Gunung Angsi Negeri Sembilan berketinggian 825 meter (2, 702 ft). Ambil masa dalam 1 jam 45 minit untuk mendaki sampai ke puncak. Ada laluan yang Fiqqq boleh laju dan ada laluan yang perlu perlahan kerana tidak larat kudrat mendaki yang mencanak tinggi.
Laluan Gunung Angsi Negeri Sembilan

Permulaan untuk ke puncak gunung agak mencabar. Laluan mendaki yang agak tinggi. Awal-awal sudah penat tengok laluan begini. Penat lagi masa tengah mendaki. Rasa tidak cukup nafaspun ada. Lebih-lebih lagi Fiqqq sudah lama tidak mendaki. Namun, laluan begini penat hanya pada permulaan. Ada dalam dua kali mendaki rasanya.

Selepas laluan permulaan tersebut, boleh jalan secara santai untuk ke puncak. Tidak mencanak. Mendaki tetapi tidak memenatkan. Ada beberapa laluan yang mendaki tetapi tidak tinggi. Atau boleh dikatakan tidak seteruk masa laluan permulaan. Hehehe.

Kalau diikutkan, laluan mudah untuk ke atas. Papan tanda ada diletakkan di pokok-pokok sepanjang laluan. Ikut sahaja laluan yang ada. Rasanya tidak ada masalah sekiranya baru berjinak-jinak untuk mendaki.

Kalau penat, ada beberapa lokasi rehat untuk ambil nafas dan minum seteguk dua air 100 Plus atau air mineral yang dibawa. Tidak silap Fiqqq ada dalam dua (2) tiga (3) juga dalam perjalanan ke atas. Tapi jangan rehat lama sangat kerana nanti lemau badan. Berat kaki untuk sampai ke atas.

Sekiranya sudah sampai di laluan ini, ada dalam lebih kurang enam (6) minit untuk sampai ke puncak. Cuma yang melambatkan Fiqqq adalah laluan yang mencanak tinggi. Semangat untuk sampai ke puncak lebih awal itu ada tapi memandangkan keadaan begitu, Fiqqq jalan perlahan. Satu demi satu langkah seret kaki.
Kalau sudah naik di sini, boleh pergi ke lokasi seterusnya iaitu Gunung Datuk.
Permit
Sebelum menaiki gunung tersebut, perlu bayar permit terlebih dahulu. Jangan risau kerana kaunter pembayaran ada di pintu masuk. Bayaran yang dikenakan hanya RM5 seorang. Hanya perlu tulis nama, nombor kad pengenalan dan juga nombor telefon.
Landmark
Sekiranya ingin pergi ke sini, boleh menggunakan aplikasi Waze atau Google Map dan taip Bukit Putus Trailhead.
kat sini ada lintah/pacat ke?
macam xde. so far selamat naik hari tu from lintah or pacat.