Broga Gunung Tok Wan dan Puncak 18 merupakan laluan untuk membuat trans mendaki di sana. Mungkin ada yang menyebut BroWan18. Tapi Fiqqq sebut nama penuh. Trip kali ini boleh dikatakan lebih kepada reverse kerana berpatah balik ke Broga semula. Dimaklumkan sekiranya melakukan trans bermaksud kita masuk di tempat lain dan keluar di laluan lain. Begitulah cerita dia. Apa pun yang ingin dikongsikan ialah laluan untuk ke tiga (3) puncak tersebut.
Bukit Broga
Bukit ini adalah salah satu bukit yang cukup terkenal untuk pendaki melakukan aktiviti santai atau meluangkan hujung minggu bersama rakan-rakan mahupun keluarga. Dengan ketinggian sebanyak 400 meter hanya memerlukan tidak sampai satu (1) jam untuk ke puncak.
Fiqqq mungkin tidak perlu ulas panjang berkenaan Bukit Broga kerana pernah naik suatu ketika dahulu. Waktu mula-mula berjinak dalam aktiviti mendaki. Mencari puncak dan juga pemandangan dari atas bukit. Bukit ini juga merupakan lokasi yang sesuai untuk latih kaki untuk mendaki. Ada juga yang membuat latihan membawa beban.
Gunung Tok Wan
Ketinggian Puncak Gunung Tok Wan pada 675 meter dari paras laut. Walaupun angka ketinggian tersebut tidak terlalu tinggi namun mengambil masa dalam dua (2) jam juga untuk sampai ke sini. Bergantung kepada kelajuan semasa mendaki. Sekiranya naik secara santai maka itulah anggaran masa. Tapi kalau jenis laju mungkin akan sampai jauh lebih awal.
Laluan ke Gunung Tok Wan
Terdapat banyak zon untuk sampai ke puncak. Walau bagaimanapun, jangan fikir sangat berkenaan dengan zon-zon tersebut. Fiqqq main jalan sahaja sehingga ke puncak. Bukan apa, ada tanda arah zon yang boleh kita nampak semasa dalam berjalanan ada yang mungkin akan terlepas pandang. Jalan punya jalan tahu-tahu sudah berada di zon G. Hahaha. Asalkan menggunakan laluan yang betul.
Kalau diikutkan Fiqqq sampai di puncak Bukit Broga sebelum subuh. Rehat dan solat sebentar dan perlu tunggu matahari munculkan diri. Dimaklumkan adalah lebih baik mulakan perjalanan untuk ke sini ketika cuaca cerah. Agak bahaya juga sekiranya waktu gelap kerana ada beberapa laluan yang kelihatan seperti laluan dan sebernya bukan. Untuk mengelakkan tersalah jalan. Pergilah dengan mereka yang pernah ke sana dan jalan pada waktu siang.
Permulaan lebih kepada jalan yang landai. Boleh lajukan sedikit langkah sekiranya ingin cepat sampai. Tapi kalau buat pertama kali, Fiqqq lebih suka jalan sambil menikmati suasa dalam hutan. Walaupun masuk mana-mana hutan sama sahaja jumpa pokok dan sebagainya namun tidak sama rasanya berada di lain-lain lokasi.
Akan ada beberapa laluan turun dan naik. Laluan yang paling Fiqqq tidak gemar. Penat mendaki tinggi-tinggi kemudian perlu turun.
Sekiranya nampak perkataan Keep Calm and Move On ini bermakna ada dalam 15 minit untuk sampai ke puncak Gunung Tok Wan. Cuma, menurun ini akan ada satu laluan mendaki sebelum sampai ke puncak Gunung Tok Wan.
Puncak Gunung Tok Wan
Kawasan di puncak agak luas. Di sini juga suasana agak tenang dan mendamaikan. Walaupun tidak ada pemandangan yang cantik seperti puncak gunung yang lain tapi Fiqqq seronok dapat luangkan masa berjalan-jalan dalam hutan bersama line-up.
Selepas kemas beg dan sebagainya, Fiqqq dan lain-lain mula untuk masak sarapan pagi. Menu kami hanya Maggi Tomyam bersama crab stick dan juga fish cake yang sudah dipotong-potong. Masak yang mudah dan segera. Walaupun bukan penggemar mee segera tapi sedap pula sekali sekala layan dalam hutan. Ada kala benda yang sedikit ini seronok makan kongsi bersama. Selapas makan, rehat sebentar dan juga lelapkan mata.
