Pantai Kelanang Morib Selangor antara tempat yang menarik untuk berkhemah bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Kali ini bak kata captain penganjur aktiviti; aktiviti lebih kepada bersahaja, santai-santai di tepi pantai, ambil-ambil gambar, dan juga perasmian khemah baru. Hahaha. Selalu waktu mendaki gunung guna fly and ground sahaja dan tidur dalam sleeping bag. Kali ini kita tidur dalam khemah. Lebih selesa.
Sebelum ini, Fiqqq banyak mendaki seperti Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak. Layan pemandangan di puncak bukit. Kali ini bersantai-santai di tepi pantai. Dengar bunyi ombak pula dan bermain air masin laut.
Lokasi
Boleh menggunakan aplikasi Google Map atau Waze dan taip Pantai Kelanang. 20 minit juga dari Pekan Banting. Cuma lokasi agak jauh ke kawasan pedalaman tepi pantai.
Kemudahan di Pantai Kelanang Morib Selangor
Tapak khemah yang banyak disediakan. Mereka buat seperti satu lingkaran bulat yang besar dan boleh memuatkan dalam lapan (8) buah khemah. Bergantung kepada saiz kebesaran khemah yang dipasang. Senang cerita, kalau datang ramai-ramai boleh amik satu tapak. Kalau tidak cukup, berkongsilah ya. Tidak dikenakan sebarang bayaran. Tapi tidak pasti pada masa akan datang macam mana.
Tandas disediakan. Ada dua lokasi tandas jika tidak silap. Cuma yang mereka buka adalah tandas yang berdekatan dengan deretan kedai makan ala-ala RNR. Buka 24 jam. Jadi tidak perlu risau jika tiba-tiba perut memulas. Cuma agak sunyi dan gelap. Hanya bunyi pukulan ombak ditepi pantai dan juga angin bertiup. Yang lain-lain tidak pasti.
Tempat Letak Kereta juga banyak disediakan. Tempat letak kereta juga tidak jauh dari tapak khemah. Andai malam hujan lebat dan tiba-tiba khemah bocor atau roboh, sempat juga lah untuk berlari ke dalam kereta. Hahahaha. Apapun jika datang berkumpulan dinasihatkan supaya datang secara carpool dan sebagainya. Pandai-pandailah kamu semua rancang perjalanan.
Tempat bakar juga ada dibuat dalam setiap bulatan tapak khemah. Ada beberapa tapak yang tidak ada. Kira nasiblah jika ada. Boleh buat bakar dengan menggunakan kemudahan yang ada. Arang kayu boleh bawa sendiri untuk lebih mudah.
Zizie says
Syok buat aktiviti keluarga macam ni. Tq for sharing afiq.
Afiq Halid says
Sekali sekala amik udara luar . Tenang tgk air laut .