Pertandingan dan pameran bonsai untuk tahun 2022 ini merupakan anjuran Selangor Bonsai & Suiseki yang berlangsung selama tiga hari bermula daripada 29 Julai sehingga 31 Julai 2022. Cuma dibuka untuk orang awam selama 2 hari sahaja. Lebih daripada 100 pokok bonsai yang dipertandingkan. Pelbagai kategori seperti saiz besar (L), sederhana (M), kecil (S), dan mini.
Demo Senior Bonsai

Demo bonsai ini diketuai oleh Haji Saleh bin Haji Abdul Malek atau lebih mesra dengan panggilan Pak Leh sebagai senior dalam dunia bonsai. Dibantu oleh Muhammad Faiq Hamizan bin Mohd Runzi dalam proses mendawai serta membentuk pokok bonsai tersebut.
Proses ini mengikut kreativiti dan cita rasa masing-masing. Bukan itu sahaja, sebagai orang yang membentuk pokok tersebut perlu tetapkan bahagian muka dan aliran pokok tersebut.
Perasmian Pertandingan dan pameran bonsai 2022

Majlis dirasmikan oleh Tuan Haji Mekhlas bin Suparno selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan, Bukit Kapar Klang. Turut hadir Dato’ Pui Khiang Khang selaku Presiden Malaysia Bonsai Suiseki & Society (MBSS) dan Encik Yusoffi bin Abdul Aziz selaku Presiden Selangor Bonsai Art & Suiseki (SABAS)

Memetik kata-kata daripada Dato’ Pui Khiang Khang “Kali ini saya sangat gembira. Kebiasaan majlis begini, ramai yang akan banyak beri alasan untuk tidak datang dan sebagainya. Hari ini, ramai orang datang. Penyertaan juga memberangsangkan.”
Beliau juga berharap acara seperti ini perlu diteruskan supaya dapat memberi pendedahan kepada orang ramai berkenaan keunikan pokok bonsai. Dari aspek penanaman, jenis-jenis, cara penjagaan serta kaedah hiasan yang perlu ada pada pokok bonsai.

Tahniah kepada semua pemenang dan juga peserta. Jika ada yang berminat untuk membeli barangan bonsai dan sebagainya di sekitar Klang, boleh cuba lihat di sini Pakcot Bonsai Nursery.
Banyak juga input yang Fiqqq peroleh sepanjang pertandingan ini berlangsung. Belajar sesuatu yang baharu berkenaan pokok bonsai. Daripada pokok biasa sehingga mereka bentuk jadi seni kreatif. Almaklumlah, sebelum ini banyak meluangkan masa berjalan dalam hutan mendaki bukit dan gunung. Rasa sudah lama tidak mendaki. Apa kata kita imbas kenangan masa naik Bukit Batu Sawa.
Jangan lupa juga layan video di bawah. Terima kasih
Saya selalu tertanya-tanya berapa hari dan jam orang menghabiskan untuk membuat pokok kecil ini. Seni yang hebat.
Ada yg ambil masa berhari tuan. Ibarat pelukis dgn canvas . Cuma mereka hasilkan seni melalui bentuk dahan yg mereka inginkan