Bukit Berekeh Sungai Siput Perak merupakan lokasi seterusnya setelah Fiqqq mendaki Bukit Batu Sawa tempoh hari. Pemandangan yang sangat menarik di sana. Rezeki Fiqqq dapat awan karpet. Memandangkan ramai kenalan hiking mencadangkan ke sini pula sebab pemandangan tengah lawa. Maka, kali ini terus plan bergerak ke Perak. Ketinggian bukit ini sebanyak 454 meter dengan pemandangan 360 secara menyeluruh dapat melihat gunung-ganung lain yang berada di sekeliling. Dengan harapan ada rezeki dapat pemandangan seperti di Bukit Batu Sawa.
Laluan ke puncak Bukit Berekeh Sungai Siput Perak
Kali ini Fiqqq benar-benar rujuk pada yang mereka telah naik bukit ini dan baca beberapa artikel yang berkaitan. Almaklumlah, kebanyakkan tempat walaupun mudah Fiqqq hanya ikut sahaja kenalan yang sudah biasa mendaki. Kita follow rapat orang depan. Namun, mereka kata laluan agak mudah jadi kita cuba pelan-pelan. Cuma ramai yang menasihatkan agar tidak terkeliru dengan laluan yang bersimpang.
Simpang pertama
Ini merupakan simpang pertama selepas berjalan di tempat letak kereta. Pastikan ambil laluan kiri.
Simpang kedua
Selepas berjalan beberapa minit. Akan berjumpa dengan simpang ini. Sila ambil laluan kiri juga.
Permulaan untuk mendaki
Laluan ini merupakan permulaan untuk mula mendaki. Kalau tadi, banyak berjalan. Oleh kerana Fiqqq tidak berapa suka sangat kawasan gelap dan hanya bertiga dengan adik sedara, masing-masing langkah panjang. Laju. Dasar penakut. Hahaha. Kalau tidak pasti, boleh gunakan aplikasi Google Map (klik sini) untuk ke satu kawasan sebelum trak mencanak.
Akan melalui kawasan ini. Ambil laluan di sebelah kanan. Ada satu jalan kecil untuk naik ke puncak. Ada tanda yang diletakkan.
Sini adalah lokasi terakhir yang Fiqqq kata awal tadi kalau menggunakan aplikasi Google Map. Kemudian akan kelihatan ada tanda di hadapan untuk jalan terus. Fiqqq guna Google Map sebab ada jalan yang tidak pasti sebab ada simpang yang sepatutnya lalu kiri tapi termasuk kanan. Hahaha. Risau juga tapi jalan terus. Apabila sudah sampai sini, laluan mula mencanak. Ambil masa dalam 20 minit juga untuk mendaki.
Apabila sudah sampai di atas, perlu melalui lima (5) puncak bukit pula. Paling Fiqqq tidak gemar laluan begini kerana kita akan naik turun naik turun dan naik lagi dan turun lagi. Hahahaha. Walaupun tidak tinggi tapi malas. Oleh kerana alang-alang sudah sampai, teruskan perjalanan. Langkah demi langkah tahu-tahu sudah sampai. Lelap sekejap dan rehat. Subuh di puncak. Tunggu masa untuk matahari terbit. Apapun sejuk di puncak tapi mula panas pada pukul 9 pagi.
Landmark
Boleh datang ke Masjid Bawong yang terletak berdekatan dengan tapak permulaan untuk mendaki ke Bukit Berekeh. Boleh cari menerusi aplikasi Google Map atau Waze sahaja. Kalau tersampai awal, boleh lelap sebentar di situ. Kemudian, boleh pergi ke lokasi permulaan untuk mendaki Bukit Berekeh Starting Point.
yusuf pencinta iPhone says
wah…menariknya baca pengalaman hiking you…teringin nak hiking jugak lepas2 covid ni…
Mai says
Hai nak tanya, location starting point tu boleh park kereta ke? Atau kena park di masjid bawong?
Afiq Halid says
Hi, boleh park kat bahu jalan on starting point dia . cuma situ mcm xde signboard. but ada byk kereta
Irfan says
Kena buat permit ke naik sana ?
Afiq Halid says
Hari tu naik main terjah jer 🤣
Hoonzie says
Hello,
Ingin tanya, pacat tu ada ke? 😀
Thanks!
Afiq Halid says
hi. tak ada pon
Aziem says
salam, nak naik tu kena ada permit ke
Afiq Halid says
wassalam. before this naik je bro. skrg x pasti permit wajib or still sama mcm before this
Thinan says
Hi kalau hike solo bole ke tu?
Afiq Halid says
Boleh je. sbb ramai je nanti di sana. event that day hike bertiga. rasa macam naik ramai-ramai sbb akan jumpa dengan grouping yg lain.