Hiking di Gunung Rajah via Bentong Pahang
Hiking di Gunung Rajah via Bentong Pahang . Pada mulanya Fiqqq agak risau dan semua lah rasa-rasa yang tidak menyenangkan untuk mendaki Gunung Rajah ini. Ini kerana ketinggian 1,685 m / 5,526 ft yang melebihi Gunung Nuang yang pernah Fiqqq naik suatu ketika dahulu dan rasa serik. Tambahan pula trip ini mengambil masa dua hari. Boleh dikatakan last minute untuk sediakan semua kelengkapan. Just give a try untuk cabar diri.
Kami semua berkumpul di tempat letak kereta Chamang Waterfall, Bentong dalam jam 7.45 pagi. Apabila keluar dari kereta kawan dan pergi kat tempat berkumpul terus ‘Weyyyyy . Kenapa Fiqqq bawa beg macam pergi naik bukit? Segan sebab apabila tengok beg masing-masing besar dan nampak lah hikers tu. Ini Fiqqq sudah rupa macam pergi naik Broga. Hahaha.
Oleh kerana bermalam di atas, pengagihan barang-barang dilakukan. Fiqqq tolong bawa beras dan ayam goreng. Mana yang berat-berat dan besar beri peluang pada yang sudah biasa naik gunung. Hahaha. Selepas semua bersiap, kami semua mula mendaki. Maka, bermulalah trip 2 hari 1 malam ke Hiking di Gunung Rajah via Bentong Pahang.
15 September 2018
Laluan naik permulaan sahaja sudah tinggi. Tidak bagi peluang langsung. Walau bagaimanapun, laluan mencanak ini sekejap sahaja. Ambil masa dalam 15 minit mendaki. Kalau laju, 5 minit sampai di atas untuk laluan ke gunung.
Papan tanda ini betul-betul berhadapan dengan tempat Fiqqq keluar dari laluan mencanak tadi. Berkumpul sekejap dan bergambar. Selepas itu, mula untuk berjalan.
Laluan berbatu ini tidaklah memenatkan sangat kerana jalan mendatar. Tapi Fiqqq jalan perlahan sahaja kerana tidak tahu laluan apa yang bakal tiba di atas kelak. Fiqqq jenis tidak fit dan kena simpan tenaga untuk laluan-laluan yang sukar.
Perjalanan ambil masa dalam anggaran 1 jam 15 minit. Walau bagaimanapun, hanya 2 kilometer sahaja jarak dari tempat bermula berjalan sampai di pintu gerbang selamat datang. Rasa sangat tertipu. Penat jalan.
Checkpoint : Sungai Terling
Perjalanan ambil masa dalam 35 minit dari pintu gerbang selamat datang ke Sungai Terling. Tidak lah terlalu jauh. Jalan jenis yang jalan laju mungkin akan sampai lebih awal. Letak beg sekejap untuk hilangkan lenguh di bahu.
Checkpoint : Resam
Hampir 1 jam juga perjalanan dari Sungai Terling untuk ke Resam. Apabila jauh sudah berjalan Fiqqq mula rasa penat. Pancit pun ada. Minta 15 minit untuk luruskan kaki. Kadang waktu begini lah mata mula rasa mengantuk. Tongkat dagu pun boleh terlelap. Air minum sekadar seteguk dua sahaja.
Checkpoint : Kuala Sg. Terling
Bergerak dari Resam pada jam 12.10 tengah hari dan tiba di Kuala Sg. Terling pada jam 1.19 petang. Rehat 10 minit. Semakin jauh kita berjalan, semakin tinggi laluan yang kita lalui. Lebih kurang mendaki bukit. Jalan sahaja. Kalau naik pun tidak terlalu tinggi. Cuma jarak lebih jauh apabila mendaki gunung.
Laluan yang bermula dari Kuala Sg. Terling sudah mula banyak mendaki. Ada beberapa laluan yang mereka sudah pasangkan tali. Jalan biasa pun boleh. Cuma pijak pada permukaan yang kukuh dan ranting yang kuat. Orang kata mencanak manja-manja. Salam perkenalan sebagai pembuka untuk menaiki gunung.
Kalau cakap mendaki sahaja tidak, jalan mendatar sahaja pon tidak. Selang-seli. Cuma kita banyak mendaki berbanding jalan biasa. Fiqqq kadang tercungap juga jalan begini. Tidak sabar untuk member bunyikan wisel. Sebab setiap kali wisel dibunyikan tanda mereka yang berada di hadapan sudah sampai di tempat untuk berehat. Walaupun penat berat mengangkak kaki, boleh jadi laju sebab tahu sikit lagi boleh sampai.
Checkpoint : Lata Naning (Campsite)
Di awal perancangan, kami semua akan bermalam di sini. Namun, memandangkan ramai orang maka kami teruskan perjalanan. Sambil-sambil rehat teringin pula rasanya celup kaki dalam air terjun. Mana tidaknya, mereka yang bermalam di Lata Naning sudah seronok bermandi-manda segala. Hahaha.
Rehat lama-lama pun bukan boleh mandi. Apa lagi, Fiqqq teruskan perjalanan ke campsite seterusnya. Orang kata lah kan, sudah separuh jalan ke puncak apabila sudah tiba di Lata Naning.
Checkpoint : Kem Batu Hijau (Campsite)
Untuk sampai ke Kem Batu Hijau banyak laluan mendaki dan lebih tinggi berbanding sebelum ini. Walaupun tidak mencanak namun laluan tersebut consistent . Lepas satu, satu. Dan ada lagi. Perjalanan ambil masa dalam 1 jam 30 minit untuk sampai. Itu pun beberapa kali Fiqqq berhenti tepi sekejap.
Mendaki punya tinggi ingat sudah sampai namun hanya harapan. Lebih-lebih lagi apabila deruan air terjun mula menghilang. Stress rasa. Hahaha. Dalam masa yang sama tunggu bunyi wisel. Tapi sebelum bunyi wisel, sudah kedengaran deras air terjun.
Dalam pukul 4 petang, mana yang tiba awal mula pasang flysheet untuk berteduh. Memandangkan dulu bukan dalam persatuan pengakap mahupun pernah ber’camping‘, jadi agak lambat tangkap sikit. Setakat ikat-ikat tali itu boleh namun memasang flysheet perlu dengan cara yang betul.
Elok siap pasang, hujan pula lalu. Kelam kabut masukkan bag dah segala kelengkapan yang masih belum habis di kemas. Selepas hujan berhenti, mula untuk keluarkan semua barang masakan dan makanan untuk makan malam. Haaaa … Inilah dia geng membawan, mensayur dan sebagainya.
Sementara tunggu mereka masak, Fiqqq pergi mandi air terjun. Sejuk punya pasal, ingin celup kaki pun tidak sanggup. Inikan mahu rendam satu badan. Tapi, hilang rasa lenguh kaki dan sakit bahu semua apabila duduk lama dalam air yang sejuk. Serius best.
Selepas mandi, makan dan dalam pukul 9 malam begitu masing-masing semua mula untuk lelapkan mata. Cuma lelap tidak lelap sahaja lah kerana hujan lebat malam tersebut. Baru terlelap sikit, air masuk. Hahaha. Boleh dikatakan Fiqqq tidur dalam air, tidur duduk dan sebagainya. Dapat lelap sekejap-sekejap pun kira jadilah. Asal dapat rehatkan mata.
16 September 2018
Mula mendaki agak lewat. Disebabkan malam tersebut hujan lebat dan air mencurah-curah dalam khemah. Fiqqq pula duduk tepi. Tidur dalam keadaan terasa percikan air hujan ke muka. Hahaha. Apabila tidak cukup tidur maka mula lah rasa malasnya untuk naik ke atas. Cuma rugi lah sebab lebih daripada halfway perjalanan.
Walaupun mengantuk, gigihkan juga diri untuk naik sampai ke puncak. Tidak kisahlah berhenti 10 kali atau penat macam mana pun, Fiqqq wajib naik. Paksa diri.
Checkpoint : Last Water Point
Dalam keadaan selepas hujan, cuaca memang sejuk. Sejuk yang teramat. Fiqqq jenis tidak tahan sejuk. Tidak bawa baju sejuk pula. Perfect combo. Hahaha. Tapi, selepas bergerak mendaki badan mula rasa panas. Boleh nampak haba badan keluar apabila perhati menerusi headlamp.
Tidak sempat ambil gambar ketika mendaki kerana laluan sangat mencabar. Mencanak memanjang. Belum habis penat mendaki, ada lagi. Ada beberapa checkpoint sebelum tiba di puncak namun Fiqqq hanya mampu duduk dan lelapkan mata sekejap.
Setidak silap Fiqqq, Last Water Point merupakan checkpoint terakhir sebelum sampai ke puncak. Pada siapa-siapa yang habis bekalan minuman boleh top-up air di sini. Saat dan ketika ini Fiqqq rasa sudah tidak boleh buka mata. Mengantuk yang teramat sangat. Asal berhenti sekejap sahaja pasti terlelap. Tapi tidak boleh lama. Sia-sia kena tinggal dalam gelap. Memang tak lah. Hahaha.
