Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Santai / Masjid Negeri Pulau Pinang

Masjid Negeri Pulau Pinang

January 5, 2020 by Afiq Halid 4 Comments

Masjid Negeri Pulau Pinang antara lokasi yang Fiqqq teringin pergi apabila tiba sahaja di sini. Bukan apa, terasa rugi apabila banyak tempat-tempat menarik yang kita pergi tapi tidak singgah masjid yang tersergam indah di setiap negeri. Apa kata tukar sedikit atau luangkan sedikit masa untuk masukkan rumah ibadah dalam senarai semasa jalan-jalan bercuti. Boleh kan ?

Masjid negeri ini terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang. Hanya beberapa minit sahaja boleh sampai. Tidak jauh juga dari Bukit Bendera. Boleh dikatakan seolah-olah berada di tengah-tangah untuk pergi ke mana-mana.

Sejarah Masjid Negeri Pulau Pinang

Pembinaan masjid ini diilhamkan oleh Y.T.M. Tunku Abdul Rahman, bekas Perdana Menteri Malaysia, awal tahun 1968. Pada tahun berikutnya, 1969, Jawatankuasa Pembinaan Masjid Negeri ditubuhkan yang dipengerusikan oleh Datuk Haji Harun Sirat yang ketika itu menjawat jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri bagi merancang pembinaan masjid negeri. Setelah beberapa proses dipersetujui, maka terbinalah masjid ini.

Ruang solat Masjid Negeri Pulau Pinang

Ruang solat terdapat dua bahagian iaitu ruang utama di bahagian bawah dan satu lagi di bahagian atas. Kedua-dua ruang ini dapat memuatkan lebih kurang 5, 000 jemaah dalam satu masa.

Lampu hiasan di Masjid Negeri Pulau Pinang

Paling menarik perhatian Fiqqq masa pertama kali masuk ke ruang solat ialah lampu hias yang tergantung indah di tengah-tengah masjid. Cantik berkilau tersergam indah menaikkan seri ruang masjid tersebut. Bukan calang-calang lampu kerana direka khas dan diimport dari Czekoslovakia dengan panjangnya 20 kaki dan lebarnya 16 kaki.

Tempat Wuduk

Ruang wuduk di Masjid Negeri Pulau Pinang

Ruang untuk berwuduk agak besar. Fiqqq suka akan bentuk kolah yang berada di tengah-tengah bilik wuduk ini kerana unik. Mungkin tidak ramai orang yang menggunakan pada hari biasa maka tidak dapat lihat air mengalir dari kawah atas mencurah ke bawah.

Dataran Madani

Dataran Madani Masjid Negeri Pulau Pinang

Dataran Madani ini terdapat kerusi dan meja yang mungkin disediakan untuk jemaah. Keluasan yang ada seperti sesuai untuk dijadikan tempat pengajian atau kursus. Mudah untuk peserta makan atau melakukan aktiviti di masjid.

Cuma itulah. Fiqqq agak terkilan kerana tidak dapat solat fardhu di sana. Walhal tinggal lagi beberapa minit sahaja lagi. Almaklumlah kerana ikut program orang. Jadi, perlu ikut sahaja mereka. Kebetulan mereka semua sudah berada di luar masjid. Siap sudah. Takkan nak suruh mereka masuk balik. Kan ? Berat kaki melangkah keluar. InsyaAllah ada rezeki Fiqqq ingin pergi sendiri. Senang. Huhuhu. Dapat satu waktu pun jadilah.

Seronok pula jadikan masjid negeri sebagai satu lokasi yang dituju. Contoh masjid lain seperti Masjid Ar Rahman Kelantan. Banyak lagi masjid yang cantik-cantik binaannya. Nanti Fiqqq singgah. InsyaAllah.

Filed Under: Santai Tagged With: Masjid negeri, Masjid negeri Pulau Pinang

Comments

  1. Julia Johari says

    January 9, 2020 at 1:42 pm

    Cantiknya deko masjid ni, wpun x sempat solat sbb ikut program at least afiq dpt ziarah pun dpt pahala dah. InsyaAllah one day boleh dtg lagi

    Reply
    • Afiq Halid says

      January 9, 2020 at 3:17 pm

      InsyaALLAH … Amin … Ada rezeki lain kot di masa akan datang . HUhuhu

      Reply

Trackbacks

  1. Masjid Terapung Tanjung Bunga Pulau Pinang - Afiq Halid says:
    January 8, 2020 at 12:16 pm

    […] Selain masjid terapung, boleh juga singgah di Masjid Negeri Pulau Pinang. […]

    Reply
  2. Bukit Bendera Pulau Pinang - Afiq Halid says:
    January 23, 2020 at 11:00 am

    […] dan sebagainya. Tapi kalau masih peroleh waktu, alang-alang masa balik nanti. Boleh singgah di Masjid Negeri Pulau Pinang. Selepas penat berjalan, boleh rehat sambil beribadah sekejap dalam masjid yang berpenghawa dingin. […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (63)
  • Travel/Hiking (72)

© 2025 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim