Hiking di Bukit Tabur Far East dan Tabur Extreme
Hiking di Bukit Tabur Far East dan Tabur Extreme antara lokasi yang Fiqqq teringin untuk daki. Dek kerana pemandangan dari atas puncak Bukit Tabur tersebut yang cantik dan laluan yang mencabar menjadikan sesuatu yang baharu untuk Fiqqq rasai pengalaman mendaki.
Pernah berpengalaman mendaki Bukit Tabur sebelum ini namun Fiqqq lupa bermula dari mana. Almaklum. Zaman nubis.
Kali ini Fiqqq bermula dari Far East. Kita perlu masuk di persimpangan bersebelahan Zoo Negara ataupun Waze sahaja Tabur Extreme Far East. Kita akan sampai di tempat letak kereta sebelum memulakan perjalanan untuk mendaki.
Permulaan hanya jalan berbatu ibarat bakal ada kawasan perumahan yang baharu akan dibina tidak lama kelak. Cuma diingatkan untuk berjaga-jaga dengan beberapa ekor anjing yang mungkin akan bertindak ganas terhadap pendaki-pendaki. Jadi, sila berhati-hati.
Kita akan jumpa satu laluan masuk ke kawasan hutan. Track tidak sukar kerana hanya laluan biasa dan tidak tinggi. Laluan ini akan bawa kita ke satu kawasan lapang. Perjalan hanya ambil masa dalam 5 minit sahaja.
Kita perlu jalan terus sahaja sebelum bermulanya pendakian yang lebih sukar nanti.
Hiking di Bukit Tabur Far East dan Tabur Extreme Bermula
Jalan yang agak curam dan memerlukan stamina yang tinggi untuk mendaki. Fiqqq agak mengah apabila mendaki dalam keadaan cerun yang tinggi kerana memerlukan kudrat membawa muatan lemak dalam perut untuk naik ke atas.
Bermula dengan laluan yang berakar dan bertanah. Namun lebih baik daripada laluan bertangga yang lebih memenatkan. Cukup tidak suka sekiranya laluan bertangga. Hahaha. Apabila sudah sampai satu fasa ada laluan berbatu menunjukkan kita sudah dekat dengan laluan untuk sampai ke puncak.
Sebelum itu, kita akan jumpa satu persimpangan antara Bukit Tabur Extreme dan Bukit Tabur Far East. Pilihan terpulang pada masing-masing sama ada ingin mengambil laluan ke kiri terlebih dahulu atau kanan.
Sekiranya ingin tapau dua tempat sekali gus, Fiqqq sarankan untuk ke kiri terlebih dahulu.
Bukit Tabur Far East
Dengan ketinggian 357 meter / 1171 ft boleh membuatkan kita untuk melihat empangan Klang Gate dari puncak. Sekiranya bernasib baik, kita boleh lihat pemandangan karpet awan dari atas.
Walaupun tidak penuh karpet awan seperti yang Fiqqq inginkan namun pemandangan masih cantik dan menenangkan. Luangkan beberapa minit untuk menikmati keindahan yang ada dengan mata terlebih dahulu daripada menggunakan lensa kamera dan sebagainya.
Teramatlah rugi sekiranya naik atas tapi tidak menikmati keindahan yang ada dan fokus pada lensa kamera dan sebagainya. Walaupun ada untuk kenang-kenangan tidak sama perasaan yang kita ambil sekejap dengan mata sendiri.
Pemandangan Tabur Extreme dari Tabur Far East. Kelihatan seperti dekat namun ambil masa yang agak lama juga untuk ke sana. Kebetulan masa untuk ke sana awan mula mendung dan kelihatan kawasan perumaha ada yang sudah ditimpa hujan.
Dengan harapan, wahai hujan. Janganlah singgah sini. Hahaha.
Laluan
Perjalanan ambil masa hanya 15 minit dari persimpangan papan tanda di bawah. Walaupun kita banyak mendaki tapi tidak jauh. Kita akan mengambil masa yang lama sekiranya terpaksa menunggu orang di hadapan untuk naik mahupun turun.
Kawasan agak curam dan berbahaya. Maka perlu berhati-hati ketika mendaki. Cuma, kalau rasa-rasa nampak ramai yang menunggu, tidak perlulah bergambar 100 keping gambar ketika panjat bukit tersebut.