Puncak Gunung Rajah (1,685 m / 5,526 ft)
Laluan banyak yang bertali. Ibarat kita sedang menjalani aktiviti rock climbing. Berapa banyak batu entah yang perlu kita daki. Sebab macam terdengar ini mungkin batu yang terakhir sebelum sampai ke puncak. Batu terakhir bukan bermakna ambil masa yang singkat untuk sampai ya. Jauh lagi perjalanan. Rasa macam malas tanya ‘Dah nak sampai ke?’ . Hahaha.
Seawal lebih kurang dalam pukul 5.35 minit macam itu Fiqqq sampai di puncak. Ya Allah. Sejuk dia tahap botol air boleh sejuk ibarat letak dalam peti sejuk. Hahaha. Macam mana pun, ambil gambar sekejap dan Fiqqq tidur di puncak. Sejuk tu memang tahap apa pun tidak tahu tapi tidur itu lagi penting. Dalam pukul 6.35 pagi kawan kejutkan untuk subuh.
Tunggu sehingga hari cerah. Lama juga tunggu sebab walaupun hari cerah, awan tebal masih menyelubungi puncak Gunung Rajah. Jadi menyebabkan hanya kelihatan putih sahaja. Haaaa. Dalam pukul 7.30 pagi macam tu baru boleh kelihatan pemandangan dari puncak. Cantik.
Selepas puas bergambar dengan pemandangan yang ada di atas. Fiqqq bergambar pula dengan geng yang naik sama. Setiap kali naik gunung mesti dapat kenalan baru. Bagus betul aktiviti hiking ni. Tapi apabila mereka bercerita Fiqqq diam je lah. Mereka punya pengalaman dan senarai gunung yang pernah didaki macam banyak pula.
Pemandangan yang lebih kurang begini boleh lihat di Gunung Bunga Buah.
Beberapa laluan yang sempat Fiqqq ambil gambar sebelum turun ke bawah. Jadilah buat kenangan walaupun sikit. Hehehe.
Checkpoint : Permatang Guntong
Waktu turun dari puncak baru Fiqqq sedar atas kewujudan checkpoint ni. Lokasi ini sebelum Last Water Point. Suka lokasi ini sebab ada pokok bonzai yang besar dan cantik. Bergambar kena lebih sikit. Hahaha. Waktu naik gelap gelita. Mengantuk semua. Jadi, masa turun sahaja yang boleh bergambar pada mana yang sempat.
Fiqqq sampai di bawah dalam pukul 6 petang lebih. Alhamdulillah selamat sampai bawah. Terima kasih kepada semua yang ada. Tukang masak, tukang bancuh air dan semua lah. Hehehe. Nanti singgah lah ig Afiq Halid. Hehehe
Klip Video
Fiqqq sekalikan dengan klip video mana yang sempat dirakam. Enjoy!!!
menariknya.. ttiba rasa nak pergi jugak.. wpon x fit sgt. hahah
Sangat best . Maybe next time kalau Afiq naik bukit , kita gi k. Hehehe
Salam fiqq., nk tnya naik Gunung Rajah nk kena apply permit kan…?Mcm mane nk apply..?mohon share procedure.
Wassalam. masa naik member tlg uruskan. Jadi tidak pasti macam mana. Cuma perlu apply dalam seminggu awal sebelum tarikh kita naik if x silap.
http://apps.forestry.pahang.gov.my/ekorimba/main/index.php
siapa yang berminat apply permit untuk mandaki gunung di Pahang, boleh klik link di atas ni…
Thank you .
member ajak naik 14-15 sept ni..huhuhu..tapi tu ahh, tengok pd ketinggian tu mcm tak sanggup nak naik..malas..hahaha..
Kena cuba atleast once . Seronok naik rajah . Best . Huhuhu
Perjalanan ke Bentong ikut laluan mana..Kalo dari Seremban???
If dari seremban saya tidak pasti pula .
nak tanya Afiq, laluan naik permulaan adakah terletak di belakang tandas awam ke??
Ya betul . Naik dan akan jumpa satu laluan berturap . Ada signboard ke Gunung Rajah .
Bang Afiq nak tanya, kalo dari KL sentral perjalanan ke Bentong ikut laluan mana ya?
KL – Karak expressway . Nanti akan lalu jalan nak ke genting semua . Guna waze senang .
TEBING TINGGI BACKPACKER(fb)
Mount guide service
Will arrange:
-forestry permit
-police report
-nature guide service
-1st aid kit
-4×4 transport service
-Camping overnight trip
Also provided
-Tent Rental
ANDY 017-9997790
Whataps/sms/call
Wahhh . senang nanti orang nak join .