Trans Naning Negeri Sembilan Daypack antara perjalanan hiking yang sangat panjang. Melalui tujuh (7) puncak gunung di Negeri Sembilan. Gunung Datuk, Gunung Rembau, Gunung Gagak, 701, 705, Tampin Utara dan Tampin Selatan.
Seawal pukul 3.35 pagi Fiqqq serta rakan-rakan lain sudah berkumpul di kawasan tempat letak kereta Gunung Datuk. Sempat juga lah lelapkan mata sementara menunggu yang lain. Khuatir sekiranya tidak dapat menikmati untuk lelapkan mata semasa dalam perjalanan. Nama pun Trans Naning Negeri Sembilan Daypack.
Gunung Datuk
Permulaan untuk Trans Naning Negeri Sembilan Daypack Fiqqq perlu mendaki Gunung Datuk. Adalah lebih baik untuk naik lebih awal supaya boleh berehat dia atas sementara menunggu waktu subuh. Sekurang-kurangnya boleh bergerak awal ke puncak seterusnya.
Pada hari kejadian, Fiqqq curi masa untuk lelapkan mata setiba di puncak Gunung Datuk. Jadi, Fiqqq guna gambar yang pernah ambil ketika menaiki Gunung Datuk sebelum ini. Sekiranya ingin tahu lebih berkenaan Gunung Datuk, klik link ini Hiking di Gunung Datuk Rembau Negeri Sembilan.
Gunung Rembau
Perjalanan ambil masa dalam 45 minit untuk sampai ke Gunung Rembau dengan ketinggian 884 meter. Kalau diikutkan, puncak Gunung Rembau lebih tinggi berbanding Gunung Datuk. Memandangkan kita hanya berjalan dari puncak ke puncak maka laluan tidak sesukar menaiki Gunung Datuk.
Laluan ke Gunung Rembau
Bagi Fiqqq laluan untuk ke Gunung Rembau boleh berjalan secara santai. Naik sikit, turun sikit. Jalan-jalan. Tahu-tahu sudah sampai. Hahaha. Laluan yang tidak memenatkan.
Simpang Y – Cabang laluan untuk ke Gunung Rembau dan Gunung Gagak
Sebelum ke Gunung Rembau, akan jumpa ‘Simpang Y’. Laluan untuk ke Gunung Rembau dan juga Gunung Gagak. Boleh tinggalkan beg sementara di Simpang Y untuk ke Gunung Rembau. Naik ke atas ambil masa dalam 10 minit sahaja.
Laluan kiri untuk ke Gunung Rembau dan laluan kanan untuk ke Gunung Gagak. Sekiranya tidak pasti ingin pergi ke mana-mana. Duduk situ dan tunggu siapa-siapa yang lalu dan tanya. Hahaha.
Gunung Gagak
Lebih kurang 1 jam perjalanan untuk sampai ke puncak ketiga iaitu Gunung Gagak dengan ketinggian 807 meter. Masih lagi boleh bertahan walaupun perjalanan ambil masa agak lama untuk Fiqqq. Tapi tidak memerlukan tenaga yang banyak.
Laluan ke Gunung Gagak
Kebiasaannya Fiqqq akan laju sikit sekiranya laluan banyak menurun. Tidak banyak kudrat yang kita guna. Cuma perlu hati-hati sebab ada kawasan yang agak licin dan ada kawasan yang banyak akar kecil yang boleh buat kita tersadung. Fiqqq hampir tersungkur di hadapan gadis-gadis. Baru nak tunjuk power. Adehhh. Hahaha
Puncak 701
Perjalanan rasanya macam lebih kurang sama sahaja seperti sebelum ini. Ambil masa dalam satu jam juga untuk sampai di Puncak 701 dengan ketinggian 701 meter. Mungkin mereka tidak tahu ingin bagi nama apa selain Gagak atau Rembau atau yang lain-lain maka ambil sahaja ketinggian yang ada dan jadikan nama puncak. Senang. Mungkin lahhh mungkin.
Laluan ke Puncak 701
Boleh dikatakan selepas dari Gunung Rembau, banyak laluan yang memudahkan kita dan boleh laju kerana banyak menurun. Laluan pula tidak terlalu sukar kerana boleh nampak dengar jelas. Sekiranya ada yang menaik pun tidaklah pacak atau tinggi sangat.
Camp Ultra
The only tempat rehat yang ada punca air dari sungai. Bersyukur yang amat apabila sampai di sini. Fiqqq hanya fikir ingin lelap seketika. Tidak peduli pasal makanan atau benda lain.
Sempatlah juga makan sepotong dua buah tembikai yang member sudah siapkan dan juga secawan kopi o. Selepas itu, sekian. Fiqqq padam. Cukuplah dapat power nap dalam beberapa minit.
