Beberapa faktor perlu ambil kira sebelum bercuti lebih-lebih lagi dalam fasa pemulihan daripada Covid-19. Pasti ramai yang sudah menerima dua (2) dos suntikan vaksin dan mula merancang percutian singkat di dalam negeri yang sama. Mungkin sudah rancang untuk merentas negeri. Almaklum, sudah lama terperuk terkurung di rumah. Pastikan kebenaran sudah diberikan. Jangan main terjah khuatir sendiri menepah susah di kemudian hari.
Walau bagaimanapun, ada beberapa perkara yang perlu dilakukan bagi menjalani percutian yang selamat.
Tidak mempunyai sebarang gejala
Perkara paling penting ialah pastikan diri sihat daripada sebarang gejala Covid seperti demam, hilang deria rasa, batuk, selesema dan lain-lain. Apabila tidak sihat, mood untuk bercuti pasti hilang serta merta. Inikan lagi musim Covid-19 yang belum tahu penghujungnya bagaimana. Elakkan daripada berjalan ke sana ke sini dalam keadaan diri yang tidak sihat. Senang cerita jangan fikir seronok kita sahaja sehingga bahayakan orang lain. Kita mungkin terselamat atau sembuh jika terkena tapi orang lain apa pula kesan sampingannya. Tidak boleh bayangkan rasa bersalah macam mana sekiranya orang sekeliling terkena berpunca daripada sikap ego kita sendiri.
Lengkap dos vaksin
Perlu diingatkan terlebih dahulu. Lengkap dua (2) dos vaksin dan perlu melebihi tempoh matang selama 14 hari baharu diberi kelonggaran untuk berjalan. Namun, bukan kebenaran untuk pergi ke mana-mana sesuka hati. Bagi Fiqqq, vaksin ini sebagai satu lapisan pelindung diri daripada terkena jangkitan virus. Jadi, perlu berhati-hati juga dan jaga SOP yang diberikan.
Tahu lokasi percutian
Pasti dalam senarai percutian masing-masing terdapat beberapa lokasi yang ingin kita pergi. Namun perlu ingat bahawa kita masih belum pulih sepenuhnya daripada wabak. Tentukan lokasi yang ingin kita pergi adalah sesuai untuk diri kita serta keluarga. Lebih-lebih lagi yang mempunyai anak kecil. Hal ini dapat mengelakkan diri kita serta keluarga daripada perkara yang tidak diingini berlaku.
Mungkin boleh pilih jenis hotel yang mewah dan selesa seperti di KL Staycation. Boleh nikmati pemandangan bandaraya Kuala Lumpur di sekeliling. Andai sama pemandangannya seperti berada di apartment sendiri maka pergi cari jauh sikit. Asalkan dalam negeri yang sama. Boleh macam tu?
Urusan kewangan
Seronok berjalan apabila duit cukup untuk berbelanja. Daripada pemilihan bilik, makan-makan dan sebagainya. Pengurusan kewangan perlu bijak agar tidak berbelanja terlebih pada yang tidak berkaitan. Fiqqq lebih gemar untuk belanja lebih sedikit untuk dapatkan bilik yang selesa serta mempunyai pemandangan yang cantik dari balkoni. Lebih-lebih lagi sekarang pergerakan agak terhad. Jadi, kalau bercuti akan habiskan masa dalam bilik sahaja. Dapat bilik selesa yang ada dapur dan sebagainya lagi seronok. Pernah juga Fiqqq lihat tempat menginap ibarat rumah dan mempunyai kolam renang mini sekali.
Kalau boleh jangan dihabiskan semua bajet untuk satu (1) percutian sahaja. Simpan sedikit untuk kegunaan masa akan datang.
Jom pergi pulau
Oleh kerana lokasi percutian Langkawi menjadi topik hangat di media sosial. Fiqqq segera taip nama-nama hotel yang menarik di sana seperti Berjaya Langkawi Resort dan lain-lain. Macam seronok pula lihat mereka yang berpusu-pusu ke Langkawi untuk bercuti. Selain pergi ke tempat-tempat menarik di sana, Fiqqq akan borong coklat banyak-banyak terlebih dahulu. Memandangkan tidak boleh terlalu bebas berjalan maka kita makan coklat atas katil atau duduk di beranda menikmati pemandangan dari bilik hotel. Hahaha.
Aktiviti mendaki macam lagi syok
Andai Fiqqq tidak berapa yakin untuk pergi menginap di mana-mana lokasi pelancongan, teringin juga pergi hiking Bukit Broga yang terletak di Semenyih. Masih dalam satu negeri. Lama sangat berehat. Hahaha. Walau bagaimanapun, perlu lihat pada masa dan keadaan. Jika ramai orang yang menaiki pada hari tersebut, Fiqqq tidak teragak-agak untuk batalkan misi mendaki. Hahaha. Walaupun sudah sampai di kaki bukit.
Apa pun keadaan sekarang sudah tidak sama seperti dahulu. Akan ambil masa untuk pulih sepenuhnya. Menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga diri sendiri, keluarga dan orang sekeliling. Rakyat Malaysiakan suka nasihat menasihati sesama sendiri. Beberapa faktor perlu ambil kira sebelum bercuti untuk menjaga keselamatan bersama. Bagi Fiqqq, tidak salah bagi mereka yang ingin pergi bercuti ke mana yang mereka inginkan. Jangan diperli-perli. Itu semua keputusan diri. Setiap orang berbeza cara membahagiakan diri. Asalkan jaga SOP dan kebersihan diri.
Bagi yang ingin melakukan aktivtiti mendaki, jangan buat sampah dan kotorkan sana sini. Malu aihhh dengan haiwan selaku penghuni hutan. Mereka duduk dalam tu aman damai bersih harmoni. Kalian datang terus tercemar serba serbi. Kadang terfikir mana satu haiwan yang tidak berakal itu. Hahahaha. Selamat bercuti.
Leave a Reply