Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Travel/Hiking / Bukit Kodiang Kedah

Bukit Kodiang Kedah

January 11, 2021 by Afiq Halid 6 Comments

Bukit Kodiang Kedah ini juga dikenali sebagai Bukit Mok Cun. Beberapa kali Fiqqq rancang untuk ke sini namun tidak berkesempatan. Jarak merupakan salah satu faktor tidak dapat datang kerana sangat jauh dari Selangor. Kebetulan ada urusan di Penang dan ambil masa dalam 1 jam 35 minit untuk ke sana maka Fiqqq dengan langkah panjang teruskan perjalanan ke sana awal paginya. Sila gunakan aplikasi Waze atau Google Map dan taip Bukit Kodiang. Bukan sebab apa, ada nama lain untuk bukit ini iaitu Bukit Mok Cun.

Rasanya perjalanan untuk ke puncak lebih kurang mendaki Bukit Batu Chondong di Ampang, Selangor. Jalan-jalan tahu-tahu sudah sampai. Hahaha.

Laluan ke puncak Bukit Kodiang Kedah

Kawasan lapang ini merupakan lokasi permulaan. Boleh buat aktiviti regangan dan sebagainya. Walaupun bukit ini kelihatan tidak tinggi namun Fiqqq tidak pernah terus mendaki tanpa buat aktiviti panas badan. Bukan apa, kadang tersalah step boleh terseliuh dan sebagainya. Untuk elakkan perkara begitu berlaku, baik kita cegah terlebih dahulu. Tak gitu?

Oleh kerana bukit ini ibarat seketul batu besar yang terletak di kawasan sawah, permulaan untuk mendaki terus mendaki tinggi. Boleh gunakan tali untuk mendaki. Kalau terlebih yakin, jalan seperti biasa pun boleh. Pijak pada akar-akar kayu mahupun batu yang kukuh.

Perjalanan mendaki ambil masa dalam 15 minit sahaja. Selepas laluan ini akan jumpa ala-ala kawasan gua. Mungkin boleh rehat sebentar sebelum memulakan laluan yang bertangga pula. Cuma yang ini agak bahaya sedikit.

Laluan bertangga

Risau juga apabila guna tangga begini. Fiqqq pula jenis gayat. Baru lihat pada keadaan tangga sudah berpeluh tapak tangan. Hahaha. Perlu bawa bertenang untuk hilangkan rasa gemuruh.

Ada tangga yang nampak selamat untuk kita gunakan. Ada yang tegak hampir 90 darjah. Waktu naik rasa biasa tapi apabila tertengok bahagian bawah terus melekat dengan tangga. Gayat. Terus pandang atas dan naik perlahan-lahan.

Kawasan sini perlu berhati-hati. Waktu naik Fiqqq sudah terfikir apa akan jadi masa turun nanti. Andai kata naik sudah rasa gayat yang amat. Inikan pula ketika turun nanti. Ada beberapa bahagian perlu tahu menggunakan tali dan jaga langkah untuk memanjat. Ibarat rock climbing. Hahaha. Tapi okey sahaja. Fiqqq yang gayat boleh sampai puncak, inikan pula yang tidak ada gayat. Mungkin lebih senang untuk sampai puncak.

Dinasihatkan pakai sarung tangan sebab banyak batu yang tajam. Kasut juga guna yang sesuai.

Permit dan tempat letak kereta

Tiada caj untuk permit menaiki bukit ini. Buat masa ini lah. Fiqqq tidak pasti pada masa akan datang macam mana. Cuma perlu membayar RM2.00 untuk letak kendaraan di tempat yang disediakan. Boleh dikatakan dalam 30 buah kenderaan juga boleh muat dalam satu masa yang sama. Kalau penuh, pandai-pandailah nanti orang sana aturkan. Kita tidak boleh parking di bahu jalan kerana muat untuk satu kereta sahaja lalu. Tambahan, tandas ada disediakan cuma perlu membayar RM0.50 untuk menggunakannya. Tandas tersebut berkunci, selepas bayar baru boleh dapat kunci tandas tersebut.

Video

Fiqqq kongsikan beberapa video pemandangan yang sempat ambil semasa di puncak.

Filed Under: Travel/Hiking Tagged With: Bukit Kodiang, Bukit Mok Cun, Tempat hiking di Kedah

Comments

  1. Lyana Ishak says

    January 11, 2021 at 10:42 am

    Lupa nak pesan pakai glove hahah sorry .. aaa btw tahniah berjaya sampai jugak akhirnya .. yana masa nak turun menitis jugak ayaq mata 🤣

    Reply
    • Afiq Halid says

      January 11, 2021 at 2:30 pm

      Thank you sis . Btw , nak turun tu mcm azab sikit . Sbb afiq gayat . Bila tgk bawah kaki ketaq terus . Hahahaha

      Reply
  2. Zoe says

    January 16, 2021 at 9:04 pm

    Cantiknya pemandangan dari atas

    Reply
    • Afiq Halid says

      January 17, 2021 at 9:54 am

      Betul . Nasib baik cuaca okey . So boleh lama sikit layan view .

      Reply

Trackbacks

  1. Pengalaman bercuti dalam musim pandemik - Afiq Halid says:
    January 27, 2021 at 6:13 pm

    […] balik sempat juga pergi mendaki di Bukit Kodiang. […]

    Reply
  2. Photoshoot Raya di Cobalt Studio - Afiq Halid says:
    March 31, 2021 at 11:51 am

    […] banyak video pergi hiking. Ya Allah, rindunya aktiviti mendaki. Kali terakhir pergi mendaki di Bukit Kodiang Kedah. Sekarang duduk rumah […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (63)
  • Travel/Hiking (72)

© 2025 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim