Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Travel/Hiking / Hiking di Gunung Datuk Rembau Negeri Sembilan

Hiking di Gunung Datuk Rembau Negeri Sembilan

October 18, 2018 by Afiq Halid 29 Comments

Hiking di Gunung Datuk Rembau Negeri Sembilan

Hiking di Gunung Datuk Rembau Negeri Sembilan antara lokasi yang Fiqqq ingin pergi berkali-kali dan kali ini baru betul-betul menjadi. Mana tidaknya, pergi hujung tahun. Dalam musim tengkujuh. Hujan selalu. Asal sampai, hujan tidak berhenti. Set semula, ada hal lain pula. Hahaha. Kali ini tekad, walaupun hujan agak lebat di Klang tapi yakin bahawa di puncak atau kawasan gunung tidak hujan.

Hiking di Gunung Datuk Rembau Negeri Sembilan

Alhamdulillah. Sampai di Hutan Simpan Gunung Datuk dalam jam 2.40 pagi. Dengar sedikit taklimat daripada kawan dan buat aktiviti regangan. Dalam jam 3.15 pagi, Fiqqq mula mendaki. Kawasan permulaan agak cerah dengan lampu yang berada di bahu jalan.

Hiking di Gunung Datuk Rembau Negeri Sembilan

Alhamdulillah Fiqqq sampai di campsite puncak dalam jam 4.45 pagi. Cuaca tersangat sejuk bagi Fiqqq. Sejuk gila. Tegak-tegak segala bulu roma. Hahaha. Basah je kulit ala-ala mandi embun. Angin pula sentiasa bertiup. Hahaha. Baju sejuk pula tertinggal dalam kereta. Nasib ada baju hujan. Sarung dan tidur. Dapat rehatkan badan dan mata dalam setengah jam pun sudah cukup nikmat.

Hiking di Gunung Datuk Rembau Negeri Sembilan

Selepas selesai subuh, dalam jam 6.45 pagi mereka suruh Fiqqq naik untuk lihat matahari terbit. Memandangkan pagi tersebut kabus agak tebal maka hanya kelihatan cahaya sahaja yang secara perlahan menerangi kawasan sekitar.

Hiking di Gunung Datuk Rembau Negeri Sembilan

Seronok dapat lihat puncak gunung lain yang diselaputi awan. Lebih-lebih lagi apabila awan itu bergerak perlahan merentasi puncak gunung. Nikmat apakah lagi yang mahu Fiqqq dustakan? Hahaha. Lama juga Fiqqq berada di atas.

Hiking di Gunung Datuk Rembau Negeri Sembilan

Daripada awan penuh menutupi kawasan sekeliling sehingga terbentang luasnya pemandangan di sekitar Gunung Datuk. Kebiasaan, Fiqqq lebih gemar duduk dan lihat sepuasnya pemandangan yang ada terlebih dahulu dan ambil gambar kemudian. Ataupun Fiqqq just on the camera and record the video. Tangan sedia tekan remote control.

Hiking di Gunung Datuk Rembau Negeri Sembilan

Laluan ke Gunung Datuk

Hiking di Gunung Datuk Rembau Negeri Sembilan ini adakalanya Fiqqq rasa memang tidak bagi peluang langsung untuk permulaan mendaki. Mana tidaknya, rasa baru mula mendaki sudah pacak. Kalau lihat dalam pelan laluan trek mendaki macam biasa sahaja. Jalan terus.

Hiking di Gunung Datuk Rembau Negeri Sembilan

Adakalanya salah satu sebab Fiqqq suka naik waktu malam kerana kita tidak nampak kawasan sekeliling. Jadi, Fiqqq akan leka menapak ke atas walaupun trek laluan dia pacak saja. Kaki kadang rasa gigil juga tapi terasa ingin cepat sampai di atas sebab dalam hutan gelap. Hahaha.

Hiking di Gunung Datuk Rembau Negeri Sembilan

Hiking di Gunung Datuk Rembau Negeri Sembilan

Hiking di Gunung Datuk Rembau Negeri Sembilan

Walaupun trek dia banyak yang pacak namun tidak terlalu sukar untuk yang baharu mula mendaki seperti Fiqqq. Andai penat, rehat sebentar. Ini pun berapa kali berhenti minum air.

Checkpoint 1

Selepas lebih kurang dalam 50 minit perjalanan, Fiqqq sampai di Checkpoint 1. Terus seret beg letak tepi dan duduk sambil goyang-goyangkan kaki untuk elakkan kejang. Tiba-tiba terasa penat apabila nampak tempat berehat. Ada juga rasa untuk lelap mata tapi ada lagi separuh perjalanan yang mengambil masa 1 jam perjalanan. Semput!

Hiking di Gunung Datuk Rembau Negeri Sembilan

Walau bagaimanapun, boleh rasa sedikit bersyukur kerana trek untuk puncak bermula dari Checkpoint 1 tidak terlalu pacak dan ada juga yang mendatar. Jadi, kita boleh jalan laju sedikit. Tidaklah menggunakan tenaga mendaki. Jalan perlahan-lahan, tahu-tahu sudah sampai.