Sebelum bergerak sempat main air sekejap. Segar rasanya rendam kaki dalam air sungai yang sejuk. Bersedia untuk basah sedikit ya kerana akan lalu di sungai ini untuk ke Puncak 705.
Laluan ke Camp Ultra
Kalau lah ada slide. Fiqqq orang pertama beratur untuk turun terus ke bawah. Hahaha. Laluan dia agak cerun bahaya sebab banyak kawasan tanah yang licin dan tidak mempunyai dahan besar yang boleh Fiqqq berpaut sekiranya tergelincir. Namun ada yang landai dan kita boleh laju.
Puncak 705
Tadi sebelum turun ke Camp Ultra jumpa Puncak 701 dan sekarang Puncak 705 dengan ketinggian 705 meter. Rasa macam tidak cukup rehat semasa di camp ultra sebab sampai puncak sini Fiqqq barai. Mental dan fizikal. Hahaha.
Semoga berjaya
Laluan ke Puncak 705
Kali ini mendaki memang kalah sikit. Dia punya pacak tidak bagi senang langsung. Selepas satu fasa mendaki, jumpa lagi dan lagi dan lagi. Terasa panjang laluan untuk puncak 705.
Boleh dikatakan habis tenaga yang Fiqqq raih semasa rehat sebentar di Camp Ultra. Masa ini rasa macam tidak cukup air sebotol besar. Mengah. Kebetulan cuaca agak panas. Panas petang pula. Hahaha. Beberapa kali juga minta untuk lelap mata. Sampai betul-betul tidak tahan, minta berhenti sekejap dan tido. 5 minit please.
Gunung Tampin Utara
Walaupun dengan hanya ketinggian 728 meter Fiqqq agak barai sebab fikir mahu cepat keluar sebelum hari gelap. Sekejap-sekejap tengok jam. Tengok langit. Paling risau apabila mula rasa rintik hujan. Fuhhhh. Nasib baik rintik sikit-sikit je.
Apabila sudah sampai sini bermakna lagi satu puncak yang perlu Fiqqq akan tempuh. Satu sahaja lagi.
Laluan ke Gunung Tampin Utara
Jangan seronok terlalu awal sebab Fiqqq rasa kecewa apabila bertembung dengan kawasan mendaki pula. Punya seronok Fiqqq turun terus dia bagi kawasan mendaki. Adoyaiii.
Ulang beberapa kali sampai ke puncak. Ada kalanya rasa ingin rehat sebentar apabila sampai di tempat yang landai sedikit tapi fikir sikit sahaja lagi akan sampai. Maka, teruskan perjalanan. Kalau berehat selepas mendaki akan jumpa lagi kawasan mendaki lagi. Jadi, lebih baik rehat di kawasan puncak.
Gunung Tampin Selatan
Dari Utara ke Selatan Fiqqq mendaki. Terasa power sekejap. Walhal, kaki sudah mula rasa sakit sedikit di bahagian betis. Risau kekejangan. Gunung Tampin Selatan berketinggian 733 meter. Tinggi lagi sedikit berbanding Gunung Tampin Utara.
Lokasi terakhir kumpul tenaga untuk pecutan terakhir.
Laluan ke Gunung Tampin Selatan
Boleh dikatakan laluan lebih kurang sama untuk ke Gunung Tampin Utara. Cuma banyak juga kawasan yang landai untuk kita laju. Agak tinggi sedikit untuk mendaki apabila sudah hampir sampai ke puncak.
Mana yang laju, mereka jalan terlebih dahulu. Fiqqq ikut team yang di belakang. Maka, guna bunyi isyarat. Fiqqq bunyi ‘wooooooo’. Kalau mereka dah sampai mereka sahut ‘weeehoooooo’. Lebih kurang begitulah. Nak eja bunyi tu payah sikit. Rasa macam mahu masukkan bunyi dalam blog ni.
Pecutan terakhir
Jalan untuk keluar dari kawasan hutan agak panjang dan ambil masa yang lama. Bagi mereka yang sudah biasa berlari dan mempunyai stamina yang baik, akan cepat sempai. Bagi Fiqqq yang malas berlari, bercinta juga lah untuk sampai. Rasa macam sudah sampai tapi tidak sampai-sampai.
Boleh dikatakan masing-masing kerasukan semangat yang baharu. Tidak sabar-sabar untuk keluar. Hahaha. Laluan banyak menurun dan mendaki sedikit. Selepas mendaki, kita akan juga sedikit tangga dan sampai.
Alhamdulillah berjaya juga habiskan Trans Naning Negeri Sembilan Daypack. 14 jam perjalanan untuk 21++ kilometer dan 7 Puncak Gunung.