Nasib baik ada si Johnny. Lebih baik layan Johnny daripada menunggu lama manusia yang entah lah nak cakap apa. Hahaha. Kalau ingin bergambar pun pastikan tidak menghalang laluan pendaki lain ya.
Bukit Tabur Extreme
Kalau ingin diikutkan, pemandangan sama sahaja dengan puncak yang lain cuma di sini tinggi sedikit. Boleh dikatakan lebih luas pemandangan. Dengan ketinggian 396 meter / 1299 ft rasa sedikit panas sekiranya matahari sudah meninggi.
Memandangkan agak mendung dan redup, jadi angin yang bertiup terasa sedikit dingin. Terasa ingin lelapkan mata seketika pun ada. Serius. Kalau ada tempat untuk Fiqqq baring memang sekian selamat malam.
Di puncak lebih banyak yang berbatu dan tepi tebing yang curam. Seriau kalau lihat betul-betul. Satu masalah bagi Fiqqq kerana gayat. Berpeluh juga tapak tangan kalau ke tepi untuk dapatkan sekeping gambar. Hahaha.
Laluan
Untuk sampai ke puncak ambil masa dalam 40 minit ke 45 minit. Lebih banyak mendaki kalau dibandingkan dengan Far East. Mula-mula kita mendaki tinggi kemudian kita turun dan naik semula. Haihhhh.
Apabila terasa diri ini putus asa ternampak pula ‘kata-kata semangat’ yang tergantung di batang pokok. Tiba-tiba rasa diri ini sungguh positif. Teruskan langkah. Walaupun perlahan tapi jangan berhenti.
Sekiranya sudah jumpa laluan batu ini maka tinggal dalam 5 minit sahaja perjalanan yang diperlukan untuk betul-betul sampai ke puncak extreme. Bahaya laluan batu ini kerana mencanak tinggi. Waktu naik mungkin tidak terlalu bermasalah tapi masa turun nanti.
Jalan lebih kepada berbatu mungkin kerana kita berada di atas tulang bukit. Pastikan batu yang kita pijak pegang adalah selamat. Ada permukaan batu yang agak tajam dan boleh menyebabkan luka.
Apapun, Fiqqq nak pesan. Sekiranya bawa barang naik atas. Tolonglah bawa balik turun semula. Janganlah tinggalkan sampah-sampah anda di atas yang akan mengotorkan puncak bukit. Botol air plastik dan sebagainya. Agak-agak tidak larat untuk bawa turun, jangan naik terus.
Fiqqq doakan supaya ada orang buang sampah depan rumah supaya tahu sikit rasa bila kawasan rumah itu kotor dengan sampah yang bukan milik sendiri. Melainkan dah memang sampah. Hahaha. Itu cerita lain. Jaga lah kebersihan bersama.
Tapi track di sini hanya tinggal kenangan sebab tidak dibenarkan lagi untuk hiking di sini. Senang cerita sudah tutup.
Klip Video
Fiqqq sertakan klip video Hiking di Bukit Tabur Far East dan Tabur Extreme untuk tatapan bagi mereka yang mungkin baru pertama kali mendaki ke sana. Harap dapat memberi gambaran serba sedikit sebagai persiapan awal sebelum naik ke sana.
https://www.facebook.com/100000130101281/posts/2166165880064394/
IQ aka Izyan Balqis says
bestnya hiking bukit tabur, tak pernah lagi sampai ke sana. teringin nak pergi!
Afiq says
Nanti ada rezeki boleh pergi . Atleast sampai . View kat atas pon cantik . Naik yang Far East . Senang sikit .
Naim says
Buleh naik ke tabur? Bukan tabur tutup ke?
Afiq says
Masa naik hari tu dah tiada barricate tape untuk area Far East, Extreme and Extra . yang masih tutup if x silap at another area . Tu yang naik dua ni je.
نورليانا بنت مزلن says
Assalamualaikum.. nk tnye..nak naik bukit tabur ni..kena mohon permit tak?
Afiq Halid says
Wassalam. Waktu naik Far East dan Extreme tempoh hari, saya tidak apply any permit. Tidak pasti berkenaan dengan hal ini.
aira says
salam, nk tanya entrance far east ni dekat jalan apa ya? – nk pakai waze ^^
Afiq Halid says
Wassalam. Melalui jalan sebelah zoo dan terus ke belakang kawasan perumahan.