Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Travel/Hiking / Keseronokan di Air Terjun Sungai Pandan Kuantan Pahang

Keseronokan di Air Terjun Sungai Pandan Kuantan Pahang

March 20, 2018 by Afiq Halid 18 Comments

Keseronokan di Air Terjun Sungai Pandan Kuantan Pahang

Fiqqq ada terdengar beberapa kali berkenaan dengan keseronokan yang boleh kita dapat di Air Terjun Sungai Pandan Kuantan, Pahang. Kali ini baru berkesempatan untuk lihat dengan mata sendiri. Super Excited.

Fiqqq bergerak pada pukul 7.45 pagi dari Balok. Sampai sana dalam 8.15 pagi. Ambil masa dalam 30 minit. Ini pon terbawa laju. Hehehe. Memandangkan hari Ahad jadi Fiqqq lajukan sedikit kereta untuk cepat sampai.

Pelangi di Air Terjun Sungai Pandan

Alhamdulillah berkesempatan untuk melihat pelangi di sini. Walaupun kecil, ada satu sahaja tapi seronok juga lah. Hahaha. Tiba-tiba teringat kembali keseronokan mandi di Rainbow Waterfall, Sungai Lembing .

Tapi, pelangi ini mula kelihatan pudar selepas jam 10.00 pagi.

Laluan ke lokasi air terjun

Kita perlu berjalan sedikit untuk ke lokasi Air Terjun Sungai Pandan bahagian atas. Ambil masa dalam 1 minit perjalanan. Dekat sangat. Hahaha. Fiqqq belum sempat ingin rasa penat, tahu-tahu sudah sampai.

Dari jauh kita sudah boleh nampak jambatan gantung menyeberangi ke bahagian sebelah. Pemandangan dari jambatan gantung tersebut sangat mengujakan. Walau bagaimanapun, jangan lari ya di jambatan gantung. Bergoyang masa Fiqqq lalu. Tiba-tiba sedar diri bahawa berat badan macam perlu berusaha lebih untuk turunkan lagi.

Bayaran Masuk

Bayaran untuk menikmati Keseronokan di Air Terjun Sungai Pandan Kuantan Pahang ini memerlukan RM2.00 untuk dewasa dan Fiqqq tidak perasan berapa ringgit untuk kanak-kanak. Mesti lebih murah.

Bukan itu sahaja, bayaran untuk letak kereta juga ada dengan harga RM3.00. Tempat letak kereta sangat luas. Boleh menempatkan banyak kereta. Cuma jauh dengan dekat sahaja. Sekiranya datang awal, maka boleh letak kereta berhampiran dengan air terjun.

Walau apa pun, masih perlu berjalan mendaki sikit untuk ke air terjun.

https://www.facebook.com/afiqhalid09/videos/1980168265330824/

P/S:

  1. Pintu pagar depan akan dibuka pada jam 9.00 pagi. Sekiranya tersampai awal, boleh beratur terlebih dahulu. Sebab kereta akan bersusun untuk masuk ke dalam.
  2. Sediakan wang kecil ketika membuat pembayaran di kaunter bayaran sebelum masuk ke dalam.
  3. Bawa air minuman atau makanan sendiri adalah lebih baik. Walau bagaimanapun, masih ada gerai yang menjual makanan ringan. AMARAN: Tolong jangan tinggalkan sisa buangan anda selepas menggunakan di sana. Sama-sama lah ya kita menjaga kebersihan air terjun tersebut. Kita nak seronok mandi air terjun, complaint kalau kotor tapi sendiri yang buat onar. HAHAHA. Ada sampah, simpan dalam beg masing-masing. Mudahkan?

Filed Under: Travel/Hiking Tagged With: Air Terjun di Kuantan, Air Terjun Sungai Pandan Kuantan Pahang

Comments

  1. Lyana Ishak says

    March 20, 2018 at 12:55 pm

    Besttt nyaaa mesti sejuk.. Tmbah ngan cuaca panas2 maveles dpt mandi camni hehe

    Reply
    • Afiq says

      March 20, 2018 at 1:59 pm

      Seronok. And air dia sejukkkk. Hehehe

      Reply
  2. permatabiru says

    March 21, 2018 at 4:01 pm

    seronok tgk air terjun dh lama tak mandi air terjun zaman kanak-kanak dlu jer

    Reply
    • Afiq says

      March 22, 2018 at 1:59 pm

      Seronok mandi air terjun. Lama juga tak pergi. Tu yang seronok kemain. Hahaha

      Reply
  3. IQ aka Izyan Balqis says

    March 21, 2018 at 5:23 pm

    air terjun dia nampak sangat ohsem! entrance masuk macam chamang,

    Reply
    • Afiq says

      March 22, 2018 at 2:00 pm

      Chamang tu kat mana lak? Macam best je. Huhuhu.

      Reply
  4. miminadam says

    March 21, 2018 at 7:54 pm

    afiq pergi tak ajak mimin !

    Reply
    • Afiq says

      March 22, 2018 at 2:00 pm

      Mimin tgh bercuti. Hehehe. Nanti kita gi sama.

      Reply
  5. cikzacom says

    March 27, 2018 at 1:03 pm

    bestnya dikk! tp sis jeles, sebab tak boleh nak berendam dalam air terjun atau pool selama 6-12 bulan

    Reply
    • Afiq says

      April 2, 2018 at 9:33 am

      Lepas pantang nanti beremdam lah semula. hehehe. buat bbq sekali ke.

      Reply
  6. miminadam says

    March 28, 2018 at 6:09 pm

    murung

    Reply
    • Afiq says

      April 2, 2018 at 9:34 am

      Hahahaha. Kemurungan

      Reply
  7. ema says

    January 21, 2020 at 8:48 am

    nak tanya kite boleh camping tak dekat situ

    Reply
    • Afiq Halid says

      January 22, 2020 at 8:18 am

      Boleh rasa nya . Mereka ada sediakan tempat untuk pacak khemah .

      Reply
  8. Garfield says

    August 6, 2020 at 10:29 pm

    Salam… Nk tnye,yg menggunakan wheelchair bleh masuk tak? Mcm tertarik lak nk pegi…

    Reply
    • Afiq Halid says

      August 8, 2020 at 11:12 am

      Wassalam. Sekiranya ingin guna wheelchair boleh pergi area tempat parking . Tapi kalau nak ke air terjun seperti dalam gambar macam susah sikit .

      Reply

Trackbacks

  1. 15 Tempat Menarik Di Kuantan Yang Harus Dilawati Anda Sekeluarga - Ammboi says:
    February 19, 2019 at 6:20 pm

    […] Imej via afiqhalid […]

    Reply
  2. Pulau Ular Kuantan Pahang - Afiq Halid says:
    September 2, 2020 at 12:58 pm

    […] tempat menarik lain yang boleh lawati seperti Air Terjun Sungai Pandan atau Rainbow Waterfall di Sungai […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (61)
  • Travel/Hiking (70)

© 2025 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim