Brotherhood Western & Grill Kuantan Sedap dan boleh Fiqqq katakan harga yang amat berpatutan dengan kuantiti yang mereka hidang dalam pinggan.
Kalau dilihat dalam menu yang ada, amat sukar untuk Fiqqq buat pilihan. Memandangkan banyak pilihan dan perlu pilih mana yang betul-betul teringin ketika itu.
Spaghetti dengan Ikan Salmon
Saiz ikan salmon dalam pinggan sahaja sudah tutup segala spaghetti yang ada. Seronok apabila lihat saiz ikan besar begitu. Boleh agak yang akan kekenyangan tahap tersandar di kerusi selepas makan. Hahaha.
Spaghetti yang tidak terlalu kering di makan pula dengan ikan salmon yang di masak secukup rasa. Aroma lada hitam, sedikit rasa pedas daripada serbuk cili dan rempah lain menaikkan nafsu makan.
Cuma Fiqqq lupa beritahu supaya buat ikan salmon tiga suku masak. Ala-ala ber’‘juicy’ ketika makan. Meleleh sahaja air ikan. Hahaha.
Lamb chop
Ini paling WIN! Tiga potong kambing bersaiz besar dan dibanjiri sos lada hitam. Fiqqq seronok makan kambing di sini sebab daging kambing empuk dan lembut. Senang untuk Fiqqq kunyah. Hahaha. Orang tiada gigi makan gitu lah.
Ditambah pula dengan kentang goreng dan juga coleslow . Tidak lupa juga dengan sedikit daun salad. Ada sesetengah orang tidak makan daun salad tersebut. Katanya untuk hiasan semata. Bagi Fiqqq, selagi boleh dimakan, licin pinggan. Hahaha.
Minuman
Memandangkan makan sesuatu yang berminyak dan berlemak, Fiqqq potong lemak-lemak tersebut dengan air limau ais. Dan juga ais kosong. Dengan harapan minum air limau akan menghakis lemak-lemak kambing dan juga ikan salmon dalam perut supaya kekal kurus walaupun makan banyak.
Fiqqq cakap …
Brotherhood Western & Grill Kuantan Sedap ini kecil sahaja keluasan kedai. Mungkin boleh muatkan tidak lebih daripada 30 orang dalam satu masa yang sama. Sekiranya datang pada waktu petang, orang tidak seramai waktu malam.
Sepanjang Fiqqq jalan-jalan di Kuantan dan mencuba pelbagai jenis makanan dan ini kedai yang menyediakan makanan barat yang langsung tidak mengecewakan. Fiqqq sudah cuba beberapa kali dan sentiasa puas hati makan di sini. Setiap kali datang, Fiqqq akan cuba menu yang berbeza dan kuantiti makanan memang paling WIN. Harga pun murah.
Layanan terhadap pelanggan adalah baik. Sekiranya kita memerlukan penambahan atau permintaan, minta sahaja dengan mereka. Mereka akan cuba memenuhi permintaan pelanggan supaya dapat menyediakan makanan yang terbaik.
Lokasi kedai terletak di 73, Lorong IM 15/19, Indera Mahkota 15, Kuantan. Waktu beroperasi bermula jam 4.00 petang dan tutup pada 10.30 malam. Tutup pada hari Ahad.
Secara keseluruhan, Fiqqq bagi 4/5.
Selain daripada lokasi ini, boleh cuba Pizza XXXL atau Nasi Kerabu Kemira.
Leave a Reply