Gunung Bah Gading terletak di negeri Perak. Ketinggian gunung ini sebanyak 1, 621 meter / 5, 318 ft. Fiqqq menaiki gunung ini selama dua (2) hari dan satu (1) malam. Boleh dikatakan sebagai trip santai-santai sambil bermandi manda di air terjun serta menikmati keindahan alam semula jadi. Oleh kerana kali terakhir mendaki gunung beberapa bulan lepas di Gunung Angsi maka Fiqqq layankan sahaja seberapa jauh yang boleh pergi. Yakin boleh!
Hari Pertama
Fiqqq berkumpul dengan geng mendaki pada pukul 8.30 pagi di kawasan berdekatan dengan SK Post Gadong. Sekolah ini merupakan landmark untuk kawasan tempat letak kereta dan juga permulaan untuk ke puncak gunung. Jangan risau tentang tempat letak kenderaan dan sebagainya kerana tidak ramai yang naik ke sini.
Selepas selesai sedikit taklimat dan pencerahan daripada pihak organisasi berkenaan selok-belok perjalanan untuk ke puncak, mula mendaki pada pukul 9.45 pagi. Bermula dengan berjalan di kawasan rumah orang asli dan juga kawasan kebun.
Target untuk sampai ke Kem Tigok dan berehat di sana. Perjalan ambil masa dalam empat (4) jam. Bergantung kepada kelajuan pendaki. Kalau laju, akan sampai awal. Sekiranya lambat, akan jadi sebaliknya.
Merentasi Sungai
Ada dalam lebih kurang 13 anak sungai yang perlu diredah untuk ke Kem Tigok. Walau bagaimanapun, ada anak sungai yang hanya lalu di tepian sahaja. Senang cerita, pergi dengan mana-mana organisasi yang menganjurkan trip di sini. Kalau tidak tahu jalan, jangan buat bijak. Ada banyak laluan yang nampak seperti untuk ke kem tapi itu hanya laluan penduduk orang asli.
Selepas dalam beberapa anak sungai diredah, berhenti makan tengah hari terlebih dahulu. Anggaran lagi satu (1) jam 30 minit untuk sampai ke kem. Dengar waktu taklimat macam dekat sahaja perjalanan. Sekali jalan, cungap juga. Hahaha.
Pacat di mana-mana
Mungkin kerana laluan agak lembap dan basah menjadikan pacat-pacat ini banyak di sepanjang perjalanan. Kerap juga Fiqqq selak seluar khuatir ada pacat yang seronok menyelinap masuk dan sedut darah. Ada dua tiga juga pacat yang berjaya menghisap darah Fiqqq namun cepat-cepat buang. Gatal juga bekas gigitan pacat. Jadi, bawa lah apa-apa yang boleh jauhkan diri daripada pacat-pacat tersebut bagi mana yang alah dengan binatang itu.
Air Tejun Kem Tigok
Sementara ada banyak masa di kem, masing-masing siap-siapkan diri untuk membersihkan badan di air terjun. Pemandangan yang cantik. Suasana nyaman dan air yang sejuk jadi seronok berada di situ agak lama. Mandi puas-puas. Hilang rasa segala penat lelah tadi. Segar rasa. Hahaha.
Cuma kawasan untuk mandi adalah terhad. Boleh dikatakan kawasan untuk mandi di air terjun agak kecil untuk memuatkan orang yang ramai dalam satu masa yang sama. Air juga tidak dalam. Namun, boleh buat untuk rendam badan hilang penat. Selepas mandi, makan dan membuat persiapan untuk ke puncak esok. Pukul 8.50 Fiqqq sudah terlelap.
Hari Kedua
Puncak Gunung Bah Gading Perak
Dalam pukul 3.15 pagi mula bergerak ke puncak Gunung Bah Gading Perak. Suasana boleh dikatakan sejuk. Fiqqq pula jenis tidak tahan sejuk. Menggil juga rasanya. Tapi selepas berjalan agak jauh, sejuk mula tidak rasa. Cuma, angin agak kuat sepanjang perjalanan.
Tiba di puncak pada pukul 7.20 pagi. Fiqqq ambil masa dalam empat (4) jam lebih juga untuk ke puncak. Sempat juga tidur dalam beberapa minit di Permatang Cantik. Tidak boleh tahan dengan sejuk, angin lagi. Apabila rehat, sandar di batang pokok terus terlelap. Lena. Dengan harapan bangun-bangun sudah sampai puncak. Namun apa daya, angan-angan sahaja lah.
Perjalanan ke Puncak
Secara keseluruhan Fiqqq rasa senang untuk permulaan sehingga ke kem. Jalan banyak landai dan mendatar. Boleh jalan santai-santai sambil main air ketika melintasi sungai. Cuma laluan nampak macam banyak yang boleh digunakan. Tapi laluan tersebut ada yang digunakan untuk ke kebun orang asli.
Dari kem ke puncak laluan lebih kurang naik Gunung Yong Yap. Banyak laluan naik dan turun. Mental juga laluan di sini. Hahaha. Apa pun alhamdulillah pelan-pelan kayuh sampai juga ke puncak.
Sekiranya ada yang ingin bertanya berkenaan trip memanjat gunung boleh layari Silver Outdoor Sports. Mereka banyak buat trip yang mungkin kalian boleh sertai. Ikut masa dan tarikh yang mereka rancang.
[…] nyaman dan bakar lemak tepu yang seronok berlegar-legar di perut. Hahaha. Kali terakhir Fiqqq pergi Gunung Bah Gading, Perak. Mana tempat lain yang seronok lagi ? Jom kita […]