Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Travel/Hiking / Bukit Harimau Menangis Kemasik Terengganu

Bukit Harimau Menangis Kemasik Terengganu

May 1, 2019 by Afiq Halid 3 Comments

Bukit Harimau Menangis Kemasik Terengganu merupakan bukit yang santai untuk didaki. Dengan ketinggian hanya 203 m / 666 ft menjadikan bukit ini sebagai lokasi tumpuan orang ramai untuk beriadah. Jadi, Fiqqq tidak mahu lepaskan peluang untuk turut daki bukit ini juga. Kali ini, Fiqqq cuba untuk naik secara solo. Hahaha.

Checkpoint Bukit Harimau Menangis Kemasik Terengganu

Terdapat beberapa checkpoint sebelum sampai ke puncak. Jangan ulang kesilapan yang Fiqqq buat ya. Pada mulanya Fiqqq yakin sudah sampai kerana ada papan tanda Bukit Harimau Menangis. Rupa-rupanya itu merupakan Checkpoint yang pertama.

Checkpoint 1

Bukit Harimau Menangis Kemasik Terengganu

Ketinggian di Checkpoint 1 adalah 446 ft. Fiqqq dapat menikmati pemandangan gunung-ganang yang ada di kawasan sekitar dan juga pemandangan laut. Walaupun tidak berapa tinggi tapi cukup memukau mata Fiqqq.

Checkpoint 2

Bukit Harimau Menangis Kemasik Terengganu

Ketinggian di Checkpoint 2 adalah 538 ft. Tambah 92 ft dari Checkpoint 1. Lokasi ini tidak jauh. Mengambil masa hanya beberapa minit sahaja perjalanan untuk sampai di sini. Duduk rehat sekejap untuk tarik nafas sebelum memulakan perjalanan ke puncak bukit.

Checkpoint 3

Bukit Harimau Menangis Kemasik Terengganu

Lokasi ini merupakan Checkpoint terakhir atau puncak bagi Bukit Harimau Menangis Kemasik Terengganu. Kawasan di puncak agak luas dan sesuai untuk berehat. Ada pondok kecil dan beberapa tempat duduk yang telah disediakan untuk pendaki. Ketinggian adalah 666 ft dari paras laut.

Ada tambahan lagi satu laluan untuk ke tempat seterusnya. Boleh dikatakan sebagai lokasi terakhir untuk mendaki. Namun, pemandangan di sini sudah memadai. Boleh lihat betapa indahnya laut yang terbentang luas.

Laluan Bukit Harimau Menangis Kemasik Terengganu

Bukit Harimau Menangis Kemasik Terengganu

Laluan masuk untuk ke puncak hanya berada di bahu jalan. Terdapat jualan kecil-kecilan yang dijalankan oleh penduduk setempat. Boleh dapatkan air sejuk yang dijual selepas penat mendaki bukit.

Bukit Harimau Menangis Kemasik Terengganu

Fiqqq tiba di kaki bukit selepas beberapa minit melalui kawasan yang berturap.

Bukit Harimau Menangis Kemasik Terengganu

Laluan permulaan agak cerun sehingga ke Checkpoint 1. Banyak guna tenaga di laluan ini.

Bukit Harimau Menangis Kemasik Terengganu
Bukit Harimau Menangis Kemasik Terengganu

Laluan sangat jelas sehingga ke puncak. Tidak perlu khuatir tersalah jalan atau sebagainya. Sekiranya tidak yakin untuk pergi seorang diri, boleh pergi secara berkumpulan.

Bukit Harimau Menangis Kemasik Terengganu

Laluan ini untuk ke lokasi seterusnya. Pengakhiran laluan dalam pendakian di bukit ini. Fiqqq lebih suka laluan yang berpokok. Sekurang-kurangnya redup dan ada tempat untuk berteduh.

Tempat rehat

Bukit Harimau Menangis Kemasik Terengganu

Terdapat beberapa pondok kecil yang disediakan untuk pendaki berehat. Mengimbau kenangan zaman kanak-kanak bermain pondok-pondok. Pondok-pondok tersebut diperbuat daripada kayu dan nampak klasik.

Bukit Harimau Menangis Kemasik Terengganu

Seronok juga pemandangan dari puncak bukit-bukit yang ada di Terengganu. Antara bukit lain yang pernah Fiqqq daki ialah Bukit Singa di Pulau Kapas.

Klip Video

Filed Under: Travel/Hiking Tagged With: Bukit di Terengganu, Bukit Harimau Menangis, Bukit Harimau Menangis Kemasik Terengganu, Hiking di Terengganu

Trackbacks

  1. Hiking di Bukit Singa Pulau Kapas Terengganu - Afiq Halid says:
    May 2, 2019 at 9:57 pm

    […] Bukit lain yang boleh kita daki seperti Bukit Harimau Menangis di Kemasik […]

    Reply
  2. Panduan Mudah Mengisi Borang E Vetting - Afiq Halid says:
    July 17, 2019 at 10:27 am

    […] Baiklah. Rasa seronok dapat berkongsi sedikit pengetahuan untuk mengisi borang e vetting. Fiqqq ingin plan pergi hiking. Lama rasanya tidak mendaki. Kali terakhir Fiqqq pergi Bukit Harimau Menangis di Kemasik. […]

    Reply
  3. Air Terjun Chemerong Terengganu - Afiq Halid says:
    November 14, 2019 at 9:46 am

    […] mandi air terjun, boleh layan hiking di Bukit Harimau Menangis pula. Pemandangan tepi […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (63)
  • Travel/Hiking (72)

© 2025 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim