Treehouse Cafe D outerspace Kuantan Pahang
Treehouse Cafe D outerspace Kuantan Pahang terletak di Rajawali Art Studio. Rasanya kalau cari guna nama itu mudah untuk jumpa. Waktu Fiqqq pergi agak tidak berapa perasan sangat sebab lokasi ini berada berdekatan dengan taman perumahan. Banyak pokok dan boleh dikatakan tersorok sikit.
Tambahan pula, barang-barang yang ada di kawasan kedai menggunakan barangan lama. Fiqqq ingat kawasan yang ditinggalkan. Namun, di situlah terletaknya Treehouse Cafe D outerspace Kuantan Pahang. Nampak macam biasa tapi Fiqqq sangat teruja untuk lepak dan makan di sini. Menarik.
Menu di Treehouse Cafe D outerspace
Menu di sini agak minimum jika dibandingkan dengan kedai-kedai atau cafe yang lain. Jadi, tidak perlu pening-pening untuk pilih ingin makan apa. Menu yang ada waktu Fiqqq sampai ialah Speghetti Aglio Olio. Mungkin sampai awal sangat masa itu. Kalau ingin buat pesanan lain perlu tunggu.
Antara menu lain yang ada seperti Speghetti Carbonara/Marinara/Bolognese, Meat Ball with Marinara Sauce, Sandwich Club (Mini) atau Sandwich Monster (dengan kentang goreng), Beef/Chicken Wrap with Fries dan Cheese Bolognese Fries.
Walau bagaiamanapun, Fiqqq tidak berkesempatan untuk rasa yang lain-lain. Sedih juga lah. Namun apa kan daya. Alang-alang sudah sampai. Makan sahaja apa yang ada dan apa boleh mereka sediakan. Huhuhu. Ini ibarat petanda perlu datang semula.
Kebetulan masa datang waktu agak terik. Tekak kering. Dapat pula jenis air sejuk begini. Rasa mahu tambah bercawan-cawan. Teringin minum Bandung Soda dan Ribena Lemon Soda. Rasa yang cukup menyegarkan.
Fiqqq suka lokasi tempat ini untuk makan secara santai dan terasa lapang kerana makan dalam keadaan terbuka. Tidak perlu kipas kerana sudah ada angin yang bertiup. Risau juga kalau tidak berangin, basah juga ketiak nanti. Hahaha.
Untuk makluman, kedai ini bersebelahan dengan Pizza Seni Bidadara . Andai tidak cukup dengan spaghetti, boleh buat pesanan di kaunter sebelah untuk pizza bersaiz XXXL.
Kafe ini tutup hanya pada hari Rabu. Waktu beroperasi bermula jam 2 petang hingga 7 petang. Pada hari Jumaat pula, kafe akan dibuka pada jam 3 petang dan tutup seperti biasa.
Leave a Reply