Duatlon Powerman Malaysia 2022 telah diadakan di Putrajaya pada 2 November lalu. Potatoes USA merupakan antara penaja telah diwakili oleh dua ahli sukan dan pempengaruh iaitu Cik Ann Pow dan Cik Yen Chia yang sangat popular dalam arena lumba lari dan berbasikal. Sebagai persediaan untuk menyertai kategori PowerMan Classic yang meliputi larian 10km – berbasikal 60km – larian 10km, mereka telah menambah kentang A.S. dalam pemakanan mereka sebagai sumber bekalan karbohidrat.
Di acara tersebut, Potatoes USA telah menghidangkan produk kentang A.S. kepada lebih 4 000 ahli sukan lelaki dan wanita di reruainya. Peserta telah dibekalkan dengan kentang lenyek A.S. yang membantu pelari mengembalikan tenaga dan nutrien yang diperlukan selepas acara.
Wakil Duatlon Powerman Malaysia 2022
Ann Pow memenangi tempat ke-2 dalam kategori PowerMan Classic. Ann yang berusia 26 tahun merupakan peserta Sukan SEA ke-31 yang diadakan di Hanoi pada bulan Mei tahun ini, dan juga acara Garmin Malaysia Marathon 2022 yang diadakan baru-baru ini. Beliau juga seorang jurulatih peribadi dan menggemari sukan lumba lari dan basikal kompetitif dan aktif melibatkan diri dalam acara-acara maraton.
Selain itu, Yen Chia, berjaya mendapat tempat ke-4 dalam kategori PowerMan Classic. Atlet berusia 32 tahun itu berkata “Kentang A.S. menjimatkan kos dan kaya dengan nutrien yang diperlukan untuk menyertai perlumbaan yang sangat kompetitif. Kentang yang bebas gluten merupakan sumber karbohidrat yang baik untuk memastikan saya terus mendapat bekalan tenaga dan mengurangkan rasa lapar semasa perlumbaan yang sengit dan panjang. Saya mengambil kentang A.S. untuk latihan, proses pemulihan dan juga pada hari perlumbaan!”. Tambahan lagi, kentang A.S. lazat, mudah dimasak dan boleh disediakan dengan pelbagai cara,” ujar Yen.
Fakta penting tentang kentang
- Kentang mengandungi karbohidrat berkualiti tinggi yang penuh dengan nutrien penting untuk mencapai prestasi fizikal dan mental yang optimum. Serta menjadi sumber tenaga utama bagi otak dan otot. Amat penting untuk kita menggantikan bekalan karbohidrat dalam badan selepas satu sesi senaman berat atau jenis senaman yang berpanjangan.
- Jika kita mengambil kentang yang bersaiz sederhana bersama kulit dapat membekalkan lebih banyak kalium berbanding pisang. Kentang pula tidak mengandungi lemak, garam dan kolestrol. Sangat sesuai dalam membantu fungsi otot, kardiovaskular dan sistem saraf dalam acara yang memerlukan daya tahan tinggi.
- Serat dalam kentang membantu mengawal glukosa darah dan meningkatkan rasa kenyang atau erti kata lain kita akan rasa kenyang lebih lama.
- Lebih mudah untuk dihamdamkan dan lebih padat dengan tenaga berbanding sayur-sayuran lain. Kentang antara yang terbaik untuk membekalkan tenaga dalam acara maraton.
Memandangkan beberapa hari lepas Fiqqq sekeluarga positif covid. Dalam kita menjaga, terkena juga. Tidak tahu punca dan di mana datangnya. Menjadikan sesuatu pengalaman yang agak mencabar apabila tidak ada tenaga untuk melawan penyakit serta tidak lalu makan nasi dalam masa yang sama. Oleh itu, Fiqqq pelbagaikan makanan harian untuk mendapatkan tenaga seperti kentang dan lain-lain.
Seperti yang kita sedia maklum bahawa kentang juga dapat menggantikan nasi. Jadi, adakalanya Fiqqq rebus kentang tersebut dan makan begitu sahaja. Sekiranya rajin, kentang tersebut akan dipotong dadu dan dijadikan hashbrown untuk juadah minum petang. Paling mudah, apabila kita letak sahaja dalam menu kari ayam dan sebagainya. Semua maklumat Fiqqq boleh dapatkan di www.potatoesusa.com. Bukan sekadar maklumat berkenaan kentang semata, segala resipi berkaitan kentang juga ada.
Secara tidak langsung, Fiqqq perlu jadikan kentang sebagai makanan tambahan untuk membekalkan tenaga semasa mendaki Bukit Batu Putih dan sebagainya seperti wakil atlet Potatoes USA di Duatlon Powerman Malaysia 2022
Leave a Reply