Shell Out Setia Alam merupakan lokasi makan malam Fiqqq kali ini bersama keluarga. Kedai terletak di Jalan Setia Dagang AK U13/AK, Setia Alam. Lebih mudah guna sahaja aplikasi Waze dan cari. Hahaha. Tidak jauh dari Setia Alam mall. Senang cerita, kedai ini mudah untuk cari.
Sudah lama sebenarnya Fiqqq ingin bawa keluarga datang makan malam di sini. Namun, beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan maka tertangguh selalu. Adakala menjadi kebiasaan, tekak teringin makan makanan lain tetapi semasa perjalanan ke lokasi mengidam makanan lain. Jadi, konklusinya makan di kedai lain. Hahaha.
Menu Shell Out
Mempunyai pelbagai jenis hidangan laut yang mereka sediakan. Adakalanya rambang mata juga melihat nama-nama hidupan laut yang ada. Terasa ingin cuba semua. Oleh kerana perlu berjimat, Fiqqq pilih sahaja set kombo yang ada. Setiap kombo mempunyai jenis makanan yang berbeza. Jadi, perlu baca satu per satu untuk lebih jelas makanan apa yang bakal sampai di atas meja nanti.
Beberapa langkah untuk memesan makanan di Shell Out. Mula-mula pilih menu. Kemudian, pilih kuah dia. Fiqqq pilih Shell Bang (Lemon pepper + Butter Garlic) yang merupakan pilihan cadangan dari mereka. Oleh kerana Fiqqq suka akan pedas maka pilih tahap pedas yang O.M.G!! Apabila pedas baru sedap makan. Lebih-lebih lagi apabila makan sambil gigit cili padi. Nyummm!!!
Fiqqq ada tambah Canadian Lobster sebab ibu dengan abah teringin rasa. Kebetulan ada rezeki lebih sedikit jadi beli seekor buat rasa-rasa. Saiz yang ada pun tidak besar. Oleh itu ambil yang paling ekonomi tapi puas makan. Bak kata ibu asal dapat rasa sudah memadai. Hahaha.
Menu sampingan
Ayam goreng ini beli kononnya untuk jamah semasa makan semua. Dek kerana kekenyangan maka bungkus sahaja bawa balik rumah.
Sementara menunggu mereka masak hidangan Shell Out di dapur, sempat juga jamah sup cendawan dan juga potongan roti. Sup cendawan ini sangat pekat. Bagi Fiqqq okey sahaja rasa dia. Cuma sekiranya ada hirisan atau potongan cendawan yang sedikit besar lagi seronok makan. Hirup sup sambil kunyah cendawan. Cicah dengan roti bakar. Eh sedapnya.
Shell Out Setia Alam ini boleh dikatakan antara lokasi yang sesuai untuk makan malam bersama keluarga. Cuma tidak boleh selalu kerana harga yang agak mahal bagi Fiqqq. Berbaloi dengan rasa yang mereka hidangkan.
Andai ada rezeki lebih, jemu masak di rumah mungkin boleh cuba makan di sini. Sebab abah dan ibu lebih suka beli di pasar dan masak sendiri di rumah. Lagi puas makan. Kan kan kan. Apapun alhamdulillah merasa bawa keluarga rasa makan di sini. Ada rezeki cari kedai lain pula.
Oleh kerana makan malam dalam kuantiti yang banyak, esok perlu mendaki. Mungkin boleh ke Bukit Denai Tiga Puteri. Bagi bakar lemak sikit. Hehehe.
Lyana Ishak says
Terliur tengok lobster tu .. Harga mcm mana hehe
Afiq Halid says
Lobster tu ikut berat. lagi berat , kaching lahhhh . Hahaha