Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Food / Resipi Sambal Kacang Tradisional Senang dan Sedap

Resipi Sambal Kacang Tradisional Senang dan Sedap

July 7, 2017 by Afiq Halid 10 Comments

Resipi sambal kacang tradisional

Resipi sambal kacang tradisional senang dan sedap ini merupakan resipi yang diamalkan oleh arwah nenek setiap kali raya menjelang suatu ketika dahulu. Apapbila arwah nenek sudah tiada maka Fiqqq dan ibu yang meneruskan resipi ini supaya dapat rasa sama seperti arwah nenek yang masak. Huhuhu. Walaupun tidak 100% sama sekurang-kurangnya 99.99% rasa yang sama sudah memadai.

Sambal kacang ini adalah pelengkap ketupat. Nikmat di pagi raya mahupun segala rumah terbuka. Asal ada nasi impit atau ketupat, mesti akan cari sambal kacang untuk makan bersama. Boleh sahaja kalau makan dengan rendang sekali pun cuma Fiqqq lebih suka makan dengan sambal kacang. Masak sambal kacang pun tidak susah mana pun. Jadi, Fiqqq akan kongsikan resipi yang digunakan.

Bahan-bahan sambal kacang

Bahan-bahan sambal kacang ini mudah untuk kita cari dan beli. Tidaklah banyak mana cuma setiap barang perlu ada dalam kuantiti yang banyak. Lebih-lebih lagi kalau masak lebih. Untuk dapatkan rasa yang sedap, maka perlu gandakan jumlah kuantiti yang ada. Bahan-bahan ini untuk 3 kilogram sekali masak.

Resipi Sambal Kacang Tradisional Senang dan Sedap

3 kilogram Kacang tanah (digoreng dan kisar)

30 batang Serai (ketuk)

1 biji Lengkuas

1 inci Halia

6 senduk Cili Kisar

1 mangkuk Udang kering (rendam dengan air dan kisar)

6 ketul Gula melaka (dicairkan)

Air asam jawa (1/2 paket kecil)

15 biji Bawang merah (besar)

15 ulas Bawang putih

3 ketul Kunyit (jika suka)

Gula pasir (ikut suka)

Garam (ikut rasa)

Cara masak sambal kacang

Tuangkan minyak ke dalam kuali/kawah/periuk secukupnya. Apabila sudah panas, tumis serai yang telah diketuk terlebih dahulu sehingga naik bau wangi serai tersebut. Kemudian, masukkan bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, lengkuas, udang kering yang telah dikisar tadi untuk mula menumis. Selepas warna mula kekuningan, mula untuk masukkan bahan seterusnya.

Resipi Sambal Kacang Tradisional Senang dan Sedap

Masukkan cili kisar. Bagi yang suka pedas, boleh lebihkan sedikit. Tapi jangan terlebih sangat. Jadi lain nanti. Hahaha. Masak cili kisar tersebut sehingga naik minyak. Ketika ini kita tidak boleh tinggal ya. Jangan sampai ada hitam-hitam atau hangus bahan-bahan yang masak di kuali untuk elakkan sambal kacang nanti jadi pahit. Rajinlah mengacau.

Resipi Sambal Kacang Tradisional Senang dan Sedap

Setelah naik minyak, masukkan kacang tanah yang telah dikisar. Kacang ini dikisar ikut rasa masing-masing. Andai suka kacangnya dikisar kasar maka kisar sekejap sahaja. Andai suka halus kacangnya, maka kisar lama sedikit. Terpulang pada diri masing-masing. Hahaha. Selepas tuang 3 kilogram kacang tanah tadi, teruskan mengacau.

Resipi Sambal Kacang Tradisional Senang dan Sedap

Masukkan air asam jawa terlebih dahulu. Kacau sehingga seb Kemudian, baru masukkan gula merah yang telah dicairkan. Pastikan tapis ya air asam jawa dan gula merah ini supaya tiada sebarang serdak-serdak atau bahan-bahan yang tidak diingini berada dalam sambal kacang.

Resipi Sambal Kacang Tradisional Senang dan Sedap

Masaklah sehingga naik minyak. Selepas naik minyak maka siap sudah sambal kacang tersebut. Senangkan? Fiqqq buat main ikut sahaja resipi yang ada. Cuma yang menjadikan lama ialah perlu tunggu bahan-bahan yang kita masukkan dalam kuali betul-betul masak.

Selain mengacau bahan-bahan sambal kacang ini, kita perlu ambil tahu keadaan api. Jangan terlalu besar kerana khuatir akan ada yang hangus dan akan menyebabkan kuah kacang tersebut rasa pahit atau rasa tidak sedap. Maka api perlu sedang-sedang sahaja dan pandai-pandailah kita menjaga masakan tersebut. Hahaha. Inilah dia resipi sambal kacang tradisional senang dan sedap.

Filed Under: Food Tagged With: Bahan buat sambal kacang, resipi kuah kacang mudah, Resipi Sambal Kacang Tradisional, Sambal Kacang Senang dan Sedap

Comments

  1. lisak says

    July 7, 2017 at 2:16 pm

    suka makan… masak tak pandai. bgus btul fiq.. rajin hahaha

    Reply
    • Afiq says

      July 7, 2017 at 6:07 pm

      Masak buat simple2 je ni Lisa. Hahaha

      Reply
  2. mamapipie says

    July 8, 2017 at 11:54 am

    Nampak lazat tu.. boleh cuba nanti

    Reply
    • Afiq says

      July 9, 2017 at 1:40 am

      In Shaa Allah … Selamat mencuba 😀

      Reply
  3. fisha says

    July 10, 2017 at 10:13 am

    3kg utk makan brapa orang ye

    Reply
    • Afiq says

      July 10, 2017 at 3:08 pm

      Saya tidak pula kira untuk berapa orang makan. Anggaran dalam 50 orang makan. Termasuk yang tambah beberapa kali. 😀

      Reply
  4. Nina Mirza says

    July 12, 2017 at 9:39 am

    Boleh open catering dah ni….

    Reply
    • Afiq says

      July 15, 2017 at 12:13 pm

      Hahaha. makan sikit2 boleh lah kak. Masak suka2.

      Reply

Trackbacks

  1. Cara mudah anyam ketupat - Afiq Halid says:
    May 23, 2020 at 9:49 am

    […] bercerita menu sampingan. Fiqqq kongsikan juga resipi Resipi Kuah Kacang yang diturunkan oleh arwah nenek. Maka, tiap-tiap tahun akan guna resipi yang sama. Orang kata, […]

    Reply
  2. URL says:
    December 11, 2024 at 5:08 am

    … [Trackback]

    […] Read More: afiqhalid.com/2017/07/07/resipi-sambal-kacang-tradisional-senang-dan-sedap/ […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (63)
  • Travel/Hiking (72)

© 2025 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim