Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Travel/Hiking / Pantai Tanjung Piai Pulau Indah

Pantai Tanjung Piai Pulau Indah

March 14, 2022 by Afiq Halid 2 Comments

Pantai Tanjung Piai Pulau Indah ini terletak di daerah Pelabuhan Klang. Saja scroll di Google pantai yang berdekatan dengan rumah dan jumpa lokasi ini. Di pendekkan cerita, kawasan yang Fiqqq pergi macam baru lagi. Disebabkan kawasan lama yang banyak di Google telah tutup. Jadi, Fiqqq singgah di sini untuk santai-santai petang bersama keluarga.

Untuk memudahkan mencari lokasi ini. Boleh klik link ini Pantai Acheh.

Pantai Tanjung Piai Pulau Indah Pantai

Pemandangan ini dari arah laut ke pantai. Menampakkan kawasan untuk pacak khemah atau tempat berkhelah. Boleh dikatakan kawasan agak terhad walaupun kelihatan seperti banyak ruang. Agak panas dek kerana kurang pokok untuk berteduh. Tahu-tahu lah kan panas petang tepi pantai macam mana bahang dia. Walau bagaimanapun, layan angin tepi pantai memang mengasyikkan.

Pantai Tanjung Piai Pulau Indah Tepi

Ibarat terbahagi kepada beberapa bahagian. Pantai yang berpasir dan berbatu. Kelihatan ramai kaki pancing memacak joran di bahagian berbatu. Cuma Fiqqq tidak berkesempatan untuk terjah kawasan di situ. Hanya berada di persisiran pantai berpasir sahaja. Layan pemandangan laut.

Pantai Tanjung Piai Pulau Indah Sunset

Pada awalnya tidak ramai. Mungkin orang yang biasa datang tahu bahawa akan panas terik di situ. Selepas jam 5.35 petang kelihatan kereta pengunjung mula penuh di bahu jalan. Sekiranya ingin layan pemandangan matahari tebenam juga boleh.

Suka untuk Fiqqq ingatkan bahawa bawa kelengkapan yang mencukupi. Sekiranya ingin berkhelah atau pun melakukan aktiviti BBQ. Pastikan bawa plastik sampah untuk dibawa keluar daripada kawasan tersebut. Kalau boleh jangan ditinggalkan di situ. Agak tercemar pemandangan bagi mereka yang hanya ala-ala bakar sampah yang ditinggalkan namun tidak terbakar semuanya.

Kawasan cantik namun jangan dicemar dengan perangai tidak semenggah anda yang membuat sampah. Tolong ya. Hahaha. Andai sini penuh. Ada satu lagi lokasi yang boleh cuba pergi di Pantai Kelanang. Cuma perlu lajak ke Banting. Tapi macam jauh je kan?

Video Pantai Tanjung Piai Pulau Indah

Agak kesuntukan masa sebenarnya waktu pergi ke sana. Perlu singgah di rumah sedara di area Pulau Indah. Jadi, Fiqqq hanya kongsikan klip video mana yang sempat ambil sahaja. Janji nampak lah serba sedikit pemandangan dan gambaran situasi di sana.

Filed Under: Travel/Hiking Tagged With: Klang, Pantai cantik, Pantai Tanjung Piai

Comments

  1. Dorsett Pink says

    March 24, 2022 at 7:30 pm

    WOW! Bestnya . cantik pantainya

    Reply
    • Afiq Halid says

      April 1, 2022 at 11:35 am

      Walaupun x besar sangat tapi best lepak2 layan pemandangan laut . sambil2 boleh memancing

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (61)
  • Travel/Hiking (70)

© 2025 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim