Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Travel/Hiking / Bukit Senaling Negeri Sembilan

Bukit Senaling Negeri Sembilan

September 29, 2020 by Afiq Halid 11 Comments

Bukit Senaling Negeri Sembilan terletak di daerah Kuala Pilah. Ketinggian hanya 394M / 1293FT dan akan mengambil masa mendaki secara santai dalam 1 jam perjalanan. Senang cerita tidak perlu terburu-buru kerana tidak jauh pun puncak yang dikejar. Apabila sampai di atas, ada kelihatan sedikit seperti di Bukit Berekeh. Cuma di Berekeh lebih banyak turun naiknya. Sini hanya mendatar sahaja.

Laluan ke puncak Bukit Senaling Negeri Sembilan

Permulaan mendaki lebih kepada jalan mendatar di kawasan ladang pokok getah dan diikuti dengan ladang kelapa sawit. Ada juga naik turun cuma biasa sahaja. Ambil masa dalam 10 minit berjalan dalam kawasan ladang ini. Selepas berjalan melepasi ladang kelapa sawit, laluan mendaki bermula.

Boleh dikatakan tahap kesukaran mendaki adalah mudah. Jadi tidak perlu risau berkenaan pacak atau yang lain-lain. Hanya menaiki bukit biasa sahaja. Laluan terbuka luas. Agak banyak persimpangan untuk ke puncak. Tapi jangan khuatir kerana mereka sudah meletakkan tanda menuju ke puncak di setiap persimpangan.

Sekiranya sudah sampai di tangga ini bermakna ada lagi separuh jalan untuk ke puncak. Cuma lebih banyak mendaki berbanding jalan yang sebelumnya. Mereka ada meletakkan papan tanda awas kerana cerun di bahagian tepi. Apa pun, sila berhati-hati semasa melalui kawasan cerun.

Permit

Permit untuk seorang berharga RM15.00. Kira harga untuk guide sekali. Bagi Fiqqq harga ini agak mahal juga lah. Hahaha. Kami ketika itu berenam dan naik agak lambat sedikit. Jadi, senang cerita naik sendiri dengan ikut tanda arah yang disediakan. Turunpun sendiri juga. Tapi tidak mengapalah. Janji sudah sampai puncak. Hahaha.

Sekiranya datang secara kumpulan, lebih senang buat satu senarai nama penuh, nombor telefon dan nombor kad pengenalan awal. Semasa ingin membuat pembayaran permit, boleh serah sahaja senarai nama dan tidak perlu tulis satu per satu dalam buku log mereka. Jimat masa.

Tempat letak kenderaan

Tidak jauh dari tempat permulaan untuk mendaki. Letak kenderaan di bahu jalan kawasan rumah perkampungan di situ. Kalau boleh jangan sampai block jalan kerana jalan kampung agak sempit. Tiada sebarang bayaran yang dikenakan untuk meletak kenderaan.

Lokasi

Fiqqq berjumpa dengan tuan guide di Petronas Senaling terlebih dahulu. Kemudian, bergerak ke lokasi permulaan untuk mendaki bukit di sini. Bagi mereka yang ingin menunaikan solat subuh, boleh solat di surau dalam kawasan kampung tersebut. Satu jalan untuk ke lokasi permulaan mendaki. Jarak surau dengan lokasi permulaan dalam 2 minit sahaja.

Video Bukit Senaling Negeri Sembilan

Filed Under: Travel/Hiking Tagged With: Bukit di Negeri Sembilan, Bukit Senaling

Comments

  1. sueizza says

    September 30, 2020 at 11:11 pm

    cantik view,rindunyaaaa zaman macam afiq ni hahahhaha dah pencen huhuuu

    Reply
  2. Hans says

    October 17, 2020 at 2:18 am

    perghhh
    patut sado
    selalu hiking rupanya

    Reply
    • Afiq Halid says

      October 19, 2020 at 8:11 am

      Mana ada sado . Hahahaha .

      Reply
  3. Lyana Ishak says

    November 14, 2020 at 10:07 pm

    bestnya hiking ramai2 gini .. sis lama dah tak hiking rasa macam dah tak mampu dah nie hahaha

    Reply
  4. Ifwat says

    August 11, 2022 at 11:44 am

    Salam bang. permit beli di lokasi ke bang?

    Reply
    • Afiq Halid says

      August 17, 2022 at 12:39 am

      wassalam . yup . sebelum naik nanti ada pondok kecil untuk bayar permit .

      Reply
  5. anne anis says

    October 3, 2023 at 8:24 am

    guide tu kena book dlu ke pegi time reg baru kenal-kenal guide?

    Reply
    • Afiq Halid says

      November 7, 2023 at 10:00 am

      actually kitorg pergi sendiri2 jer. sbb ada yang pernah naik.

      Reply
  6. Liza Onn says

    November 24, 2023 at 10:39 pm

    Salam, pondok bayar permit tu buka pukul berapa? Boleh mula daki awal pagi ke?

    Reply
    • Afiq Halid says

      November 26, 2023 at 12:43 am

      wassalam. subuh tu buka dah. if nak naik awal sikit pun rasanya diorg standby situ

      Reply

Trackbacks

  1. DJI Mavic Mini 2 - Afiq Halid says:
    December 17, 2020 at 8:24 am

    […] cantik. Lebih-lebih lagi apabila berada di puncak gunung atau bukit. Kali terakhir hiking pun di Bukit Senaling yang terletak di Negeri Sembilan. Ketika itu kononnya dalam misi mencari awan karpet namun tidak […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (61)
  • Travel/Hiking (70)

© 2025 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim