Bukit Batu Sawa Negeri Sembilan terletak di kawasan Jelebu. Dengan ketinggian hanya 333.33M membolehkan mendaki dalam masa yang singkat. Dalam masa 20 minit boleh sampai di puncak. Bergantung kepada kelajuan kita berjalan. Jangan risau, laluan mudah dan boleh naik secara santai. Pelan-pelan jalan janji sampai.
Laluan untuk ke puncak bukit
Memandangkan Fiqqq letak kereta jauh sedikit daripada laluan permulaan maka perlu berjalan kaki yang ambil masa dalam 10 minit. Kita jalan sambil santai-santai lihat kebun atau dusun atau apa-apa sahaja yang ada disekeliling.
Kemudian, akan jumpa satu simpang ke kanan. Boleh perasan laluan ini kerana kereta akan banyak di bahu jalan berdekatan. Senang cerita, sekiranya datang awal, boleh letak kenderaan di sini. Memandangkan penuh, maka perlu letak jauh sedikit.
Bermula dengan berjalan di kebun getah. Jalan sekejap sahaja sebelum memasuki kawasan hutan.
Permulaan laluan agak landai. Jadi tidak penat mana pun.
Jalan sehingga terjumpa pencawang elektrik ini. Jangan risau, laluan sangat jelas.
Akan ada ibarat dua laluan yang boleh kita lalu. Pilih laluan ke kanan.
Jalan mula banyak mendaki. Jadi akan penat sedikit. Tidak mengapa. Jalan-jalan santai. Agak-agak penat, berhenti rehat sebentar.
Kemudian akan jumpa beberapa laluan yang bertali. Dari sini ambil masa dalam 10 minit untuk sampai ke puncak.
Ini merupakan laluan bertali yang terakhir sebelum sampai ke puncak. Senang cerita, sekiranya sudah nampak jenis pokok yang seakan warna merah maka teruskan perjalanan. 5 minit lagi akan sampai ke Puncak Bukit Batu Sawa Negeri Sembilan.
Boleh cuba tempat hiking yang lain dalam Negeri Sembilan seperti Gunung Datuk, Gunung Angsi atau ingin buat Trans Naning.
Tempat Letak Kenderaan
Boleh dikatakan agak terhad jika ramai orang yang pergi. Laluan untuk ke dalam akan melalui kawasan perkampungan penduduk setempat. Jadi, untuk letak kenderaan di bahu jalan kawasan pintu masuk perlu datang awal. Sekiranya di situ penuh, boleh letak di kawasan yang disediakan. Bayaran yang dikenakan sebanyak RM3 sahaja. Cuma perlu berjalan dalam 10 minit untuk ke tempat permulaan mendaki.
Landmark ke puncak Bukit Batu Sawa
Sekiranya sudah kelihatan Sekolah Kebangsaan Peradong bermakna sudah sampai simpang masuk ke kawasan kaki bukit. Lorong untuk masuk berada di hadapan sekolah tersebut.
Lebih mudah jika guna sahaja aplikasi Waze dan taip sahaja Bukit Batu Sawa Parking/Trailhead atau guna Maps.
Video
Fiqqq belanja beberapa pemandangan dalam bentuk video ringkas. Enjoy!
Parizan Mohd Zain says
Menarik ni ..akak nak suggestbkat team.leader la…tp plan akan dtg la sbb kami baru kehilangan sahabat kami semalam…semua plan utk bulan 9 terpaksa ditangguhkan sementara waktu
Afiq Halid says
Sory for that news kak Parizan . Anyway , ada rezeki insyaAllah akak sampai sini . Hike pon ambil masa yang singkat . Sekejap je dah sampai puncak .
Alea Amir says
Omg bestnya! Esok saya nak pergi sini! Bestlah baca blog Afiq! Saya baru berjinak2 hiking ni hehehe wish me luck 🤩🤩
Afiq Halid says
Terima kasih . All the best . Seronok hiking . Cuma penat sikit . But terbayar dgn view yg cantik . Hehe
Wendy says
Was it raining the night before to be able to see such beautiful sea of clouds?
Afiq Halid says
Yes. But it depends on luck i guess.
TAVANYAH APPLASAMY says
Any suggestion on the best time to see the sea of clouds?
By the way, good writings and all your videos are very informative.keep it up.
Afiq Halid says
You can go early morning. Start at 7am. But it depends on luck . I need to wait until 10.30 that day to get the sea of clouds for few minutes only. Hehe. All the best
meck says
Quite impressed how beautiful this view can be 🙂 Your blog is very informative Afiq. Permit needed ?
Afiq Halid says
i wait for few hours to get this view . worth waiting for the view . btw , No need permit . And thank you :).
nazirulshafiee says
Hi Bro, may I know is there required any permit to hike this hill?
Afiq Halid says
Hi . That time i pergi just naik je . Bayar parking . But now x pasti . 🙏🏻🙏🏻🙏🏻
Firdaus says
Nk tnye bang kene byr permit ke nk naik bukit tu?
Afiq Halid says
That day main naik je . Skrg x pasti kena apply permit or x
aina says
hiking sini perlukan guide tak? and permit dia macam mana?
Afiq Halid says
Tak perlu guide pon okey. sbb senang untuk naik ke atas. permit kena apply. try search forestry.ns.gov.my