Video
Fiqqq cakap …
Benda yang paling penting bagi Fiqqq ialah bekalan air yang mencukupi. Fiqqq bawa dua botol besar air mineral dan sebotol besar air 100 plus dan sebotol air soya yeos botol kecil. Permulaan memang terasa berat beg namun sebab Fiqqq memang kuat minum air jadi perlu bawa lebih.
Waktu dua puncak terakhir, ada yang sudah kehabisan air. Nasib Fiqqq bawa lebih. Jadi bolehlah kongsi mana yang ada. Catu air. Hahaha. Bajet untuk sampai keluar.
Sebelum join mana-mana team atau ingin buat Trans Naning Negeri Sembilan Daypack, pastikan dapat informasi dengan betul. Khuatir kita tidak bersedia untuk habiskan tujuh puncak gunung. Ada yang beranggapan hanya tiga sahaja. Tapi alhamdulillah semua berjaya habiskan. Walaupun ada yang mental koyak dan sebagainya.
Pertama kali Fiqqq berada dalam team sweeper dan kalau boleh Fiqqq tak nak dah. Fiqqq tidak cukup kuat untuk itu. Mental perlu kuat. Segala semua lah.
Sebelum mulakan trans, pastikan rehat secukupnya. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang pertama kali buat. Bajet masa rehat dengan baik semasa dalam laluan trans. Fiqqq sarankan rehat lebih sikit di Camp Ultra. Laluan untuk ke Puncak 705 sangat mencabar.
Tahu keupayaan diri. Bawa barang ikut kemampuan sebab perjalanan sangat panjang bagi Fiqqq. Bawa sebarang coklat seperti Snickers atau sebagainya. Fiqqq susah sikit untuk makan makanan yang berat ketika melakukan aktiviti mendaki. Coklat sudah memadai. Lebih-lebih lagi boleh jimat banyak ruang dalam bag.
Apa-apa pun. Hati-hati. Ringankan mulut untuk bertanya kepada mereka yang sudah biasa mendaki gunung. Jangan malu untuk bertanya. Kebiasaannya Fiqqq akan banyak bertanya mereka yang sudah biasa mendaki. Laluan macam mana, barang apa yang perlu, punca air dan sebagainya .
Lyana Ishak says
Fuhhh cayalah u did it !! Kalo yana da meraung dalam tu nak balik .. Good job heee
Afiq Halid says
Alhamdulillah. Terima kasih yana . ๐
Matoto says
Terima kasih afiq teman team sweeper. Janganlah menyesal duduk dengan sweeper sebab afiq ada, kita semua tak pishang. ๐
Afiq Halid says
Hahaha. Seronok apa jalan dgn geng walaupun barai . Pengalaman tu semua sis . Hehehe ๐
Sally Samsaiman says
Biasa dgr Gunung Datuk dengan Gunung Rembau tuu…tapi tak pernah sampai seru la nak hiking…hahahaha…Keep it up Afiq~
Afiq Halid says
Huhuhu . Alhamdulillah . Nanti try . Cuma track dia sangat panjang bagi Afiq . Thank you juga
mohd romadan hamzah says
Afiq nak tanya organize (gogo)hiking trans ni sapa ekkkk…. boleh dapatkamn no tel ia tak? Ni no saya kluada boleh pm by whatsapp sy ye.. 0162130587 (romadan)
Afiq Halid says
They from team AROC . Boleh contact Amy Matoto – 0129442642
ara says
takde water point ke utk topup air? laluan balik y sama ke masa naik?
Afiq Halid says
Waterpoint masa di kem Ultra . Sungai kecil. Laluan balik tidak sama. Kita akan terus sampai habis. Last , Fiqqq naik kereta untuk ke tempat parking.
haida says
bagus info yg Afiq share. saya baru fikir2 nak ke trans ni, so maklumat ni sgt baik. TQ dan well done!
Afiq Halid says
Semoga info bermanfaat . Hati2 masa ke sana .
Liza says
Tq afiq untuk info berguna sebagai persediaan sis trans naning 22/12/19.
Afiq Halid says
Good luck sis . Semoga cuaca baik2 time pergi sana . Have a safe trip ya ๐
ChikAmy says
In shaa Allah tahun depan nk buat Trans Naning… Setelah baca blog ini.. Sedikit teruja lah jugk…. Harap saya dapat lakukan….
Afiq Halid says
insyaAllah . boleh buat . kalau laju , boleh cepat complete kan
Liza says
Alhamdulillah sis dah s keluar transnaning semalam dengan selamat.cuaca baik.trek menguji setia.jalan itik.merangkak cam biawak๐.tentatif dan masa lebih kurang afiq.tq sgt sebab blog ni jadi sumber rujukan.baca banyak kali.sangat membantu.semoga afiq lebih rajin menulis tuk puncak2 seterusnya.semoga sukses selalu.terima kasih banyak๐
Afiq Halid says
Sama2 . InsyaAllah . Harap membantu untuk info yang lain lak. Huhuhu