Gunung Yong Yap merupakan salah satu G7 di Malaysia. Dengan ketinggian 2, 168 m / 7, 113 ft mengambil masa dua (2) hari satu (1) malam untuk sampai ke puncak. Selama ini Fiqqq hanya pasang angan-angan semata untuk sampai ke sini. Alhamdulillah, tercapai juga akhirnya untuk merasai pengalaman ke puncak dan melihat sendiri pemandangan dengan mata sendiri.
Kali terakhir hiking hanya sekadar berjalan santai di Bukit Sapu Tangan yang terletak di Setia Alam. Oleh kerana kurang latihan dan persiapan mental yang baik maka sedikit masalah ketika menaiki gunung yong yap.
Perjalanan ke Gunung Yong Yap
Perlu menaiki kenderaan pacuan empat (4) roda untuk ke lokasi permulaan. Perjalanan ambil masa dalam satu (1) jam lebih. Melalui kawasan yang berturap dan bertanah. Fiqqq gunakan peluang ini untuk duduk di bahagian belakang menghirup udara segar serta pemandangan kampung yang berada di tepi jalan. Sangat menenangkan.
Sebelum meneruskan perjalanan ke kaki bukit, kami layan pemandangan puncak gunung dari bawah. Lihat dari bawah macam rendah. Terus pasang niat. Penat macam mana pun nanti, Fiqqq perlu sampai juga di puncak.
Seronok pada permulaan. Sampai satu tahap, akan melalui kawasan yang bertanah dan membuatkan Fiqqq tidak senang duduk. Melambung-lambung. Hahaha. Menjadikan perjalanan Fiqqq lebih mencabar apabila kenderaan yang dinaiki tersangkut. Cubaan berkali-kali namun tidak berjaya. Maka, terpaksa menunggu bantuan.
Lama juga mereka merancang untuk melepaskan kendaraan mereka ke atas supaya dapat bawa kami ke lokasi.
Laluan Mendaki
Sini merupakan laluan permulaan untuk mendaki gunung via Gepeh Hilir. Fiqqq dimaklumkan bahawa laluan ini lebih kurang laluan yang dipanggil legend. Pernah ada kes suatu ketika dahulu. Fiqqq dapat tahu selepas selesai mendaki semua. Almaklumlah. Dalam hutan line slow.
Dari tempat permulaan hingga ke kem merupakan laluan diskaun 50%. Boleh jalan santai kerana tidak terlalu mendaki dan banyak laluan yang landai. Menikmati bau pokok, bau hutan dan tumbuhan hijau sepanjang perjalanan.
Walau bagaiamanapun, perjalanan agak jauh dan buat Fiqqq rasa penat dan mengah. Untuk sampai ke kawasan rehat RPU mengambil masa dalam dua (2) jam lebih. Rehat sebentar.
Belum pernah Fiqqq makan tengah hari waktu hiking sebegini rupa. Nasi putih, ayam masak merah, sayur dan juga ikan masin. Tapi kali ini Fiqqq rasa macam perlu makan sebab sangat penat.
Kemudian, teruskan perjalanan ke lokasi seterusnya iaitu Bukit Tampoi. Satu (1) jam perjalanan dari RPU. Sekiranya sudah sampai sini, hanya lagi satu (1) jam untuk sampai ke kem. Laluan kali ini banyak menurun. Jalan basah dan berlecak. Agak licin dan perlu berhati-hati. Mungkin sebab hujan malam sebelumnya.
Kem Pondok
Fiqqq tidak pasti keluasan kem ini berapa cuma cukup menempatkan kami dua kumpulan dalam 30 orang dalam satu masa yang sama. Sangat luas. Setiba di kem terus kemas-kemas untuk pasang fly dan ground. Fiqqq cuma tolong sikit je lah apa yang patut. Kalau Fiqqq yang pasang memang tidak siaplah cerita dia.
Sungai ini terletak bersebelahan dengan kawasan kem. Air sangat sejuk. Menggigil ketika mandi. Fiqqq berendam juga untuk hilangkan rasa penat. Segar bugar rasa selepas mandi air sungai.
Kalau diikutkan, Fiqqq mula mendaki ke puncak pada jam 2 pagi. Oleh kerana gelap malam maka gambar diambil ketika turun dari puncak. Laluan memang Fiqqq sudah dimaklumkan bahawa akan pacak sehingga puncak. Nangis.
Ada sesetengah laluan agak licin dan perlu berhati-hati semasa mendaki atau menurun. Fiqqq ada juga tergelincir. Nasib berpaut pada dahan atau pokok yang kuat.
Paling seronok apabila sampai di kawasan ini. Bahagian mossy. Keadaan bertambah sejuk. Makin tinggi makin cepat penat Fiqqq rasa. Kalau diikutkan kawasan ini juga lah Fiqqq hampir putus asa. Jalan makin perlahan. Jalan satu dua tiga empat langkah. Fiqqq berhenti. Doa je yang mampu buat waktu itu.
Puncak Gunung (2, 168 m)
Line-up yang banyak bagi tunjuk ajar, semangat, buat lawak dan semua lah. Almaklumlah sebab Fiqqq sertai aktiviti mendaki hanya untuk melihat dengan mata sendiri pemandangan dari atas. Masih baru berjinak panjat gunung ni. Hehehe. Tidak seronok kalau hanya mendengar sedangkan ada kudrat untuk pergi lihat sendiri.
Pertama kali rasanya berkaca mata apabila sampai di puncak. Pemandangan dari atas tidak boleh digambarkan atau dihuraikan dengan kata-kata. Subhanallah. Kali ini Fiqqq betul-betul rasa hampir putus asa. Abam sweeper memang terbaik. Selangkah demi selangkah Fiqqq menapak.
Apapun alhamdulillah kerana merasa juga naik G7 yang selalu pendaki-pendaki lain bercerita. Ada rezeki Fiqqq ingin cuba lokasi lain pula. Jom naik sama-sama. Terima kasih pada line-up, sweeper, dan abam powil and semua yang terlibat dalam aktiviti mendaki tempoh hari.
Nanti kalau ingin contact untuk pacuan empat (4) roda boleh hubungi Amir atau Aizat. Boleh tanya mereka mana-mana yang patut.
Haida says
SubahanAllah. Cantiknya pemandangan
Afiq Halid says
Sangat. Masa first tengok view macam ni hilang kata2 and berkaca mata.
Farah says
Kalau minat insyallah kekuatan nk sampai ke puncak tu mesti tinggi. Bestkn
Afiq Halid says
Tinggi but view sgt best. Ada rezeki dan tenaga Afiq nak try yang lain pula.