Produk halal di Selangor merupakan perkara utama yang ingin Fiqqq maklumkan kepada pembaca. Apabila produk halal ini menjadi keutamaan dan orang ramai mula mencari makanan atau barangan kegunaan seharian yang dijamin dan diyakini halal, maka Fiqqq kongsikan antara tempat-tempat yang boleh dapatkan semua produk itu.
Amirul Grocer, Seksyen 15 Shah Alam

Mereka menyediakan barangan keperluan harian yang halal. Amirul Grocer memasarkan kebanyakkan adalah barangan muslim dan bumiputera. Banyak nama barangan yang jarang Fiqqq dengar di mana-mana pasaraya besar. Satu inisiatif grocer begini dapat membantu produk lokal dan bumiputera untuk menempah nama di mata masyarakat.

Baru-baru ini mereka menyediakan ayam segar atas permintaan pengunjung yang sering membeli barangan di grocer. Dimaklumkan bahawa ayam segar yang mereka jual datang daripada kandang ayam mereka sendiri yang terletak di Perak. Jadi, mereka dapat menjual ayam segar tersebut dengan harga yang murah. Selain, daripada ayam segar, banyak juga pilihan makanan sejukbeku yang mereka sediakan.

Fiqqq sempat juga belek-belek beberapa produk kopi yang jarang dan rasa macam tidak pernah nampak di pasaran sebelum ini seperti Che Nah kopi. Kebanyakkan memang keluaran bumiputera dan diyakini halal. Adalah lebih baik jika anda semua datang sendiri dan boleh beli terus sambil kita sokong produk bumiputera dan yang paling penting halal.
Anggun Chitra, Bukit Jelutong

Halal bukan sahaja daripada aspek pemakanan. Fiqqq sampai di sini kerana program Halal Selangor kali ini ingin membawa halal daripada aspek pemakaian yang patuh syariah juga penting. Jadi, kedai Anggun Chitra yang terletak di Bukit Jelutong ini memasarkan pakaian abbaya dan beberapa jenis pakaian yang didatangkan dari Dubai dan Indonesia.

Sempat berbual bicara kronologi kedai ini dibuka daripada Puan Noreen. Mereka juga ada membuat jualan secara dalam talian dalam aplikasi Shopee Anggun Chitra Official Store . Memandangkan dekat dengan rumah, jadi Fiqqq boleh datang pada bila-bila masa untuk lihat sendiri desain dan jenis kain abbaya yang ingin dibeli. Ada beza kain abbaya dari Dubai dengan tempat lain.


Kalau cari tempat makan yang halal di kawasan Selangor, boleh pergi di beberapa kawasan yang Fiqqq kongsikan dalam penulisan sebelum ini.
Dermalene Clinic, Shah Alam

Sesuai untuk Fiqqq yang mempunyai kulit bermasalah datang ke sini. Mereka menyediakan sesi rawatan dan terapi untuk segala masalah kulit. Bukan sekadar kulit yang berjerawat dan berjeragat semata. Malah bermula daripada penyakit kulit seawal bayi seperti eczema sehinggalah kulit bermasalah yang dihadapi oleh orang tua.
Melihat keadaan klinik dan juga barangan untuk rawatan adalah terbaik. Pengkhususan terhadap sesuatu masalah menjadikan kita fokus untuk dirawat mengikut saluran yang betul. Bukan sekadar menjual produk dan biarkan kita guna tanpa sebarang nasihat. Setiap ubatan dan cara rawatan mempunyai surat sokongan dan semua dijamin dan diyakini Halal.

Misi Dermalene ingin menjadikan satu pusat rawatan khas untuk kulit seperti mana rawatan untung jantung wujudnya Institut Jantung Negara. Jadi, tempat mereka menjadi satu tempat untuk kita rujuk bagi masalah yang melibatkan kulit. Fiqqq doakan agar cita-cita mereka tercapai.
Banyak sebenarnya syarikat bumiputera yang mengeluarkan produk halal untuk pengguna. Mungkin, kurang dikongsikan kepada khalayak ramai. Rasanya secara perlahan Fiqqq boleh beralih untuk menggunakan produk mereka khusus produk halal di Selangor.
Leave a Reply