Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Travel/Hiking / Bukit Batu Chondong Ampang Selangor

Bukit Batu Chondong Ampang Selangor

June 22, 2020 by Afiq Halid 5 Comments

Bukit Batu Chondong Ampang Selangor adalah bukit yang terletak berhampiran dengan Bukit Tabur. Boleh lihat puncak bukit tersebut apabila berada di puncak ini. Dengan ketinggian sebanyak 260M / 865ft membolehkan pendaki sampai di puncak dalam masa yang singkat. Boleh dikatakan Fiqqq mendaki ambil masa dalam 20 minit secara santai. Dek kerana sudah lama tidak mendaki maka Fiqqq jalan perlahan-lahan, langkah demi langkah, tahu-tahu sudah sampai.

Laluan permulaan

Laluan permulaan untuk pendakian boleh dilihat dari jalan utama. Mudah sangat untuk cari. Tidak perlu bimbang. Hahaha. Kebetulan waktu Fiqqq naik, hujan pada malam tersebut. Jadi laluan agak licin dan agak becak. Sangat tidak suka kalau terpijak tanah yang lembik kerana akan melekat-lekat di kasut. Apa boleh buat, Fiqqq jalan terus.

Selepas beberapa minit mendaki. Boleh dikatakan dalam 10 minit, akan melalui satu jalan seperti simpang empat. Jalan terus untuk mendaki dan jalan yang melintang merupakan laluan aktiviti ATV. Jika diikutkan, laluan ini sudah separuh perjalanan untuk ke puncak bukit.

Sekiranya sudah nampak batu besar ini bermakna sudah hampir sampai ke puncak. Ada dua laluan iaitu ke kanan atau ke kiri. Kedua-dua laluan tersebut boleh digunakan. Ini kerana puncak tersebut ala-ala bukit tabur ada tiga puncak. Fiqqq ikut laluan sebelah kanan. Puncak yang paling rendah berbanding yang lain. Jangan risau kerana dari satu puncak ke puncak yang lain itu hanya beberapa langkah sahaja. Boleh sahaja cari mana-mana kawasan yang selesa untuk duduk sebentar sambil layan pemandangan yang ada.

Sila berhati-hati semasa mendaki ke puncak kerana berbatu. Lebih-lebih lagi sekiranya pada musim hujan. Batu semua agak licin. Kawasan di puncak pula tidak berapa luas. Jadi, pandai-pandailah bahagi masa untuk sesi bergambar. Hehehe.

Tempat letak kenderaan

Tempat Letak Kereta

Tempat letak kenderaan ini tidak jauh daripada tempat permulaan untuk mendaki bukit. Elakkan letak kenderaan di bahu jalan kerana laluan agak sempit. Bayaran yang dikenakan sebanyak RM3.00 sahaja untuk sekali masuk. Pastikan kenderaan dikunci sebelum memulakan pendakian. Senang cerita keselamatan kenderaan atas tanggungjawab masing-masing. Fiqqq sampai agak awal jadi kenderaan tidak terlalu banyak ketika itu.

Sekiranya datang secara berkumpulan dan ingin menembak rakan-rakan, boleh singgah di Kombat Zone Paintball. Oleh kerana Fiqqq datang berdua dengan saudara maka terus balik cari roti canai. Lapar.

Video Bukit Batu Chondong Ampang Selangor

Filed Under: Travel/Hiking Tagged With: Bukit Batu Chondong, Bukit di Selangor, Hiking Malaysia

Trackbacks

  1. Tempat menarik di Pahang - Afiq Halid says:
    July 25, 2020 at 6:09 pm

    […] lewat sedikit sampainya. Walau bagaimanapun, Fiqqq teringin untuk eksplor lokasi hiking seperti Bukit Batu Chondong yang Fiqqq mendaki sebelum […]

    Reply
  2. The Gravy Factory NU Sentral Kuala Lumpur - Afiq Halid says:
    August 26, 2020 at 1:56 pm

    […] Sudah penat makan, jom kita kasi bakar lemak dengan hiking di Bukit Batu Condong. […]

    Reply
  3. Bukit Kodiang Kedah - Afiq Halid says:
    January 11, 2021 at 10:16 am

    […] perjalanan untuk ke puncak lebih kurang mendaki Bukit Batu Chondong di Ampang, Selangor. Jalan-jalan tahu-tahu sudah sampai. […]

    Reply
  4. Bukit 2 Ringgit atau Bukit Sentosa - Afiq Halid says:
    April 18, 2022 at 9:28 am

    […] Tiada bayaran yang dikenakan untuk letak kereta di bahu jalan. Buat masa ini. Tidak pasti di masa akan datang. Harapnya berterusan lah. Hahaha. Kalau ingin pemandangan yang cantik, boleh cuba untuk pergi ke Bukit Batu Chondong. […]

    Reply
  5. Tempat menarik di Pahang – Afiq Halid – Makmur FM Blog says:
    February 24, 2023 at 12:53 am

    […] lewat sedikit sampainya. Walau bagaimanapun, Fiqqq teringin untuk eksplor lokasi hiking seperti Bukit Batu Chondong yang Fiqqq mendaki sebelum […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (63)
  • Travel/Hiking (72)

© 2026 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim