Pizza XXXL di Seni Bidadara Pizza Rajawali Art Galeri Kuantan
Pizza XXXL di Seni Bidadara Pizza Rajawali Art Galeri Kuantan. Besar. Ya betul! Piza di sini sebesar dulang saiznya. Perkara utama yang menarik perhatian Fiqqq untuk datang singgah lepak dan makan. Bukan setakat nama dan saiz pizza sahaja, lokasi kedai ini juga sangat menarik. Walaupun berhadapan dengan kawasan perumahan namun kita akan masuk dalam satu suasana rimba apabila berada dalam kedai.
Walaupun pizza merupakan sesuatu yang sinonim menjadi sebutan dan makanan mingguan atau harian sesetengah manusia namun ada kelainan di sini yang boleh kita rasa. Nampak seperti biasa sahaja tapi orang tidak putus di hujung minggu sama ada makan di situ mahupun yang bungkus untuk makan di rumah.
Harga Piza Mengikut Saiz dan Topping
Terdapat tiga jenis saiz yang mereka sediakan untuk kepuasan pelanggan. Saiz L (1 – 2 orang dewasa), XL (3 – 4 orang dewasa) dan yang paling besar iaitu XXXL (6 – 8 orang dewasa). Harga mengikut saiz dan topping yang kita pilih. Alang-alang sekali sekala datang maka Fiqqq minta mereka buatkan pizza duo iaitu ayam dan daging salai dalam satu pizza yang bersaiz XXXL.
Mereka hanya fokus kepada beberapa jenis topping pizza bagi menjaga rasa dan kesedapan pizza yang mereka buat dapat dikekalkan. Agak memudahkan untuk pilih topping apabila ada sedikit sahaja pilihan dan tidak perlu ‘study’ menu di kaunter pesanan. Kan … kan … kan ?
Penyediaan Pizza
Seperti selalu, Fiqqq cuba menyemakkan diri untuk berada di bahagian dapur mereka bagi melihat cara penyediaan menu yang ada. Bermula daripada uli tepung sehingga mereka hidang di atas meja. Uli tepung adalah perkara biasa. Meletakkan bahan-bahan piza juga tiada yang menarik tetapi yang membuatkan Fiqqq teruja ingin makan pizza di sini kerana mereka bakar menggunakan bara api. Klasik.
Bahan bakar ataupun kayu yang mereka gunakan bukan lah sewenangnya mereka guna. Jenis kayu perlu mereka pilih terlebih dahulu kerana menjadi salah satu faktor menaikkan rasa dan doh yang dimasak dibakar dengan baik. Tiba-tiba rasa berada macam dalam rancangan di oversea. Melihat kayu-kayu yang dipilih untuk membakar pizza. Hahaha.
Almaklumlah, di kedai fastfood mereka menggunakan mesin pembakar. Jadi, batak sekejap. Hehehe.
Waktu Operasi
Berikut adalah waktu kedai Seni Bidadara Pizza beroperasi:
Hari biasa : 2.00 pm – 7.00 pm
Hari Jumaat : 3.00 pm – 7.00 pm
Tutup : Hari Rabu
Ini adalah waktu mereka beroperasi ketika Fiqqq datang tempoh hari. Sekiranya terdapat perubahan, mereka akan maklumkan dan tulis di kedai mereka. Huhuhu. Harap-harap mereka masih kekal dengan waktu operasi yang sama. Mudah untuk kita semua untuk datang dan melantak piza banyak-banyak.
Klip Video Seni Bidadara Pizza
Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan keistimewaan Pizza XXXL di Seni Bidadara Pizza Rajawali Art Galeri Kuantan, jom saksikan klip video yang ada di bawah. Selamat menjamu mata. Hahaha.
https://www.facebook.com/gengplusmy/videos/194436614454559/
Anuar Bin Shafii says
Buat COD ke
Afiq Halid says
Saya tidak pasti . Perlu tanya mereka . Mana tahu sudah ada delivery guna foodpanda or else.