Hiking di Gunung Datuk Rembau Negeri Sembilan

Hiking di Gunung Datuk Rembau Negeri Sembilan

Hiking di Gunung Datuk Rembau Negeri Sembilan

Selepas berjalan beberapa minit, batu besar ini merupakan tanda bahawa kita sudah hampir dengan kawasan puncak. Apabila kawan beritahu ‘Afiq, ada lagi dua batu besar dan kita akan sampai.’ Ayat ini memang betul-betul membakar semangat. Walaupun kaki penat sudah, tapi memandangkan tahu sudah sikit lagi akan sampai terus boleh laju. Gigih mengorak langkah.

Campsite – Puncak

Campsite di sini tidak besar. Namun bolehlah kiranya ingin memuatkan dalam 50-60 orang dalam satu masa yang sama. Tapi kalau pasang fly atau khemah tidaklah cukup untuk 50 orang tersebut. Cukup sekadar untuk berehat luruskan kaki dan solat.

Hiking di Gunung Datuk Rembau Negeri Sembilan

Di atas tidak ada punca air. Jadi, bawa air yang secukupnya untuk minum atau berwudhuk. Kebiasaan Fiqqq akan bawa satu botol besar 1.5 L air mineral dan satu bekas air mineral bersaiz kecil. Air 100 plus untuk buat rasa manis-manis mulut.

Hiking di Gunung Datuk Rembau Negeri Sembilan

Andai sudah sampai kawasan campsite kira sudah sampai di puncak. Cuma perlu naik beberapa anak tangga yang sudah disediakan untuk sampai betul-betul ke puncak. Tidak sampai 1 minit pun naik tangga tersebut.

Hiking di Gunung Datuk Rembau Negeri Sembilan

Hiking di Gunung Datuk Rembau Negeri Sembilan

Hiking di Gunung Datuk Rembau Negeri Sembilan

Terima kasih pada team yang pasangkan tangga scafholding untuk para pendaki untuk sampai ke puncak dan menikmati keindahan alam semula jadi yang cantik. Hebat! Andai tiada, jenuh juga kita terpaksa memanjat.

Hiking di Gunung Datuk Rembau Negeri Sembilan

Haaaa . Ini lah dia otai-otai kaki gunung. Fiqqq kat tepi jer sebab nubis. Huhuhu. Malu rasanya berdiri sekali. Apa pun Fiqqq suka dengar cerita-cerita mereka yang pernah naik gunung yang lebih tinggi. Fiqqq letakkan satu benchmark untuk pergi suatu hari nanti. Tapi bila tu Fiqqq? Hahaha.

Soon … In Shaa Allah. Buat masa sekarang masih baru-baru lagi ini Fiqqq naik yang rendah sahaja dulu.

Permit

Hiking di Gunung Datuk Rembau Negeri Sembilan

Berkenaan dengan permit untuk hiking di Gunung Datuk Rembau Negeri Sembilan memerlukan bayaran sebanyak RM5.00 sahaja. Pada mereka yang naik pada awal pagi, anda perlu bayar ketika turun dari puncak. Sekiranya ikut mana-mana trip, kebiasaannya ketua dia akan uruskan segala pembayaran.

Tempat Letak Kenderaan

Hiking di Gunung Datuk Rembau Negeri Sembilan

Tempat letak kenderaan di sini agak luas. Kira-kira dalam 50 buah kenderaan boleh letak di sini dalam satu masa. Mungkin boleh lebih. Sekiranya penuh, boleh letak kenderaan di bahu jalan. Cuma kawasan tersebut bertanah dan berumput. Pastikan kalau letak di bahu jalan, letak elok-elok kerana laluan agak sempit. Bayaran untuk letak di kawasan tempat kereta ini sebanyak RM3.00.

Fiqqq bayar kupon tiket selepas mendaki. Nanti akan ada pak cik tiket datang untuk bayaran.

Klip Video

Fiqqq sertakan klip video semasa di atas puncak Gunung Datuk.

Filed Under: Travel/Hiking Tagged With: Gunung Datuk, Gunung Datuk Rembau Negeri Sembilan, Tempat hiking di Negeri Sembilan

Comments

  1. Ida Widyani says

    October 18, 2018 at 2:30 pm

    Wow, ekspedisi yg menarik. Yg penting pergi hiking berkumpulan, baru best dan selamat.

    Reply
    • Afiq Halid says

      October 18, 2018 at 2:59 pm

      Betul . Seronok pon ya juga . Huhu

      Reply
  2. YB Shehan says

    October 18, 2018 at 3:14 pm

    tbaiklahh fiq.. hebat stamina.. leh tlg angkat beg akak nanti kt jepun. wakakakakakaka.. (tak sia2 akak puji)

    Reply
    • Afiq Halid says

      October 19, 2018 at 7:46 am

      Boleh2. Tapi ada charge . 😀

      Reply
  3. IQ aka Izyan Balqis says

    October 18, 2018 at 4:54 pm

    dah cantik da tangga dia buat. selamat. dulu tangga alahai…IQ dulu pergi tahun 2010 kot rasanya….pergi plak bulan puasa, tengah2 bulan puasa tu panjat datuk….tapi heaven bukak puasa dekat campsite atas tu. lepas tu tarawikh ramai2. syok betul. rindu nak hiking

    Reply
    • Afiq Halid says

      October 19, 2018 at 7:49 am

      Betul . Dulu afiq tgk guna tangga biasa . Nasib sekarang dah senang . Alhamdulillah .

