Gunung GAP dan Gunung Ulu Semangkok Kuala Kubu Baru
Gunung GAP dan Gunung Ulu Semangkok Kuala Kubu Baru merupakan gunung yang mencabar bagi Fiqqq. Kalau sudah naik yang GAP rugi pula tidak teruskan ke Ulu Semangkok. Jadi, memang bersedia mental fizikal sebab biasa naik bukit sahaja.
Seawal jam 6.35 pagi Fiqqq sampai di kawasan tempat letak kereta. Memandangkan Google Maps adakalanya terhilang dari radar maka terlajak ke depan sedikit. Cuaca sangat sejuk bagi Fiqqq. Menggigil kaki ketika keluar daripada kereta.
Dalam jam 7.00 pagi Fiqqq mula mendaki. Ini adalah laluan untuk naik ke atas. Mencari juga pada mulanya. Nasib baik jumpa. Bersebelahan dengan tempat letak kereta. Dalam 50 meter.
Gunung GAP
Perjalanan dari bawah ke Puncak Gunung GAP mengambil masa dalam 45 minit. Dengan ketinggian 1, 183 meter, akhirnya Fiqqq sampai juga. Penat berjalan dan mendaki.
Boleh berehat sebentar sementara mengumpul semula tenaga sebelum meneruskan pendakian ke Gunung Ulu Semangkok. Fiqqq rehat agak lama juga. Minum air, bergambar, duduk sekejap, tarik nafas dalam-dalam dan lain-lain.
Sambil berehat, boleh menikmati sedikit pemandangan yang ada dari Gunung GAP. Puncak Gunung GAP bagi Fiqqq ibarat RNR untuk ke Gunung Ulu Semangkok. Jadi, tidak terasa penat berjalan lama.
Laluan ke Gunung GAP
Sangat memenatkan dan mencabar bagi Fiqqq kerana laluan tinggi dan mencanak. Lebih banyak mendaki daripada kawasan landai. Selepas naik, naik lagi dan lagi. Tidak cukup nafas. Baharu lepas satu fasa, ada lagi. Ingat bolehlah Fiqqq tarik nafas lega sebentar namun reda sahaja apabila lihat lagi tempat yang lagi tinggi untuk didaki.
Gunung Ulu Semangkok
Fiqqq ambil masa dalam 1 jam 5 minit untuk sampai ke puncak Gunung Ulu Semangkok. Langkah kita akan lagi laju apabila sudah mula dengar suara orang yang berada di puncak. Walaupun penat tapi sudah tahu yang akan sampai.
Dengan ketinggian 1, 394 meter kita dapat melihat pemandangan yang sangat cantik. Luas terbentang dengan bukit-bukau serta gunung-ganang yang hijau. Sangat menenangkan. Hirup udara segar dan sejuk angin di atas.
Kalau diikutkan keluasan di puncak tidak terlalu besar namun terdapat beberapa tempat untuk bergambar buat kenang-kenangan. Menarik dan rugi kalau tidak bergambar. Apapun, berhati-hati ketika bergambar di hujung dahan atau di tempat tinggi.
Fiqqq dan geng luangkan masa di atas lebih daripada 30 minit. Rehat lama sikit sebab kalau boleh ingin sampai di bawah lebih cepat. Tidak perlu berhenti banyak kali. Jadi, boleh jimat masa dan cepat sampai.
Laluan ke Gunung Ulu Semangkok
Permulaan dari Gunung GAP lebih turun ke bawah. Tapi untuk seketika cuma. Selepas beberapa minit perjalanan, perlu mendaki lebih banyak lagi. Sangat mencabar bagi Fiqqq yang kurang stamina dan tidak berapa fit.
Fiqqq agak perlahan ketika mendaki kerana tidak cukup nafas dengan laluan sebegini. Naik satu bahagian, berhenti sekejap. Minum seteguk dua air yang ada. Walaubagaimanapun, naik gunung ini Fiqqq kurang minum air mungkin kerana cuaca yang sejuk dan berangin.
Laluan ke Gunung Ulu Semangkok banyak juga yang landai. Tidak seperti laluan untuk naik ke Gunung GAP. Namun, kita akan seronok ketika turun kerana tidak banyak yang perlu mendaki. Cuma bahaya dengan cerun.
Klip Video
Fiqqq sempat buat sedikit rakaman video suasana dan pengalaman ketika mendaki. Jemput tengok! Ada rezeki, jom kita naik gunung lain pula. Hahaha.
Perghhhhhh baca blog nie pun dah tercungap2… macam mane la kalau kena join mendaki sama hahaha
Hahaha. Cungap sikit je kan ? Jom nanti ada masa free , jom daki sama .
Thanks info. Baru nak try esok..
Selamat mendaki . Enjoy the view k 🙂
Klu nk waze atau google maps taip apa yg betul2 smpai starting point dia Afiq?
Type gunung gap dan ulu semangkuk kat google. Then dia terus direct ke tempat parking or laluan yang Afiq share dalam pic.
Salam bro, nak naik Pakai permit tak or kat bawah tu ada registration ?
Wassalam. That day main pergi je 😅 . Kat bawah xde registration pun . But x tahu lah skrg mcm mana .
trail gunung gap dan ulu semangkuk susah x ??
nk try hiking juga ni
boleh lah . cuma penat sikit bagi Fiqqq sbb byk mendaki . All the best bro
Terbaik. Agak2, lalun dia jelas tak?
Laluan dia jelas. Ikut jer track dia.
ada kena apply permit?
xde . Fiqqq naik terus je .
Assalam, kena ad guider tak?
Masa saya naik x guna guider . Jalan naik terus dgn member 3 org . Hahaha
Trek takda simpang mana2 kan. Jelas dan nyata yek.
Yup . tapi tgk2 juga lah kot ada pokok tumbang or else .
Subhanallah…
Carik jugek perkataan tu kat atas tp tak jumpe pulak…
nanti boleh repeat lagi tu . huhu
SMART PICTURE,, pandai gambarnya hihi
haha . thank you
Mana lagi mencabar gunung irau atau gap gus?
belum berkesempatan naik irau. jadi xleh nak compare 🤣