itu sahaja yang Fiqqq cari. Andai restoran menarik tapi makan tidak menepati citarasa pun tidak boleh jugakan? Kalau nak diikutkan selepas beberapa kali Fiqqq meneliti menu di The Gravy Factory ini. Fiqqq perasan yang mereka akan letakkan *signature dish untuk menu Hainanese. Jadi, pada mereka yang inginkan rasa keistimewaan Hainanese, boleh cuba di sini.
Hainanese Chicken Chop – RM 25.90
Kombinasi warna dalam satu pinggan betul-betul buka selera Fiqqq untuk makan. Lebih-lebih lagi waktu betul-betul tengah lapar. Almaklumlah, berhenti seketika di NU Sentral sememangnya untuk mengisi perut sementara menunggu komuter dan sebagainya. Daging ayam sangat lembut. Ditambah pula rasa kerak ayam yang rangup serta diselaputi telur. Apabila Fiqqq kunyah, ada semua rasa. Rangup, lembut dan selang makan dengan salad yang ada. Nyum nyum nyum!!!
Tidak lupa juga kuah yang disediakan. Keunikan kuah untuk chicken chop memang menarik. Rasa ala-ala masakan orang lama. Dengan potongan bawang merah secara kasar dan beberapa resipi rahsia. Wahhh … Siap ada rahsia. Mestilah kan. Setiap kedai akan ada keunikan masing-masing. Kalau sama, memang tidak menarik lah.
Hainanese Chicken Burger – RM16.90
Memandangkan Hainanese merupakan signature mereka. Jadi, Fiqqq buat pesanan menu untuk burger juga. Dalam gambar seperti burger biasa yang boleh kita dapat di mana-mana lokasi. Namun, tanggapan Fiqqq berubah apabila menu ini sampai di meja.
Daging burger yang mereka guna bukan daging ayam yang diproses malah mereka menggunakan daging ayam yang lebih kurang seperti daging untuk menu chicken chop. Perkara yang membezakan dua menu ini ialah daging ayam untuk burger digoreng garing. Sangat sedap apabila dimakan kerana sangat rangup dan kita dapat rasa nikmat makan burger di sini. Ditambah pula rasa sos lada hitam yang mereka letak serta sayur salad di dalamnya. Kriuk .. kriukk bunyi waktu Fiqqq makan.
Lemonade – RM 11.90
Dalam keletihan berjalan, beri air apa sahaja cukup memadai. Tapi lebih sedap dapat segelas air lemonade yang sejuk, ditambah pula dengan rasa daun pudina asli serta perahan lemon. Tersangat nikmat meneguk air tersebut. Sambil-sambil minum, Fiqqq makan sedikit daun pudina yang ada untuk rasa mint asli daripada daun. Sedap tau.
Cuma, Fiqqq rasa sedikit mahal untuk saiz cawan sebesar itu. Andai mereka boleh beri gelas yang lebih besar sedikit mesti seronok. Rasa air sedap. Puas minum dan harga pula berpatutan dengan apa yang mereka dapat. Huhuhu.
Setelah beberapa kali terpandang, baharu Fiqqq perasan yang logo kedai ini menggunakan teko ajaib yang mereka gunakan untuk letak kuah (gravy) seperti sos lada hitam, kuah untuk chicken chop dan sebagainya.
Makanan sedap. Dapat minum air yang menyegarkan. Pemandangan dari kedai pula terbaik. Sambil makan sambil menikmati pemandangan bangunan-bangunan yang ada di sekitar kawasan. Boleh lah Fiqqq nampak kesibukan jalan raya dari atas. Nasib baik naik komuter untuk balik Klang. Fuhhhh. Lega. Tapi sama sahaja. Ramai juga manusia. Hahaha.
Lokasi restoran di L5.05 – NU Sentral
Rating
Secara keseluruhan, Fiqqq bagi 4/5 untuk The Gravy Factory NU Sentral Kuala Lumpur
Sudah penat makan, jom kita kasi bakar lemak dengan hiking di Bukit Batu Condong.
Kak Sue says
Wah menarik makanan dan tempat nie Fiqqq.. kena cuba nie 😊
Afiq Halid says
Should try. Sgt suka tempat dia. Rasa mcm makan dekat oversea. Hahaha
Ana Suhana says
Wah boleh lah cuba ni. Makanan nampak sgt menarik dan sedap.
atiehilmi dot com says
waa.. best nih.. tak de la mahal sangat kan..
Nadia Johari says
tempatnya menarik
Afiq Halid says
Makanan dia best. Banyak pilihan.
Afiq Halid says
Harga berpatutan. Depends kepada menu yg kita makan. Tapi memang banyak pilihan.
Afiq Halid says
Tempat dia sgt menarik. Best.