
Bukit Broga Semenyih Selangor merupakan tempat yang sesuai belajar atau mula menjinakkan diri untuk berhiking. Dengan ketinggian hanya 400 meter dari paras laut tidaklah terlalu tinggi dan tidak terlalu lama masa yang diambil untuk sampai ke puncak. Walau bagaimanapun, keselamatan semasa memanjat Bukit Broga perlu diambil kira supaya dapat mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.
Persediaan menaiki Bukit Broga Semenyih Selangor
Masa
Sewaktu mula-mula Fiqqq menaiki bukit ini memang datang awal kerana berniat untuk melihat matahari terbit. Memandangkan ketika itu Fiqqq sedar diri bahawa masih ‘newbies’ maka mula mendaki pada jam 4.00 pagi. Memandangkan ketika itu orang masih jarang-jarang maka hanya mengambil masa dalam 45 minit untuk sampai ke atas.
Andai lebih selesa untuk menaiki ketika waktu cerah, boleh sahaja mula mendaki pada jam 7.00 pagi. Perjalanan dari tempat letak kereta ke kaki bukit juga mengambil masa. Jadi, sedang elok setiba di bahagian yang memerlukan kudrat untuk mendaki kawasan mula cerah dengan cahaya matahari. Tapi, kalau waktu panas susah juga. Cepat letih.
Pakaian
Gunalah pakaian yang sesuai memandangkan kita akan berpeluh ketika mendaki serta memerlukan langkah yang besar. Lebih-lebih lagi kasut yang kita pakai. Fiqqq lebih suka guna kasut yang bertapak sedikit bergerigi (harap betullah perumpamaan yang Fiqqq guna) supaya dapat mencengkam tanah yang kita pijak.
Ada laluan yang agak licin dan kita perlu berhati-hati. Nampak ringan perkara ini kerana tidak lah terlalu mencabar namun lebih baik kita berjaga-jaga sebelum terjadi apa-apa. Betul tak? Kadang-kadang sudah pakai kasut yang sesuai tetapi Fiqqq salah letak kaki maka tergelincir juga. Cuma kita perlu perhatikan mana kaki kita ingin letak. Mana yang boleh kita paut maka peganglah untuk keselamatan.
Ketika naik memang sedikit terasa seksa untuk mendaki namun seronok ketika turun kerana curam bukit tersebut membuatkan kita seronok menggelongsorkan diri. Dalam keadaan ini, pandai-pandailah jaga diri. Jangan terlalu suka sangat ya. Tidak kisahlah sudah berkali-kali naik, kadang-kala kesilapan kecil itu boleh memudaratkan.
Subuh
Perkara yang paling seronok apabila dengar azan walaupun berada di atas bukit. Ketika itu perlulah bersiap sedia untuk berwudhuk dan menunaikan kewajipan. Jangan risau kerana pernah sekali itu Fiqqq turut serta geng yang buat jemaah.
Peak yang sesuai untuk solat ialah di Peak 1 dan Peak 2 dek kerana ada kawasan rata yang sedikit luas. Bawalah segala kelengkapan solat yang mudah untuk kita menunaikan di atas bukit. Terutama air untuk berwudhuk. Cukup rasanya satu botol besar air paip untuk kongsi dengan beberapa orang yang lain.
Gambar di atas merupakan pemandangan dari Peak 3. Peak 3 mempunyai tempat yang sedikit terhad untuk berada lama di situ kerana berbatu. Jadi, apabila sudah ramai maka bawalah bersabar dan bertenang untuk bergambar dan sebagainya.
Lain-lain
Bagi yang memerlukan air dan makanan, Fiqqq sarankan bawalah lebih sedikit. Jangan bawa air mineral botol kecil andai sudah tahu diri itu kuat minum air. Fiqqq selalu bekal coklat dan roti sekiranya rasa lapar untuk alas perut. Andai tidak boleh makan coklat, bawalah sesuatu yang manis.
Perkara yang paling penting, sudah tahu bawa naik atas tolong tahu juga untuk bawa turun dan buang segala sampah di dalam tong sampah. Andai tidak jumpa, simpan dalam kereta. Mohon ya untuk sama-sama jaga kebersihan tempat awam bersama. Kita sendiri merungut kalau sesuatu tempat itu kotor tapi kita jangan jadi salah seorang yang menyumbang kekotoran itu.
Sediakan siap-siap RM 1.00 setiap orang dalam satu kereta. Andai datang berlima, sediakan sahaja RM 5.00. Jangan sudah sampai, baru nak cari wallet, cari duit kecil dan sebagainya. Jangan risau, tempat letak kereta yang disediakan adalah luas. Ada yang menjaga untuk tentukan lokasi untuk kita letak kereta.
Memandangkan sudah lama tidak berhiking, semput jugalah Fiqqq naik atas. Nasib baik ada member bagi semangat. Almaklumlah, lepas raya ini memang bawa tong yang berisi ketupat, lemang, lontong, soto, laksa, kuih dan muih beraneka macam makan janganlah hanya dipandang … Hahaha.
Konklusinya, Bukit Broga Semenyih Selangor adalah permulaan untuk berhiking semula. Fiqqq sudah target beberapa lokasi lain yang akan Fiqqq terjah kemudian hari. Mungkin ingin cukupkan perjalanan daripada Bukit Broga Gunung Tok Wan dan Puncak 18. Perlu buat persiapan terutama stamina apabila kita ingin naik yang lebih tinggi.
Best daki Broga ni, mencabar jugaklah. Akak dulu pergi satu family dengan anak² lagi seronok. Diaorang yang sampai dulu ke puncak, hehehee!
Wahhh. Bagusnya, seronok sebab boleh leisure naik ke atas. Mencabar namun sesuai untuk nubis mcm afiq ni. Hehehe
IQ dah bertahun dah tak naik gunung, dah 5 tahun tinggalkan dunia pergunungan. kalau start balik, alamatnye kejap je lemak dekat perut ni hilang agaknya
Wahhh. Dunia pergunungan nih. Saya masih kena cari stamina untuk naik gunung. Cuba nanti in Shaa Allah. Soon !!! 😀
alaaa. nak panjat gakk. len kali p ajak ehh
Boleh boleh. Ajak Mera sekali. Hahaha. Naik reramai seronok sikit.
Bes. Rs nak repeat wpon sesak jiwa raga. Hahahaha
Boleh kak. Nanti kita set2 lah. Hahaha.
tahniah fiqq, sampai kt atas.lain kali nak dtg bgtau, lepas trun lepak rumah akak
Alaaaa, Kalau tahu that day boleh singgah. Hahaha. In Shaa Allah
Naik atas tu ada pakai guide tak or memang naik sndiri je?
Naik sendiri . Kebiasaannya ramai yang naik jadi boleh follow mana2 team yang naik . Track mudah . In Shaa Allah boleh sampai ke puncak dengan selamat .
wah…menariknya baca pengalaman hiking you…teringin nak hiking jugak lepas2 covid ni…
Seronok hiking . Walaupun penat tapi dapat burn calories and exercise sambil2 tgk pemandangan di puncak.
assalam. is it safe naik seorang diri pergi broga?
wassalam. boleh je. naik time siang sikit. kalau awal pagi gelap tu scary gak if jalan sorg2.
ada tour guide ke
naik sendiri pon boleh. kalau nak tour guide pun boleh