Resipi Biskut Coklat Chip ini Fiqqq guna turun termurun rasanya. Bermula daripada belajar untuk buat kuih sampai sekarang masih menggunakan adunan dan sukatan yang sama. Pernah juga cuba beberapa cara yang lain tapi seakan tidak berapa menjadi.
Bahan-bahan (untuk 1 adunan)
Buttercup – 250g
Tepung – 350g
Gula perang – 200g
Serbuk koko – 2 sudu besar
Telur – 1 biji (kuning sahaja)
Soda bikarbonat – 1 sudu kecil
Walnut/Badam – Ikut suka
Coklat chip – Ikut suka
Cara-cara membuat biskut
Langkah 1
Mula-mula, pukul buttercup beserta gula perang sehingga ringan. Fiqqq tidak menggunakan mixer. Pukul guna senduk kayu sahaja. Kemudian, masukkan kuning telur dan pukul rata.
Langkah 2
Masukkan tepung dalam adun tadi. Tambahkan juga serbuk koko dan soda bikarbonat. Gaul rata. Sekiranya rasa susah guna senduk, gunakan tangan pun tidak ada masalah. Pastikan basuh tangan bersih-bersih ya. Boleh gunakan sabun Dettol untuk membunuh kuman sehingga 99.9%. Hehehe. Ataupun guna sahaja sabun yang ada. Janji bersih daripada kotoran degil.
Langkah 3
Masukkan walnut atau badam yang sudah dihancurkan. Fiqqq suka kacang kasar-kasar supaya sewaktu makan biskut tersebut kita boleh rasa kacang tersebut. Kemudian, gaul rata. Akhir sekali, masukkan coklat chip.
Apabila semua sudah cantik gaul rata semua, mula untuk letak dalam loyang sedia ada. Saiz biskut terpulang kepada citarasa masing-masing. Fiqqq suka saiz ala-ala sekali ngappp hilang terus. Senang.
Bakar gunakan oven. Buka api atas dan bawah dalam 180 celcius. Bakar dalam masa 35 minit – 40 minit. Untuk bahagian ini, disarankan untuk tahu kepanasan atau kebolehan oven masing-masing di rumah. Adakalanya, lain jenis oven, lain pula tahap kepanasan untuk jadi. Apa pun, cuba satu loyang terlebih dahulu. Kemudian, baru Fiqqq akan agak-agak untuk sebarang penambahan atau pengurangan mana yang patut. Hehehe.
Video Resipi Biskut Coklat Chip
Mudahkan buat biskut coklat chip ni? Selamat mencuba. Apapun, lepas raya nanti jika sudah habis tempoh Kawalan Pergerakan (PKP), Fiqqq ingin pergi hiking. Sudah lama rasanya tidak masuk hutan menikmati udara segar, nyaman dan bakar lemak tepu yang seronok berlegar-legar di perut. Hahaha. Kali terakhir Fiqqq pergi Gunung Bah Gading, Perak. Mana tempat lain yang seronok lagi ? Jom kita pergi
Leave a Reply