Terima kasih kepada tukang masak semua dan juga en zul yang pasang hammock. Sempatlah bergambar buat kenang-kenangan. Hehehe. Kalau diikutkan lama juga berada di sini. Beberapa jam sebelum ke Puncak 18 dan sebelum gerak ke Broga.
Puncak 18
Ketinggian Puncak 18 ini ialah 809 meter. Memerlukan hanya 35 minit – 45 minit untuk sampai ke sini. Kawasan agak sempit. Sekiranya datang dalam kuantiti lebih daripada 15 orang pasti agak sesak untuk bergambar. Hahaha. Selain itu, agak panas di puncak kerana tidak ada sebarang pokok yang tinggi untuk berteduh. Jadi, untuk mengelakkan sunburn, Fiqqq ambil gambar cepat-cepat.
Laluan ke Puncak 18
Perjalanan ke Puncak 18 tidak terlalu sukar. Kiranya agak mudah. Cuma pada permulaan perjalana terdapat pokok yang kelihatan seperti daun pandan ini tetapi terdapat deduri di hujung daun. Habis calar balar muka dan tangan. Jadi perlu jalan dengan berhati-hati. Sayang muka weyyy. Hahaha.
Ada beberapa laluan turun dan naik. Mengah juga sebenarnya. Sekiranya sudah masuk ke kawasan yang ada pokok buluh bermakna sudah hampir dengan kawasan puncak. Sehingga jumpa kawasan seperti buluh tumbang seperti dalam gambar. Bermakna lagi beberapa minit sahaja lagi akan sampai di puncak.
Selepas bergambar di puncak maka berfikir pula perjalanan balik ke tempat letak kereta. Terasa jauh sangat. Walau bagaimanapun, kebiasaannya ketika balik akan ambil masa separuh daripada perjalanan pergi.
Trip kali ini sangat seronok. Fiqqq ambil masa agak lama berada dalam hutan. Terutama di Gunung Tok Wan. Sempat main masak-masak, tidur, dan borak-borak. Cuma masa ingin ke Gunung Tok Wan perlu doa lebih sedikit. Hehehe. Apa pun, jaga tingkah laku dan semua lah. Yang paling penting, tolonglah bawa balik sampah yang anda. Jangan suka-suka buang atau tinggal semasa on track atau di mana-mana lah senang cerita. Buruk perangai. Kalau rasa tidak mahu bawa balik sampah, jangan bawa makanan dan sebagainya. Makan lah daun-daun yang ada.
Akhir kata, terima kasih kepada semua line-up yang pernah mendaki sama-sama sepanjang tahun ini. Mana yang terlebih terkurang mohon maaf ya. Tidak lupa juga kepada anda semua yang sentiasa kongsi ilmu ketika mendaki. Sangat-sangat membantu. InsyaAllah ada rezeki kita jumpa di lokasi akan datang. Fiqqq cuba untuk habiskan senarai G7 tahun depan insyaAllah. Wish me luck guys!!!
LeYa says
Syoknya tengok korang mendaki. Nanti LeYa pun teringin nak ke Broga Hill ni jugak
Afiq Halid says
Sila2. Sekarang track dah senang. Cuma perlu cari waktu yang best sebab kalau time ramai orang akan penuh on track.
farah wahida says
seronok tengak org hiking.. aktiviti sihat. sendiri? dah x mampu haha… teruskan minat smeentara masih muda hehe
Afiq Halid says
InsyaAllah . Seronok hiking . Lagi2 bila sampai puncak and dapat tgk view and ciptaan yg Esa . Sangat mengasyikkan .
Lyana Ishak says
Bestnyaaa hiking berjemaah siap boleh main masak masak lagi .. Heheh good job afiq =)
Afiq Halid says
Hahaha . Trip last minit . Main redah jer . Hahaha
Swen says
Assalamualaikum Afiq, saya pernah sampai ke Broga aje. Nak tanya, laluan nak ke Tok Wan dan Puncak 18 tu mudah tak? Maksud saya bukan dari segi tahap kesukaran, laluan trail dia tu senang atau mengelirukan? takut sesat. huhuhu
Afiq Halid says
Wassalam . Okey jer insyaAllah . Cuma ada certain part je yg nampak mcm mengelirukan sikit . Lagi2 kalau sudah lama orang tak lalu . So far okey jer 👍🏻👍🏻👍🏻 Have a safe trip ya
Aisyah says
Kalo gunung tok wan tu ade orang tak? Selamat x kalo daki sorang? Sebb macam broga ramai orang..jadi kalo daki sorang²..ok je
Afiq Halid says
Better pergi in a group. Lagi pon nak ke sana akan lalu broga dulu. Satu laluan yang sama. Cuma tok wan tu another puncak.