DJI Mavic Mini 2 ini boleh Fiqqq bawa pergi hiking untuk mendapatkan rakaman video pemandangan yang lebih cantik. Lebih-lebih lagi apabila berada di puncak gunung atau bukit. Kali terakhir hiking pun di Bukit Senaling yang terletak di Negeri Sembilan. Ketika itu kononnya dalam misi mencari awan karpet namun tidak ada rezeki.
Bagi Fiqqq, lebih baik bawa drone yang ringan semasa mendaki. Almaklum, rasa semua barang Fiqqq ingin tinggalkan apabila sudah penat melangkah untuk mendaki. Dengan berat 249g sahaja rasanya tidak menjadi masalah. Tambahan pula saiz drone yang kecil.
Rakaman Video dan Kamera
Lebih fokus kepada pengambilan video sebenarnya. Mavic Mini 2 boleh rekod video 4K. Cuma akan menggunakan memori yang banyak. Memandangkan Fiqqq hanya ambil video untuk sekadar suka-suka maka cukuplah menggunakan rakaman biasa sahaja. Janji video terang dan jelas.
Apa-apa pun kan sebenarnya bergantung kepada cuaca juga untuk dapatkan shot yang cantik. Orang panggil Golden Hour. Sebagai contoh waktu langit biru, waktu matahari terbit atau waktu senja. Tapi kalau waktu Fiqqq mendaki gunung atau bukit akan kejar waktu matahari terbit untuk menampakkan awan karpet yang cantik. Contoh semasa Fiqqq naik Bukit Batu Sawa.
Harga Drone
Fiqqq beli set combo dengan harga RM2,499.00. Dengan harga tersebut boleh dapat beberapa barangan lebih seperti beg galas, extra kipas ganti, tiga (3) bateri, dan lain-lain. Paling penting adalah bateri kerana drone ini boleh terbang paling maksimum selama 31 minit sahaja.
Beli drone
Sebarang pembelian Drone atau barang-barang kelengkapan boleh pergi di Drone Kaki. Terdapat pelbagai jenis drone dan tawaran yang mereka sediakan. Semua ikut bajet yang kita ada. Bukan drone sahaja, mereka juga ada jual GoPro dan sebagainya. Kalau ingin beli secara dalam talian juga boleh di Shopee mereka. Ada diskaun yang mereka bagi.
Fiqqq lagi prefer beli di kedai sebab boleh belek-belek sepuas hati sebelum beli. Mungkin ada tawaran yang lebih menarik di kedai mereka ataupun ada barang lain yang mungkin kita perlukan. Hahaha.
Leave a Reply