Bukit 2 Ringgit atau Bukit Sentosa
Travel/Hiking

Bukit 2 Ringgit atau Bukit Sentosa

Bukit 2 Ringgit atau Bukit Sentosa terletak di Rawang, Selangor. Sekiranya ingin pergi ke sana, Fiqqq sarankan untuk menggunakan aplikasi Waze mahupun Google Maps untuk lebih tepat. Taip sahaja Bukit 2 Ringgit atau Sentosa.

Perjalanan ke sana akan melalui kawasan rumah kedai dan juga kawasan perumahan terlebih dahulu. Kalau diikutkan sebelum memasuki kawasan perumahan tersebut, Fiqqq sudah boleh nampak. Tidak dikenakan sebarang bayaran untuk naik ke puncak.

Pemandangan di Puncak

Bukit 2 Ringgit atau Bukit Sentosa

Walaupun puncak bukit tidak tinggi seperti bukit-bukit lain yang ada di kawasan sekeliling namun pemandangan ke arah hutan sangat memukau mata. Lebih-lebih lagi dapat pemandangan matahari terbit.

Bukit 2 Ringgit atau Bukit Sentosa

Kebetulan Fiqqq tiba di puncak dalam pukul 8.15 pagi. Kabus masih kelihatan dan menutupi beberapa permukaan bumi. Ditambah pula dengan biasan cahaya matahari pagi. Fiqqq cuma terbayang betapa cantik sekiranya Fiqqq sampai lebih awal.

Laluan ke Puncak Bukit 2 Ringgit atau Bukit Sentosa

Bukit 2 Ringgit atau Bukit Sentosa

Boleh dikatakan laluan untuk ke puncak adalah senang. Fiqqq mendaki secara santai dan ambil masa dalam 15 minit – 30 minit. Bagi mereka yang jenih langkah panjang mungkin akan sampai lebih cepat berbanding masa yang Fiqqq ambil.

Bukit 2 Ringgit atau Bukit Sentosa

Permulaan Fiqqq melalui kawasan yang berbatu. Perlu mendaki di lereng bukit. Pastikan permukaan batu yang ingin kita pijak itu tidak licin atau menyebabkan tapak tergelungsur.

Bukit 2 Ringgit atau Bukit Sentosa

Selepas melalui fasa ini, Fiqqq mula memasuki laluan bertanah. Ala-ala rimba kecil. Pokok-pokok rendah dan tidak tebal. Tidak perlu risau tersalah jalan atau apa pun kerana laluan sangat jelas.

Orang kata tidak sempat peluh mahu keluar, Fiqqq sudah sampai di puncak. Dengan hanya ketinggian 250 meter, boleh Fiqqq buat latihan kaki supaya biasa untuk mendaki.

Bukit 2 Ringgit atau Bukit Sentosa

Tempat letak kereta

Fiqqq hanya letakkan kereta di bahu jalan. Berdekatan dengan laluan utama untuk mendaki. Boleh perasan kereta yang diletakkan di bahu jalan.

Bukit 2 Ringgit atau Bukit Sentosa

Pastikan kereta diletak dalam keadaan yang betul. Supaya tidak mengganggu pengguna jalan utama untuk lalu-lalang di situ. Ruang bahu jalan cukup luas untuk letakkan kereta.

Tiada bayaran yang dikenakan untuk letak kereta di bahu jalan. Buat masa ini. Tidak pasti di masa akan datang. Harapnya berterusan lah. Hahaha. Kalau ingin pemandangan yang cantik, boleh cuba untuk pergi ke Bukit Batu Chondong.

Video

Afiq Halid

Personal . Food . Event . Travel

Instagram : @afiqhalid
Facebook : Afiq Halid

http://www.afiqhalid.com

6 thoughts on “Bukit 2 Ringgit atau Bukit Sentosa

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back To Top