      Reply
  4. zai says

    October 18, 2018 at 5:55 pm

    suka tengok geng2 hiking gunung ni.
    terbaiklah.

    Reply
    • Afiq Halid says

      October 19, 2018 at 7:50 am

      Huhuhu . Lagi seronok tgk those yang dah power . Diorang punya pace laju , jelesss betul .

      Reply
  5. Kamraj says

    December 29, 2018 at 11:36 am

    Hi Afiq. Boleh saya dapatkan koordinasi/ tempat google search yang tepat untuk ke tempat letak kereta Gunung Datuk? Terima kasih

    Reply
    • Afiq Halid says

      January 1, 2019 at 1:57 pm

      Masa saya pergi hanya waze gunung datuk.

      Reply
  6. Ramlan says

    February 22, 2019 at 3:21 pm

    Bossku, kena ada guider ka boss?

    Reply
    • Afiq Halid says

      February 22, 2019 at 6:58 pm

      Track dia x susah sgt . if dah biasa naik , x perlu ada guider pon okey .

      Reply
  7. Nijam says

    August 18, 2019 at 1:05 pm

    Salam, nak hiking gunung ni perlukan permit ke? Lagi 1 klu bedua je boleh ke?

    Reply
    • Afiq Halid says

      August 19, 2019 at 9:41 am

      Perlu apply permit . Ada kaunter di sana . Berkenaan dgn line up terpulang pada individu . Sekiranya dah biasa , boleh jer sbb sana ramai juga yang naik . hehe

      Reply
      • nazhrin says

        January 23, 2024 at 1:01 pm

        boleh bermalam ke dekat gunung ni ?

        Reply
        • Afiq Halid says

          April 2, 2024 at 5:46 pm

          boleh. ada area kat atas untuk pacak khemah

          Reply
  8. ANIQ says

    September 18, 2019 at 11:24 pm

    26/10/19 DEN POI
    DOAKAN DEN YO

    Reply
    • Afiq Halid says

      September 19, 2019 at 8:20 am

      Berehhh boskuu . Hati2 .

      Reply
  9. Syarifah Nur Sakinah says

    October 1, 2019 at 3:06 pm

    hi afiq. if pakai sandal hiking sesuai tak dengan trek tu? nampak ramai pakai sandal 😀

    Reply
    • Afiq Halid says

      October 1, 2019 at 3:09 pm

      Hi, boleh sahaja. Ikut mana yang selesa. Afiq prefer pakai kasut. Susah kalau ada batu terselit selit kat tapak kaki . Hahaha

      Reply
  10. Azie says

    October 1, 2019 at 8:27 pm

    Banyak batu ke masak.mendaki tu?

    Reply
    • Afiq Halid says

      October 2, 2019 at 11:05 pm

      Banyak batu gak .

      Reply
  11. Ella says

    October 17, 2019 at 8:29 pm

    Hi, how long it takes untuk sampai Kat puncak tu?

    Reply
    • Afiq Halid says

      October 21, 2019 at 12:42 pm

      satu jam lebih . depends on laju kita .

      Reply
  12. zaza says

    November 1, 2019 at 3:43 pm

    hi afiq.. ada tempat ke untuk buang air kecil di atas puncak tu..

    Reply
    • Afiq Halid says

      November 3, 2019 at 7:00 am

      Hi. kalau yang tu actually kena pandai2 cari tempat tersembunyi. Hahaha

      Reply

Trackbacks

  1. Trans Naning Negeri Sembilan Daypack - Afiq Halid says:
    March 4, 2019 at 1:21 pm

    […] Pada hari kejadian, Fiqqq curi masa untuk lelapkan mata setiba di puncak Gunung Datuk. Jadi, Fiqqq guna gambar yang pernah ambil ketika menaiki Gunung Datuk sebelum ini. Sekiranya ingin tahu lebih berkenaan Gunung Datuk, klik link ini Hiking di Gunung Datuk Rembau Negeri Sembilan. […]

    Reply
  2. Gunung Angsi Negeri Sembilan - Afiq Halid says:
    January 28, 2020 at 3:51 pm

    […] Kalau sudah naik di sini, boleh pergi ke lokasi seterusnya iaitu Gunung Datuk. […]

    Reply
  3. Bukit Batu Sawa Negeri Sembilan - Afiq Halid says:
    August 23, 2020 at 7:20 am

    […] cuba tempat hiking yang lain dalam Negeri Sembilan seperti Gunung Datuk, Gunung Angsi atau ingin buat Trans […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (61)
  • Travel/Hiking (70)

© 2025 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim