Bukit Wawasan Puchong Selangor merupakan lokasi yang menarik untuk meluangkan masa beriadah bersama keluarga atau rakan-rakan di hujung minggu. Daripada habiskan masa dengan tidur, adalah lebih baik Fiqqq jalan-jalan keluarkan peluh. Sihat sikit rasanya. Ketinggian hanya 233 meter menjadikan puncak bukit mudah untuk didaki. Mengambil masa dalam sekitar 45 minit – 1 jam untuk sampai ke puncak. Bergantung kepada stamina masing-masing.
Boleh Google atau Waze sahaja Bukit Wawasan Puchong Trekking maka akan sampai terus ke tempat letak kereta di sana. Cuma ingin Fiqqq ingatkan bahawa datang lebih awal sekiranya pada hujung minggu atau musim cuti sekolah. Almaklumlah, musim cuti akan jadi ramai orang yang beriadah. Untuk mengelakkan sesak di tempat letak kereta dan semasa mendaki, sila datang awal. Melainkan rezeki waktu mendaki tidak ramai orang yang ada. Seronok lari ke puncak. Hahaha.
Laluan ke Bukit Wawasan Puchong Selangor
Laluan untuk ke puncak adalah mudah dan jelas. Mungkin kerana pendaki sentiasa ada untuk ke puncak. Maka, tidak perlu risau untuk tersesat dan sebagainya. Lebih kurang laluan untuk naik ke Bukit Broga. Cuma jangan keluar dari laluan asal.
Kalau diikutkan akan ada banyak cabang semasa mendaki. Sila pilih Entrance A. Sekiranya tidak pasti, ringankan mulut untuk bertanya pada siapa-siapa yang akan ke puncak. Fiqqq juga pertama kali naik. Banyak juga bertanya. Kebanyakkan mereka adalah orang yang tinggal berdekatan dan mungkin selalu naik ke puncak.
Laluan tidak susah. Ada mendaki dan ada turun. Kemudian mendaki semula. Walau bagaimanapun, tidak mengambil masa yang lama untuk ke puncak. Ada beberapa laluan yang agak licin. Terutama pada musim hujan. Jadi perlu lebih berhati-hati.
Terdapat beberapa kawasan lapang untuk berehat sebentar. Jangan berhenti lama sangat. Akan jadi lebih cepat penat. Bawa air yang secukupnya kerana di atas tiada punca air. Melainkan ingin pergi air terjun. Jika ingin ke sana, guna laluan A2 semasa di puncak. Jalan terus menurun sehingga jumpa satu jalan besar dan ada papan tanda UPM. Kemudian, ambil laluan jalan utama ke kiri dan jalan terus.
Air Terjun
Kalau diikutkan, perjalanan ambil masa dalam 30 – 45 minit juga untuk ke sini. Perjalanan agak panjang. Jadi bawa bersabar. Lokasi air terjun ini pula perlu turun ke bawah dari jalan utama. Tiada papan tanda cuma akan dengar bunyi air terjun. Seronok juga main air di sini. Walaupun keluasan air terjun agak kecil dan terhad tapi boleh sahaja berendam ramai-ramai. Lagi senang kita bergilir dengan orang lain untuk mandi.
Kalau Fiqqq berdiri, dalam air akan pada paras dada. Kalau menyelam seronok juga. Tapi apalah sangat untuk menyelam di sini. Baru ingin rasa penat berenang sudah sampai di tepian. Yang seronok sebab air terjun ini sejuk. Hilang rasa segala penat. Hahaha.
Kalau diikutkan total perjalanan Fiqqq ambil masa dalam lima (5) jam. Termasuk mandi-manda (paling lama guna masa), berhenti ambil gambar dan sebagainya. Fiqqq bermula dari air terjun terlebih dahulu. Kemudian, naik ke puncak. Lebih kira buat satu pusingan dan banyak perhentian. Sehingga lupa untuk sarapan dan berhenti makan.
Bukan apa, setiap perhentian ambil masa tidak lama. Dalam 35 minit sahaja. Paling lama mungkin dalam satu (1) jam. Jadi, sampai ke sudah tidak berhenti makan kerana ‘kita jalan dulu lah. Depan nanti kita berhenti makan.’ Apabila fikir lebih baik sambung jalan dan makan kemudian begitulah jadinya. Akhirnya, sampai keluar baru pergi cari makan. Lapar teruk. Hahaha.
Blue Lagoon
Dalam perjalanan untuk ke puncak, Fiqqq terperasan ada anak sungai yang biru airnya. Sejujurnya Fiqqq agak teruja apabila melihat sendiri pemandangan dan juga suasana yang cantik dan mendamaikan. Sambil-sambil mendengar desiran air, dapat rehatkan kaki buat sementara waktu.
Pada mulanya ingatkan satu sahaja. Ada terserempak dengan beberapa kumpulan yang keluar dari laluan tepi. Maka, Fiqqq pun langkah panjang dan ingin pergi lihat apa yang ada di sana. Rupa-rupanya ada beberapa kawasan seperti ini. SubhanAllah. Sangat cantik pemandangan.
Ada beberapa lokasi. Selepas balik baharu Fiqqq tahu bahawa kawasan ini adalah KAWASAN LARANGAN. Sekiranya ingin pergi ke sana, boleh rujuk dengan Jabatan Perhutanan Ayer Hitam. Untuk makluman, kawasan ini juga merupakan kawasan penyelidikan untuk pelajar UPM. Oleh kerana Fiqqq tersampai sini jadi menikmati sahaja pemandangan ciptaan Allah yang indah ini. Terima kasih kerana menggerakkan kaki ke sini.
Apa pun, diingatkan supaya jaga kebersihan dan juga tingkah laku. Tolong jangan buat sampai atau musnahkan habitat hutan yang ada disekeliling. Jika tiada laluan, tidak perlu untuk memandai teroka jalan baharu. Kita mungkin jaga alam sekitar tapi perlu ingat akan ada golongan yang tidak hiraukan semua itu. Datang buat kotor. Sampah atau bekas minuman main buang sesuka hati. Andai tidak mahu bawa sampah turun atau keluar dari kawasan hutan, jangan bawa masuk. Biarkan haus dan lapar. Haihhhh manusia.
Walaupun lokasi yang kita pergi bukan kawasan hutan simpan atau kawasan penyelidikan. Pastikan sentiasa jaga keindahan alam sekitar. Jangan tahu complaint salahkan pihak sana sini andai diri sendiri buat sampah. Huh! Fiqqq sensitif sikit bab kebersihan ini. Tolong ya!!!
Tempat Letak Kenderaan
Kapasiti kawasan ini boleh memuatkan beberapa buah kenderaan dalam satu masa yang sama. Walau bagaimanapun, boleh letak di bahu jalan yang berdekatan dan juga deretan kedai. Cuma agak jauh sedikit untuk berjalan.
Video
Trip kali ini sangat santai. Masing-masing baru pertama kali sampai. Banyak betul persinggahan. Jadi, jom layan video Fiqqq di sana bersama Aryssa dan juga Faeez.
Lyana Ishak says
Cantik betul blue lagoon tu .. Kalo dekat dah sampai dah nie 😝😝😝
Afiq Halid says
Huhuhu. Cantik sebab dipelihara dan dijaga . Kalau tak dijaga mau hilang khazanah gini .
sueizza says
baru tahu puchong ada tempat cantik huhuuuu
Afiq Halid says
sama lah . kebetulan terlalu . nasib banyak bertanya . sempat lah menikmati keindahan yang ada . huhuhu
Juff says
boleh masuk lg ke bukit wawasan skang ni?
Afiq Halid says
tidak pasti sama ada tutup atau buka for now . that day ramai yg trip ke sana . jadi follow jer diorg 😊😊
Lissa says
Okey post nie buat teruja nak pergi….
Afiq Halid says
Have a safe trip
Syidah says
Cantiknya.. SubahanaAllah
Kejadiannya masih sama ke untuk tahun 2023 ni..
Afiq Halid says
Kalau masih dijaga, dan yang hiking di situ menjaga perangai, InsyaAllah akan kekal cantik. hehe