Pengalaman bercuti dalam musim pandemik antara perkara yang tidak dijangka. Mana tidaknya, selama ini kita bercuti bebas berjalan ke sana ke sini tapi selepas negara kita terdedah dengan pandemik terus berubah secara total. Kita berjalan tapi perlu ikut Standard of Procedure (SOP) . Bukan itu sahaja, banyak perkara yang perlu berjaga-jaga. Benda penyakit kalau kita nampak tidak mengapa. Ini tahu-tahu ‘anda positif Covid’. Minta jauh lah perkara begini.
Kalau diikutkan pengalaman yang aku lalui ini bukan bercuti pun sebenarnya. Lebih kepada urusan menyatukan dua buah keluarga. Semua perkara tidak macam dulu lagi. Majlis kenduri kahwin boleh jemput semua sanak saudara, kawan-kawan segala kerabat lah. Tidak lagi sekarang. Ada beberapa SOP yang perlu kita ikut untuk mencegah dan sebagai langkah berjaga-jaga. Apa yang Fiqqq lakukan sepanjang perjalanan dan semasa di sana?
Pastikan diri kita sihat
Sebelum bergerak ke lokasi, pastikan keadaan diri sihat. Tidak mempunyai sebarang gejala seperti batuk, selesema atau demam sebagainya. Betul-betul sihat baru yakin. Lagipun beberapa hari sebelum ada buat swab-test dan keputusan adalah negatif. Lagi yakin untuk sertai majlis. Senang cerita, memang Fiqqq jaga diri betul sepanjang musim pandemik. Banyak minum air mineral, air rebusan yang campur kayu manis + bunga lawang dan sebagainya lah. Hahaha
Rancang waktu perjalanan
Perjalanan sekarang bukan sekadar untuk elak daripada kesesakan di jalan raya semasa ke lokasi tapi elakkan terjumpa orang ramai jika berhenti di perhentian. Banyak betul perlu fikir apabila ingin memulakan perjalanan. Lebih-lebih lagi merentas negeri. Fiqqq maklumkan siap-siap ya, kami merentas negeri semasa waktu yang dibenarkan. Jangan ada yang pergi jaja pula jadi cerita lain. Hahahaha.
Bekal makanan dari rumah
Terfikir andai bertembung ramai orang semasa di perhentian. Pasti Fiqqq tidak akan singgah. Jadi, siap-siapkan bekal makanan sedikit dalam kereta. Kalau lapar boleh makan dalam kereta. Walaupun Fiqqq jenis tidak suka makan dalam kereta sebab nanti berbau tapi perlu buat pengecualian untuk dalam keadaan ini. Kalau setakat makan roti boleh sahaja. Jangan lah makan nasi ayam, nasi kandar dan sekala nasi. Nasi goreng boleh diberi pengecualian. Hahaha.
Kurangkan jumlah rombongan pergi ke majlis
Kalau dahulu, semua kerabat kita angkut rombongan untuk hantar pengantin. Tapi musim gini, hanya hantar wakil sahaja. Keluarga Fiqqq hanya Fiqqq seorang sahaja yang pergi. Sedih juga apabila dalam majlis begini hanya segelintir sahaja yang hadir. Lagi meriah orang kata kalau semua ada. Betul tak ? SOP perlu jaga dan kita perlu jaga diri sendiri dan orang lain juga.
Semasa majlispun lain rasanya suasana. Tempat makan berjarak. Ambil makanan perlu berjarak. Cuma elok juga ada penjarakkan ini. Fiqqq cukup rimas kalau orang suka beratur dekat-dekat. Hahahaha. Penggunaan pelitup mulut dan hidung itu sentiasa. Masa makan buka lah sekejap. Hahaha. Jumlah jemputan juga perlu dikurangkan. Contoh had 250 orang sahaja dijemput. Tidak boleh datang serentak. Perlu ikut masa. Selepas selesai, terus balik ke rumah penginapan.
Guna Aplikasi MySejahtera untuk lihat Hotspot dan info terkini
Semasa di sana, aplikasi MySejahtera bukan sekadar digunakan untuk mengimbas kod QR semasa memasuki sesuatu tempat namun kita boleh pergi ke bahagian HotSpot. Banyak aktiviti seperti ingin makan pasembor, nasi kandar semua lah kami batalkan sebab kawasan tersebut banyak kes positif dan berada dalam zon merah. Maka, hari pertama Fiqqq duduk di rumah sahaja. Keluar hanya sekadar ke kedai yang berhampiran. Jarak perjalanan ibarat tidak lebih daripada 10 kilometer sebab memandu ambil masa dalam 15 minit sahaja.
Sebelum balik sempat juga pergi mendaki di Bukit Kodiang. Hahaha.
Apabila berjalan jauh begini. Lebih mudah kalau kita cari Hotel dengan guna aplikasi yang ada seperti Traveloka. Oleh kerana banyak trip mendaki dan juga trip percutian terpaksa dibatalkan, Fiqqq banyak imbas kembali zaman-zaman bebas pandemik. Haihhhhh.
Seronok masa bercuti di Cameron Highland. Menginap di Copthrone Hotel. Boleh lihat harga di Hotel in Cameron Highlands. Ada harga murah-murah. Tapi tunggu kes semua reda tau. Tinggal di situ untuk dua (2) hari satu (1) malam. Walaupun sementara, puas berjalan beli sayur, pusing-pusing kawasan berdekatan, jalan kaki semua. Hahahaha.
Cuma sekarang ini, kalau ingin bercuti, perlu jaga SOP. Kalau ditanya keinginan Fiqqq untuk bercuti mesti dalam kadar segera buka Google dan cari Hotel in Cameron Highlands untuk semak harga bilik. Buka satu keperluan untuk waktu sekarang pergi bercuti. Tidak salah untuk tengok-tengok harga kan? Hahaha.
Harapnya semua kembali seperti sedia kala. Keadaan tidak akan sama seperti sebelumnya. Maka perlu berjaga-jaga walaupun kebebasan bergerak diberikan kepada kita. Jaga kebersihan diri dan keselematan diri. Perlu sihat. Kalau ada orang yang tidak menjaga SOP, jangan jadikan diri kita sebahagian daripada mereka. Jadikan Pengalaman bercuti dalam musim pandemik sebagai iktibar.
Leave a Reply