Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Food / Cara mudah anyam ketupat

Cara mudah anyam ketupat

May 23, 2020 by Afiq Halid 4 Comments

Cara mudah anyam ketupat yang boleh dicuba. Fiqqq mula belajar anyam ketupat dengan arwah nenek suatu ketika dahulu. Sambil-sambil teman dia tengok television, dia ajar satu per satu cara anyam. Pada mulanya memang nampak renyah dan malas untuk buat. Mana tidaknya, masuk sini masuk sana, selang seli kan. Tahu-tahu sudah terikat. Habis rosak daun ketupat. Hahaha. ‘Takpe . Nanti cuba lagi!”

Fiqqq mula cuba belajar dengan ketatkan ketupat yang arwah nenek sudah anyam. Selepas sudah laju, baru mula untuk pegang daun ketupat dan anyam. Kesilapan yang sering dilalakukan apabila selingan daun ketupat terlepas. Jadi, perlu leraikan dan mula daripada awal.

Apabila jari sudah mahir. Bentuk anyaman makin cantik tersusun. Perlahan-lahan untuk habiskan hingga ke langkah terakhir. Dalam masa beberapa hari pun sudah boleh jadi anyam ketupat. Sangat senang!

Jadi, Fiqqq kongsikan video ringkas cara mudah anyam ketupat. Bermula daripada langkah pertama sehingga habis buat. Kalau terangkan dalam bentuk penulisan atau gambar akan susah nampak.

Video

Dalam banyak-banyak bahagian, bagi Fiqqq bahagian permulaan untuk menganyam adalah paling susah. Hal ini kerana perlu sambungkan daun-daun ketupat tersebut. Waktu itu banyak kali frust dengan diri sendiri. Akan lebih banyak merasa gagal berbanding kejayaan untuk menghasilkan satu ketupat. Hahahaha.

Terasa rugi jika Fiqqq putus asa awal. Pasti tidak pandai untuk menganyam sehingga kini. Cuma, adakala Fiqqq akan lupa step. Almaklumlah aktiviti ini hanya dilakukan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Setahun hanya sekali. Merayakan hari yang mulia ini. Kan kan kan ???

Kuah Kacang atau Rendang?

Kedua-dua menu sampingan ini sedap untuk dimakan bersama ketupat. Senang cerita, Fiqqq akan penuhkan pinggan dengan kedua-kedua menu ini. Calit sikit rendang kemudian cecah dengan kuah kacang. Sedapnya ya Allah !

Alang-alang bercerita menu sampingan. Fiqqq kongsikan juga resipi Resipi Kuah Kacang yang diturunkan oleh arwah nenek. Maka, tiap-tiap tahun akan guna resipi yang sama. Orang kata, rasa masakan yang arwah nenek buat adalah iras rasa. Betul tidak sama sedapnya tapi ada rasa seakan-akan pun sudah seronok rasa.

Filed Under: Food Tagged With: Cara anyam ketupat, Tutorial menganyam ketupat

Comments

  1. acu says

    May 31, 2020 at 12:45 pm

    SELAMAT HARI RAYA!! best entry ini.. done follow u, follow me back.. tq
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    Reply
    • Afiq Halid says

      June 1, 2020 at 1:34 pm

      Selamat hari raya juga

      Reply
  2. Hans says

    June 22, 2020 at 2:27 am

    power lah Afiq
    Hans sampai sekarang tak reti buat
    pening lah
    hahaha

    Reply
    • Afiq Halid says

      June 24, 2020 at 8:16 am

      Hahaha , ini je yang pandai buat . Nanti try buat lagi tau Hans .

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (63)
  • Travel/Hiking (72)

© 2025 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim