Photoshoot Raya di Cobalt Studio merupakan pengalaman bergambar yang menarik. Maklumlah sebab lama sudah tidak beraksi di hadapan kamera. Ibarat lampu tiang keras kaku segan untuk bercakap. Disebabkan mereka ramah dan sangat membantu dalam menghasilkan gambar yang terbaik.
Fiqqq bebas untuk bergambar ikut keselesaan namun mereka akan maklumkan cara bagaimana yang menampakkan Fiqqq lebih menarik dalam gambar. Walaupun secara realitinya rupa Fiqqq ibarat …. Malas sambung ayat. Hahaha.
Video Photoshoot Raya di Cobalt Studio
Fiqqq saja asah bakat buat video ala-ala fashion pula. Okey tak? Hahaha. Selalunya Fiqqq buat video berkenaan makanan dan yang paling banyak video pergi hiking. Ya Allah, rindunya aktiviti mendaki. Kali terakhir pergi mendaki di Bukit Kodiang Kedah. Sekarang duduk rumah elok-elok.
Sesi bergambar tidak ambil masa yang lama. Jadi sesuai untuk mereka yang ada anak kecil ingin bergambar bersama di studio. Almaklum sebab ada beberapa anak kecil hanya boleh bertahan untuk behave dalam 45 minit awal. Selepas itu, mula untuk berlari sana sini. Kan kan kan ? Studio juga ada hadkan masa yang ditetapkan untuk setiap pelanggan. Sekiranya ingin lama bergambar di studio, mungkin perlu ada penambahan.
Kebiasaan slot untuk raya perlu tempah lebih awal. Fiqqq rasa macam orang tempah baju raya juga lah gamaknya. Ibarat trend pun ya juga. Orang kata sekali setahun. Gambar bersama ahli keluarga untuk disimpan sebagai kenangan. Sekurang-kurangnya, apabila ambil gambar di studio ada orang mencantikkan gambar. Datang bawa diri, pakai baju cantik-cantik, hensem-hensem dan duduk depan kamera. Rasa macam artis kan ? Hahaha.
Props Raya
Peralatan yang Cobalt Studio sediakan sangat menarik. Fiqqq suka pendekatan ‘less is more’ sebab kita akan nampak lebih menonjol dalam gambar. Kalau terlalu fancy mungkin orang lebih tertarik dengan barangan yang ada di sekeliling. Habis tenggelam gambar kita. Apa-apa pun semua boleh minta mereka sediakan sekiranya inginkan penambahan.
Lokasi Cobalt Studio
Studio terletak di U12, Shah Alam. Boleh sahaja menggunakan aplikasi Google map, Waze dan lain-lain. Taip sahaja Cobalt Studio. Apabila sampai sini jangan risau tentang tempat letak kereta. Banyak tempat kereta yang ada di sekitar studio.
Jika ingin maklumat lebih lanjut boleh lihat FACEBOOK dan INSTAGRAM.
Leave a Reply